Nuffnang..

Nuffnang

Tuesday, October 20, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 06 - Tidur.Sleep.Tidur >

"Apa awak buat dalam bilik saya?" Aidan terus bangkit dari katil apabila melihat Hannah di depannya. Hannah ketawa melihat Aidan. Dia pun duduk di atas katil Aidan.

"Jangan cemas la. Awak masih tak sedar-sedar lagi ke? Apa yang awak dapat lihat jika saya muncul? Benda yang obvious macam ini pun awak tak nampak." Hannah mengambil buku 'Rich dad, Poor dad' dari atas katil Aidan.

Aidan masih keliru dengan pernyataan Hannah. Dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan Hannah. Akhirnya Aidan tahu maksud Hannah.

"Setiap kali saya tertidur...."

"Saya akan muncul dalam mimpi awak." Hannah menyambung ayat Aidan.

"Tapi kenapa semalam saya tidur, awak tak ada pun." Aidan menyoal Hannah. Memang benar, semalam selepas keluar dengan Illy, Aidan masuk tidur. Namun pada waktu itu, Hannah tidak muncul.

"Semalam saya off-day." Hannah ketawa. Dia berjalan ke arah meja komputer Aidan. Dia mengangkat gambar-gambar Aidan yang tersusun kemas di atas meja itu.

"Saya ada semalam kat sini tapi waktu itu saya tak nak kacau awak tidur. Saya cuma duduk sini dan lihat awak tidur. Awak comel la waktu awak tidur, awak tahu tak? Sama comel macam dalam gambar awak ni." Hannah menunjuk gambar Aidan ketika masih kecil.

"Saya memang dah tahu. Apabila saya tidur, awak datang. Tapi saya masih tak tahu kenapa awak datang masuk dalam mimpi saya." Aidan menyoal kembali Hannah.

"Saya masuk dalam mimpi awak? Entah-entah awak yang termimpi-mimpikan saya." Hannah senyum melihat kekeliran yang jelas terpampang di muka Aidan. Dia meletakkan gambar tadi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan ke arah bilik air.

"Awak nak ikut saya tak? Saya bawa awak jalan-jalan. Mari." Hannah memanggil Aidan. Aidan pada mula tidak mahu, namun Hannah tidak henti-henti memanggilnya.

"Awak nak bawa saya jalan ke mana?" Aidan ingin tahu destinasi yang ingin dituju.

"Awak tunggu dan tengok." Hannah membuka pintu bilik air.

"Itu cuma bilik air saya. Awak nak saya tengok apa....." Bilik air Aidan tiba-tiba bercahaya terang. Keterangan yang membutakan pandangan Aidan.

"Kita dah sampai." Hannah menjerit kegembiraan. Aidan dapat mendengar bunyi deruan angin, kicauan burung dan pukulan ombak. Aidan membuka matanya. Mereka berdua sedang berada di tepi pantai pada waktu siang. Aidan diam berfikir panjang. Semua ini adalah ilusi yang lansung tidak logik. Dari pintu bilik airnya, dia boleh sampai ke sini.

"Kenapa bingung Aidan. Kita dah sampai. Awak sepatutnya bergembira." Hannah berlari-lari mengelilingi Aidan. Aidan melihat sekeliling. Permandangan pantai itu sungguh indah. Laut yang biru luas terbentang. Pasir yang putih bersinar. Pokok-pokok kelapa yang rendang berbuah. Aidan masih memakai t-shirt, seluar tidur dan tidak beralas kaki, sama seperti apa yang dipakainya ketika masuk tidur tadi.

"Kita di mana sekarang?" Tanya Aidan. Dia berjalan ke arah gigi laut.

"Kita di Samoa. Return To Paradise Beach." Hannah mengejar Aidan dari belakang. Sesudah sampai, dia menyepak air laut sehingga terkena Aidan.

"Samoa!! Kenapa Samoa? Return To Paradise Beach? Nama pantai ni ke tu?" Aidan bertanya lagi. Hannah masih bermain dengan air. Dia kelihatan gembira.

"Sebab pantai ni cantik. Awak tak rasa pantai ni cantik? Macam kat paradise. Nama pantai ni Return To Paradise Beach. Unikkan nama pantai ni." Hannah mendekati Aidan. Dia menghulur Aidan sesuatu.

Hannah memberi Aidan kerang nautilus yang sangat besar. Besarnya sebesar sebuah kamus Dewan Bahasa.

"Awak dapat pergi mana-mana dalam mimpi? Tadi kita dalam bilik saya. Lepas tu kita kat sini." Aidan cuba menyelesaikan misteri yang sedang dialaminya.

"Bukan saya sahaja. Awak pun boleh pergi ke mana-mana. Awak kan sedang bermimpi. You are lucidly dreaming." Hannah menerangkan kepada Aidan.

"So, kita boleh pergi kemana-mana yang kita inginkan. Apa yang perlu saya buat? Apa yang perlu saya lakukan untuk pergi ke mana-mana yang saya suka." Aidan ingin memcuba. Dia melihat terus ke arah Hannah.

"Awak cuma perlu tutup mata dan fikirkan dalam minda awak tempat yang awak ingin tuju tu. Dengan sekelip mata, awak akan ke sana." Hannah memberitahu Aidan dengan lemah lembut. Muka Hannah tidak pernah lekang daripada senyuman yang dan tawa yang manis.

Aidan menutup matanya. Dia sedang fikirkan satu tempat yang dia sangat ingin pergi namun tidak berpeluang.

"Saya nak ke puncak Himalaya. Saya nak ke puncak Himalaya. Saya nak ke puncak Himalaya." Berkali-kali Aidan memikirkan destinasi itu.

Tiba-tiba Aidan ditolak kuat oleh Hannah. Dia tidak bersedia dengan tindakan Hannah, dia pun terjatuh ke dalam laut. Sebaik sahaja badan Aidan terkena air laut, Aidan terjatuh ke bawah seperti jatuh dari bangunan. Air laut kepulauan Samoa bagaikan tidak mahu menyambut Aidan yang tengah jatuh. Air laut itu hilang begitu sahaja.

Perasaan Aidan berdebar-debar. Dia dapat berasa dengan jelas yang dia sememangnya jatuh ditarik graviti bumi. Badan yang panas berpeluh kerana cemas. Aidan cuma mengharap agar dia bangun dari mimpi ini.

"Bangunlah"

"Bangunlah"

"Bangunlah"

Aidan jatuh di atas sesuatu yang lembut. Aidan membuka mata. Dia sudah kembali dalam bilik nya. Badan Aidan disambut oleh tilam yang berada pada katilnya.

"Mimpi tadi rasa macam sangat betul. Nasib baik mimpi." Badannya berpeluh dan katilnya berselerak. Aidan angkat dari katil dan menuju ke bilik air.

Aidan membuka pintu bilik air berhati-hati. Dia melihat ke dalam bilik air dan menarik nafas lega.

"Nasib baik takde pantai kat dalam bathroom ni" Aidan masuk dan mencuci mukanya. Dia sedang melihat wajahnya dalam cermin apabila dia terpandang Hannah dibelakangnya. Aidan menoleh namun tiada sesiapa disitu selainnya.

Aidan keluar dari bilik air dan terus kembali ke katilnya. Dia meletakkan buku 'Rich dad, Poor dad' di atas meja sisi dan terus menutup lampu disebelah katilnya. Sedang dia cuba melelapkan matanya tiba-tiba bahunya disapa.

"Awak tak takut ke jatuh tadi?" Cakap Hannah yang sedang berada disebelahnya. Aidan terkejut. Dia terus bangkit dari katilnya.

"Awak!! Awak lagi. Ni dah kali kedua awak datang malam ni. Kenapa awak suka sangat kacau saya? Kenapa awak tolak saya? Kenapa awak jatuhkan saya?" Aidan bertanya kepada Hannah. Hannah bangun dari katil dan menuju ke tingkap bilik Aidan.

"Saya nak awak rasa sesuatu yang saya rasa. Awak dah lukakan hati saya." Kata Hannah bernada merajuk. Dia membuka tingkap bilik Aidan seluas-luasnya. Angin malam yang sejuk masuk ke dalam, membuatkan Aidan mengigil kesejukan.

"Saya lukakan hati awak? Bila?" Aidan menjawab.

"Semalam. Awak dah lukakan hati saya. Jadi sekarang, saya perlu terjun." Hannah panjat ke atas tingkap tersebut dan terus terjun.

Aidan terus berlari ke arah tingkap tersebut sebaik sahaja melihat Hannah terjun. Dia menjenguk ke bawah namun tidak nampak apa-apa.

"Hahahaha...."

Aidan terkejut. Dia terdengar Hannah ketawa tetapi tidak nampak apa-apa. Aidan terasa belakangnya dipegang oleh seseorang.

"Saya kat belakang awak" Kata Hannah. Dia terus menolak Aidan keluar dari tingkap. Aidan menjerit apabila melihat dirinya jatuh ke bawah dari biliknya. Aidan menutup mata. Dia teringat kata-kata Hannah.

"Awak cuma perlu tutup mata dan fikirkan dalam minda awak tempat yang awak ingin tuju tu. Dengan sekelip mata awak akan ke sana."

"Saya nak kembali ke bilik saya. Saya nak kembali ke bilik saya. Saya nak kembali ke bilik saya" Aidan menyebut kuat-kuat.

"Aidan!! Tak perlu menjerit la." Suara Hannah kedengaran. Aidan tidak mahu membuka matanya. Dia masih menyebut apa yang dia sedang fikirkan itu.

"Where are you bringing me Aidan?"

"Why are you smiling? I'm asking you a question"

Aidan terdiam. Itu bukan suara Hannah tapi itu suara Illy. Aidan membuka matanya. Dia sedang duduk bersama Hannah di tempat duduk belakang kereta Kelisa adiknya. Di depan, dia melihat dirinya sendiri bersama Illy.

"Ini waktu nak keluar makan dengan Illy malam semalam." Kata Aidan dalam hati.

"Awak senyum macam kambing la." Hannah berkata selepas melihat Aidan senyum kepada Illy. Aidan dan Illy keluar dari kereta.

"Awak tahu tak, senyuman awak tu tadi penuh muslihat. Macam ada udang disebalik batu." Cakap Hannah lagi.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Aidan menyoal Hannah. Dia menoleh keluar. Illy dan dirinya sendiri sedang berjalan ke arah sebuah restoran, restoran Saffron.

"Saya nak tunjuk awak semua itu tadi. Awak keluar dengan Illy malam semalam, itulah yang melukakan hati saya." Hannah berkata. Dia membuat muka serius kepada Aidan.

"Jom, keluar. Saya nak tengok part awak gaduh dengan Illy. Itu part paling best bagi saya." Hannah keluar dari kereta.

"Tapi... saya berpakaian macam ni. Macam mana saya nak masuk? At least bagi saya selipar untuk dipakaikan." Aidan malu untuk keluar. Dia sedang berpakaian tidur seperti sebelum ini.

"Orang tak nampak awaklah. Jalan je situ" Hannah berjalan meninggalkan Aidan. Apabila Hannah sudah jauh meninggalkan dirinya, baru Aidan berlari mengejar Hannah.

Aidan dan Illy sedang dibawa oleh pelayan ke tempat duduk mereka apabila Aidan yang sebenar dan Hannah masuk ke dalam.

"Wah... Cantiknya restoran ini." Hannah terpegun dengan kecantikan restoran itu. Dia berjalan ke arah Illy dan Aidan. Aidan yang sebenar berjalan mendapatkan Hannah.

"Handsome juga saya ni kan." Aidan memuji darinya sendiri.

"Angkat bakul sendiri. Dengar ni, saya suka part ini." Hannah mendekati Illy.

"Your charms and love talks will not work on me anymore. I'm already immune to that sort of things. Saya datang sini untuk makan la and you ruining the atmosphere right now."

Hannah ketawa selepas mendengar Illy bercakap. Hannah mendekati Aidan yang sebenar.

"Nasib baik Illy ni pandai, kalau tak dia akan masuk ke dalam perangkap cinta awak." Hannah berkata sampai menepuk kecil belakang Aidan. Aidan kelihatan marah mendengar kata-kata Hannah.

"Awak tidak ada hak nak cakap macam tu. Saya bukannya nak perangkap siapa-siapa. You did not even know me and you dare to talk like that. Sekarang bawa saya balik sekarang." Marah Aidan. Jelas sekali dia tidak suka pernyataan Hannah tadi.

Hannah terdiam sebentar. Pernyataan Aidan tadi membuatkan dia tersinggung.

"Actually, saya kenal awak. I know you from every possible angle that needed to knowing you. Sorry, Saya tidak boleh bawa awak balik sekarang. Saya kena tunjuk awak sesuatu." Hannah berkata dengan suara yang kecil kerana dia sedikit terasa dengan tindakan Aidan memarahinya.

"Awak nak tunjuk apa lagi? Apa yang awak buat sepanjang malam ni dah mencabar kesabaran saya." Aidan membantah. Dia berjalan ke tepi beranda, Hannah mengikutinya dari belakang.

"Saya tahu awak masih cintakan dia." Hannah menjawab sambil menunjuk ke arah Illy. Aidan terus melihat Hannah apabila Hannah berkata begitu.

"Saya dapat rasakan dalam hati awak yang awak masih lagi menaruh harapan kepada Illy. Sepanjang malam itu, hati awak berdebar-debar." Kata Hannah sambil menoleh ke tempat lain.. Wajah Hannah seakan-akan sedih.

"Waktu Illy marah awak malam tu, awak berasa sangat menyesal atas tindakan awak dahulu. Hati awak berasa kesal dan ingin semula merasai cinta itu kembali. Cinta awak terhadap Illy telah berputik kembali. Sebab itu awak senyum kepadanya sejak dalam kereta." Sambung Hannah sambil berjalan ke arah Illy.

"Tapi lepas itu, sesuatu telah membuatkan awak berasa kecewa. Sesuatu telah meragut cinta Illy dari awak. Sesuatu itu adalah kerana..." Hannah memetik jarinya. Suasana sekeliling menjadi sunyi sepi. Semua orang di restoran itu tidak bergerak. Masa bagaikan telah terhenti selepas Hannah memetik jarinya.

"Sesuatu itu adalah kerana cincin ini" Hannah mengambil cincin pertunangan dari tangan Illy dan memberinya kepada Aidan.

"Disebabkan cincin itu, Illy bukan lagi milik awak. Cinta yang baru bercambah tidak kesampaian." Hannah berkata lagi.

"Kenapa awak beritahu saya semua ini? Macam mana awak tahu apa yang tersirat dalam hati saya?" Aidan cuba menyoal Hannah untuk mencari kepastian kepada pernyataan Hannah.

"Saya beritahu awak semua ini untuk menyedarkan awak. Awak tidak dapat lagi mencintai dirinya tetapi awak tidak sepatutnya mematikan perasaan awak itu. Cinta yang bercambah perlulah disiram dan dijaga agar dapat membesar. Perasaan itu dapat disalurkan kepada sesiapa, ke mana-mana. Awak sama seperti saya sebab itu saya ingin mengingatkan awak" Hannah menjawab.

"Maksud awak, banyak lagi orang yang boleh dicintai? Begitu?" Aidan keliru dengan jawapan Hannah.

"Saya tahu awak dapat melupakan Illy namun hati awak masih ada padanya. Lupakan dia dan ambil balik hati awak." Hannah diam. Dia melihat Aidan yang sedang keloru dengan semua ini.

"Banyak yang saya dah beritahu awak tapi semua ini akhirnya, akan bergantung dengan awak sendiri. Awak akan tentukannya sendiri." Hannah mengambil cincin dari Aidan dan memberinya semula kepada Illy. Aidan masih bingung dengan nasihat Hannah. Dia perlukan masa untuk merungkai persoalan yang Hannah timbulkan.

"Ada satu perkara lagi yang awak perlu lihat." Hannah memetik jarinya sekali lagi. Kali ini, semua orang di restoran itu bergerak laju. Masa bagaikan telah dipercepatkan. Keadaan sekeliling berubah. Kini, Aidan dan Hannah berada di depan rumah Illy. Ketika itu Aidan sedang beada di kereta manakala Illy sedang menutup pagar.

"Aidan. I'm telling you this. You're not a focus person, since high school. I know because it happen to me. You didn't focus to me that time. My advice, you should try to be more alert, more focus to this girl, Hannah. Maybe she's trying to show you something but you didn't focus on that, you're busy focusing on me. Don't you think that I'm trying to help you, I'm not. I'm trying to help Hannah, so that she will not be treated by you just like how you treated me before."

Illy masuk ke dalam banglo manakala Aidan terus memandu pergi. Hanya tinggal Hannah dan Aidan yang sebenar.

Aidan keliru. Apa kaitan semua itu tadi dengan hidupnya? Apa kaitan semua itu tadi dengan Hannah. Tiba-tiba azan berkumandang. Aidan kehairanan.

"Aidan. Baik awak bangun sekarang. Dah masuk waktu solat Subuh. Saya pergi dulu." Hannah terus hilang dari pandangan. Aidan menutup matanya seketika. Beberapa saat kemudian, dia membuka mata. Dia sudah kembali ke dalam biliknya.

Aidan bangun dan keluar dari biliknya. Dia berjalan menuju ke bilik sembahyang untuk bersembahyang bersama ayahnya. Encik Ariffin sedang menunggu kedatangan Aidan. Puan Norlia dan Aina pun sudah sedia untuk bersembahyang berjemaah.

Selesai solat berjemaah, Aidan kembali ke bilik tidurnya. Dia duduk sebentar di hadapan komputernya, memikirkan kembali apa yang Hannah beritahu kepadanya dalam mimpi tadi. Fkirannya bercelaru. Aidan angkat dan baring di atas katilnya.

Ketika sedang baring, Aidan terlihat almarinya bercahaya dari dalam. Dia angkat dan membuka almari itu. Perasaan ingin tahu menguasai dirinya. Cahaya putih menerangi bilik Aidan. Aidan masuk ke dalam cahaya putih itu.

Apabila masuk ke dalam, Aidan berada di taman bunga tempat dia dan Hannah berjumpa buat pertama kali. Dia terlihat Hannah sedang duduk dekat bangku seorang diri. Aidan mendekati Hannah.

"Assalamualaikum." Aidan memberi salam kepada Hannah.

"Waalaikumusalam." Hannah memjawab. Dia tidak menoleh ke arah Aidan.

"Saya nak minta maaf kat awak pasal kejadian yang berlaku dalam mimpi saya tadi. Saya tidak dapat mengawal kemarahan saya. Saya tidak tahu tujuan awak buat begitu kepada saya pada waktu itu." Aidan meminta maaf kepada Hannah tetapi Hannah hanya diam.

"Saya tahu saya salah jadi tolong maafkan saya." Hannah masih berdiam diri.

"Awak tolonglah bersuara. Saya nak dengar suara awak yang merdu itu. Saya nak dengar ketawa awak yang riang itu." Hannah bagaikan sudah bisu. Hanya salam yang dapat diucapkan. Aidan bangun dan berlari mendapatkan sesuatu.

"Saya tahu awak suka ini. Kalau awak maafkan saya, awak ambik bunga ros merah ini dan simpan. Tapi kalau awak tidak maafkan saya, awak hancurkan bunga ini dan buangkan ke arah saya supaya saya tahu awak benci kat saya." Aidan berkata. Hannah mengangkat mukanya apabila Aidan berkata begitu.

Sambil mengambil bunga ros merah dari Aidan, Hannah berkata,

"Saya tidak pernah benci kat awak. Awak je yang rasa begitu. Awak tidak tahu sebenarnya banyak lagi orang yang mengambil berat kat awak. Cuma awak yang tak perasan. Awak tak cukup fokus." Bunga ros merah dihidunya. Kelihatan air mata mengalir dari mata Hannah ke pipinya.

"Awak janganlah menangis. Saya janji yang saya tak akan marah kat awak lagi. Saya janji yang saya akan simpan hati saya dan berikan kepada sesiapa yang ditakdirkan mendapatnya. Saya juga berjanji saya akan simpan bunga ros merah yang awak suka tu. Saya tidak akan bunga itu lagi." Beritahu Aidan. Hannah senyum mendengar kata-kata Aidan.

"Your charms and love talks will not work on me anymore. I'm already immune to that sort of things." Cakap Hannah. Aidan terdiam apabila Hannah berkata begitu.

Tiba-tiba Hannah ketawa.

"Haha... Saya bergurau sahaja. Saya dapat rasakan apa yang awak cakapkan itu adalah ikhlas." Hannah bangun dan senyum melihat Aidan. Dia menari-nari sambil memegang bunga ros merah pemberian Aidan.

Kedengaran bunyi seseorang yang sedang berlari dari belakang mendekati Aidan dan Hannah. Belum sempat Aidan menoleh, seorang budak melompat ke riba Aidan.

"Uncle Ashraf...!!!!" Budak itu memanggil Aidan.

"Uncle bangun...!!!!"

"Alia...???"

1 comment:

eya eyda said...

eerrmm...sorry mek xda comment papa b4 this...busy ckit...and mek dah jarang online dah..but...kacak cita tok..penuh dengan info2 yang menarik..hahaha...by the way...i like hanna character..best gilak...polah panjang2 ckit...hahaha...pat best baca...don't reveal dolok who hanna is...berik hint2 yang orang akan keep on nak tauk sapa hanna ya...good luck..ney tauk pat terbitkan novel ka..apa ka...hahahaha....

Related Posts with Thumbnails