Nuffnang..

Nuffnang

Showing posts with label Hafizology in Art and Literature. Show all posts
Showing posts with label Hafizology in Art and Literature. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

sudah lama...makin lama...takkan lama


sudah lama...

aku tak berkarya di laman idea dan minda ini,
kerna sibuk mengecapi kesempurnaan urusan di alam duniawi,
hinggakan ku lupa kenikmatan bermadah tulus ikhlas dari hati,
dan setiap maksud merujuk diri ku yang sentiasa mencari,
dengan semangat yang takkan hilang kan ku bangkit sekali lagi...


makin lama...

aku hanyut tanpa kemudi yang benar dan tulus,
terkapai-kapai mencapai ranting rapuh yang kurus,
agar hidup di alam ini mudah diurus,
dengan semua cacat cela hilang diberus,
dibawa pergi dengan sekali lalu air arus....


takkan lama...

aku akan keluar dari mimpi koma,
akan ku buka mata dan terus bangkit lari dari tidur yang lama,
dan takkan menoleh lagi ke belakang di tempat yang sama,
terus terbang menuju puncak gemilang di tempat pertama,
menjadi kebanggaan seluruh umat terutama papa dan mama...

Friday, February 12, 2010

M.I.M.P.I < Chapter 12 - Sidang Akhbar >


"Are you ready, son?" Tegur Datuk Khairy. Aidan terkejut dari lamunan. Dia sedang di mejanya apabila Datuk Khairy datang menegur.

"I'm ready, Datuk." Jawab Aidan. Dia segera mengemas mejanya dan bangun.

"Awak nak pergi mana ni? Our press conference is scheduled to start this afternoon. You looked very worried. Apa yang awak tengah fikirkan? Don't worry, awak cuma datang untuk teman saya je kat press conference tu." Kata Datuk Khairy sambil menepuk belakang Aidan. Aidan cuma mampu senyum sambil menahan malunya.

"Don't think too much. Concentrate on your work." Datuk Khairy berjalan balik ke biliknya.

Aidan duduk semula dan terus mencapai sebatang pensil. Dia seolah-olah sedang cuba mengingati sesuai.

"Hannah Hanan." Sebut Aidan sambil menulis nama itu di atas sekeping kertas. Tiba-tiba telefon Aidan berbunyi.

"Hello. Oh, Winnie. Kenapa kau call aku? Nak lepak malam ni? Kat mane? Ok set, nanti kau usha Daniel. Sekarang tak buat ape-ape lagi, petang nanti press conference tu. Ok, see you tonight." Aidan meletak telefon bimbitnya kembali ke atas meja. Kertas yang tercatit nama Hannah tadi dilipat dan disimpan ke dalam kocek bajunya. Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi.


********


Aidan sedang berdiri keseorangan di lobi utama hotel Palace of The Golden Horses. Dia sedang menunggu kedatangan Datuk Khairy dan ahli-ahli konsultasi 'Project Paradise' yang akan menghadiri sidang akhbar terbuka kepada pihak wartawan.

"Ashraf Aidan! I dah agak dah akan jumpa you kat sini hari ini." Aidan menoleh ke belakang. Kelihatan Illy berjalan menuju ke arah Aidan.

"Illy? Apa you buat kat sini?" Tanya Aidan.

"Saya datang ni, just want to see you. I see you come prepare, with all the documents that you bring." Cakap Illy sambil tersenyum. Aidan juga turut tersenyum.

"Document ni semua Datuk Khairy yang suruh bawa. I'm just a humble assistant of Datuk Khairy." Jawab Aidan sambil mengangkat beg bimbit yang dibawanya.

"So the rumor was true. You will be directly involved with this huge project." Illy berkata. Aidan terkejut mendengar pernyataan Illy.

"Dari mana you dengar rumor tu?" Aidan bertanya kepada Illy.

"You know, I got my source." Jawab Illy sambil ketawa.

"By the way, you look beautiful today." Aidan memuji kecantikan Illy. Baju rekaan sendiri Illy amat sesuai dipakai oleh dirinya. Tiba-tiba Datuk Khairy datang menegur Aidan.

"Aidan, awak dah bersedia? The press conference would be start any minute now and who is this lovely women here? Ini mesti girlfriend awak." Datuk Khairy sempat bergurau dengan Aidan. Muka Aidan merah padam tanda malu.

"This is Illy Ilyas, my friend. Illy, this is Datuk Khairy, CEO of Khairy Kaharuddin." Kenal Aidan. Datuk Khairy menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Illy.

"Illy Ilyas? Fashion designer yang terkenal di London tu? Wow, tak sangka awak kenal with this talented women. You know, my wife and my daughter really love your design. Kalau boleh, every collection from you, both of them nak beli." Kata Datuk Khairy. Illy senyum mendengar pujian Datuk Khairy.

"I ni taklah terkenal sangat but if Datin and your daughter really like my design, I can specially design some for them. This is my card." Illy menghulurkan sekeping kad kepada Datu Khairy.

"Thank you, Illy. Aidan, saya rasa kita patut masuk sekarang. Let's go." Datuk Khairy berjalan memasuki dewan diikuti Aidan dan Illy.

Aidan berjalan ke arah pentas di depan dewan. Kelihatan Datuk Khairy bersalaman dengan beberapa orang lagi yang berada di atas pentas. Aidan berjalan ke arah Datuk Khairy dan terus duduk disebelahnya. Di depannya terdapat banyak wartawan yang sedang giat mengambil gambar mereka yang berada dihadapan termasuk dirinya sendiri. Mata Aidan liar mencari Illy. Akhirnya, dia menjumpai Illy yang sedang duduk di penjuru belakang dewan.

"Thank you for coming. We will start our press conference now." Pengacara majlis diam sebentar. Semua wartawan dan para hadirin duduk mengambil tempat.

"I would like to call upon the project leader of 'Project Paradise', Datuk Zabry Zuhaili to tell us more on this national project." Semua para hadirin bertepuk tangan, mengundang Datuk Zabry untuk berucap. Datuk Zabry bangun dan menuju ke arah rostrum sambil senyum. Cahaya kamera memancar beberapa kali, menerangi pentas dewan tersebut.

"As we know, 'Project Paradise' is a mega project headed by the Malaysian Government in pursuing our former Prime Minister, Tun Dr Mahathir vision which is Vision 2020. The main objective 'Project Paradise' is to construct and develop a smart system within a cybernetic city that emphasis on technology, education as well as environment. Here, we bring you the main people behind the implementation of this high-tech project, The Paradise Team. I, Datuk Zabry Zuhaili will act as the project leader and the direct link between this project with the government of Malaysia. Beside me, there are 5 more important people within this Paradise Team and I assure all of you that more people will be involved in this mega project, after we assess the project sites, costing and planning. Any questions?" Datuk Zabry menjelaskan dengan panjang lebar. Seorang lelaki mengangkat tangan.

"Datuk tadi ada menberitahu kami yang terdapat 5 orang penting dalam Paradise Team. Boleh tak Datuk memperkenalkan mereka kepada orang umum?"

"Of course. All of them are here. Datuk Khairy Kaharuddin will supervise on the urban development, architectural and planning, while Mr Chen Chung Chang, a Sarawak construction tycoon will manage on the construction for the project site. Mr Durgesh Danushan here will be monitoring our budget. We also have hired two international consultant that will give us their brilliant opinion and advise to make our project better and run smoothly. The first one is Mr Eugene Eisenhower, which is from USA and the second one is Benjamin Benzema from France." Sebaik sahaja, Datuk Zabry menyebut nama Benjamin, Aidan terkejut dan melihat sekeliling. Dia sedang mencari Benjamin namun lelaki perancis itu tidak kelihatan.

"I'm sorry for being late. I got some problem with the traffic just now." Tiba-tiba Benjamin muncul dari belakang dewan. Semua wartawan bergerak ke belakang dan mengambil gambar Benjamin. Benjamin berjalan ke depan pentas dan terus duduk disebelah Encik Eisenhower. Keadaan menjadi tenang semula. Semua wartawan tadi bergerak semula ke tempat masing-masing.

"I have several questions to ask." Seorang wanita berkaca mata dan bersanggul tiba-tiba bangun dan bergerak ke depan.

"What are your questions, miss?" Datuk Zabry menyoal wanita tersebut.

"Tirana, Miss Tia Tirana from the Metro Daily. My first question is why did you choose Datuk Khairy Kaharuddin? There's a lot more suitable people that have the capability in handling such a high profile project. I'm stating this based on the fact that Datuk Khairy's achievements and resume was not that impressive compare to others." Tia Tirana mengutarakan soalannya. Soalannya yang panas telah menegangkan suasana. Kedengaran beberapa orang wartawan berbisik sesama sendiri. Datuk Zabry hanya mampu diam.

"Maybe I should emphasis that Datuk Khairy is your brother-in-law and the status between both of you definitely, with no doubt effect your decision on choosing him rather than others." Pernyataan Tia Tirana itu membuatkan muka Datuk Zabry merah padam.

"Miss Tirana. The people in front of you here have been chosen because they have the effort and talent to do this job. We are professionals." Benjamin bersuara mempertahankan pemilihan Datuk Khairy.

"Talented? Professionals? I think not. Ok, that's all for my 1st question. Second question, the landslide accident last week. Is it really a natural accident or incompetence of the people at the site? 6 were killed on site and 2 more are still missing under the rubble or rocks and soils. Care to explain?" Tia Tirana mengujakan satu lagi soalan panas. Kali ini Encik Chang mengambil mikrofon yang berada di depannya.

"It is an accident. The heavy rain from the night before causing the soil to become lose causing landslide the next day. Don't you dare to mock my people as incompetence. I've lost 5 of my workers there too. I'm sorry for the lost but the accident can't be avoided." Encik Chang menjawab persoalan Tia Tirana.

"6 bodies was recovered from the landslide these past week, 5 were identified as your workers. The last body was one of the environmental officer and 2 more, also environmental officers are still missing." Belum sempat Tia Tirana menghabiskan soalan Encik Eisenhower pun bercakap.

"Our workers on site, with the help of local police are still looking for both of the missing person. Although the possibility of both of them still alive are very low but we will keep finding until we found any evidence indicating the other way around. Did I answered your question, Miss Tirana? If that's it, can we proceed with the video presentation of 'Project Paradise'? We're wasting our ample time arguing on speculated theory rather than facts here. Shall we?" Encik Eisenhower memberi isyarat kepada pengerusi majlis. Keadaan dewan menjadi gelap. Aidan melihat Tia Tirana bergerak keluar dari dewan. Sebaik sahaja Tia Tirana keluar, seorang lelaki datang mendekati Tia lalu menghulurnya sekeping sampul. Aidan mengenali lelaki tersebut. Pintu dewan pun tertutup.

"Razdan. Aku rasa lelaki itu tadi adalah Razdan." Kata Aidan dalam hati. Dia melihat ke arah skrin untuk menikmati persembahan video 'Project Paradise' namun fikiran memikirkan kejadian yang berlaku tadi.


********


Semua wartawan sudah mula bersurai selepas menikmati sedikit minum pagi. Aidan pula masih duduk di meja bersama Datu Khairy dan Paradise Team.

"So, Khairy. This is your young prodigy. Son of talented lawyer, Ariffin Ardan and his beautiful wife, Norlia Nasrul." Datuk Zabry bertanya kepada aidk iparnya.

"Yes, this is Ashraf Aidan. I totally forgot to introduce him to all of you." Datuk Khairy berkata. Encik Eisenhower cuma diam dan melihat Ashraf dengan tajam. Pandangan Encik Eisenhower ke atas dirinya membuatkan Aidan berasa takut dan bimbang.

"Where is Benjamin?" Tiba-tiba Encik Eisenhower bertanya.

"Last time I saw him, he was being interview by that Tirana girl. Then he went out with his fiancee and never come back." Kata Datuk Khairy.

"That reporter girl sure make me angry. I feel like I want to..." Belum sempat Encik Chang menghabiskan ayatnya, Encik Danushan memukul perlahan belakangnya.

"I think that's enough Mr Chang. Excuse me guys, I have an appointment after this. I have to go." Encik Danushan berjalan meninggalkan dewan. Pembantu Encik Eisenhower berjalan mendekati meja sambil membawa tongkat dan topi Encik Eisenhower.

"I think I will make a move also." Encik Eisenhower berdiri diikuti oleh Datuk Zabry, Datuk Khairy dan Encik Chang.

"Aidan, nanti kita jumpa kat office. Tolong bawa sekali document saya tu." Datuk Khairy memberi arahan kepada Aidan. Semasa Aidan sedang mengemas kertas-kertas dokumen yang berselerak di atas meja, dia menoleh ke arah pintu dewan.

Kelihatan Encik Eisenhower dan Datuk Zabry sedang berjalan beriringan, diikuti oleh Datuk Khairy yang sedang sibuk bercakap melalui telefon bimbitnya. Encik Chang pula sedang berjalan di belakang sekali. Namun, perkara yang dilihatnya selepas itu membuatkan diri Aidan terkejut. Dia mengosok matanya untuk mendapat kepastian.

"Betul ke apa yang aku nampak ni? Hannah?" Aidan bingung. Dia sekarang sedang melihat Hannah berjalan sambil menoleh ke arahnya di belakang Encik Chang. Hannha senyum ke arahnya. Dia melambai ke arah Aidan. Dengan pantas Aidan mengemas dokumen tersebut dan berlari mengejar Hannah. Hannah sudah berjalan keluar dari dewan.

Sebaik keluar dari dewan, Aidan terlanggar dengan seseorang. Dokumennya tadi jatuh berselerak. Hannah kini hilang dari pandangannya.

"Ini document 'Project Paradise'? Boleh saya temuramah awak?"

Aidan yang masih mencari-cari Hannah terkejut mendengar permintaan perempuan yang dilanggarnya tadi. Dia menoleh ke arah perempuan tersebut.

"Awak ni Tia Tirana kan?"





Coming Soon...!!!
Chapter 13 - Soal & Jawab

Wednesday, January 20, 2010

M.I.M.P.I < Chapter 11 - Pantai & Bunga >

Bunyi deruan angin diselangi bunyi pukulan ombak laut sungguh mengasyikan, membuatkan Aidan leka baring diatas butiran pasir putih. Keadaan yang sungguh tenang amatlah diperlukan oleh Aidan yang kini sedang sibuk dalam urusan kerjanya itu.

"Awak!! Bangun awak." Hannah memanggil Aidan yang sedang selesa baring di atas pantai. Aidan membuka matanya. Anak matanya sedang ligat mencari Hannah. Hannah tersenyum melihat Aidan yang terpinga-pinga mencarinya.

"Saya masih tak faham dengan awak la. Sekarang kita tengah dalam mimpi, awak masih boleh nak tidur? First time saya tengok orang tidur dalam mimpi." Kata Hannah. Tangan Hannah menghulur kelapa muda kepada Aidan.

"Awak tak pernah mimpi yang awak masuk tidur semula dalam mimpi ke? Macam perkara biasa je saya tengok dalam cerita melayu. Dan sekarang ni awak bagi saya minum air kelapa. Walaupun air ni sedap sangat-sangat tapi bila saya bangun nanti, semua ni hanyalah mimpi." Jawab Aidan sambil meneguk air kelapa yang diberi Hannah tadi.

Hannah hanya senyum melihat Aidan.

"Ada perkara yang tidak dapat diterangkan begitu sahaja. Yang penting, awak hanya perlu nikmati semua yang ada." Hannah berhenti melihat ke arah Aidan. Permandangan lautan yang luas pula menjadi tatapan perempuan bertudung itu.

"Awak tahu tak, muka awak ni unik la. Not a typical Malaysian face." Kata Aidan. Dia meletakkan kelapa ke bawah.

"Mestilah tak sama. Saya ada darah kacukan juga. Bukan awak seorang je yang ada mixed blood tapi kacukan saya tu takde la diimpot khas dari barat. Saya punya bloodline asal dekat-dekat sini je." Jawab Hannah. Dia melihat semula ke arah Aidan.

"My father punya family asal dari Indonesia. My mother pula ada darah cina." Aidan mengangguk faham.

"Patutla awak cantik. Kecantikkan awak sungguh mempesonakan. Bagaikan melihat sinar mentari emas di ufuk barat. Sinar kuning keemasan senja yang disukai ramai." Aidan berkata. Hannah hanya senyum tersipu-sipu.

Tiba-tiba Hannah memetik jarinya. Keadaan berubah serta-merta. Awan putih bergerak dengan pantas. Bayang-bayang pokok kelapa berubah menjadi panjang kerana perubahan kedudukan matahari. Bayang-bayang Aidan dan Hannah turut berubah. Dengan sekelip mata, suasana siang tadi menjadi senja.

"Wow. That's interesting." Aidan kagum melihat apa yang berlaku.

"Saya dah cakap dulu, 'Bila awak dalam mimpi, semua kejutan boleh jadi kenyataan.' All of this is possible in our dreams." Cakap Hannah.

Aidan diam melihat senja yang indah menerangi segenap ruang angkasa.

"Jika saya jadi sinar kuning keemasan senja hari, awak nak jadi apa? Ha, saya tahu. Awak jadi setiap butiran pasir pantai yang sedia menunggu cahaya mentari setiap senjakala." Cakap Hannah. Dia memandang ke arah matahari yang sedang terbenam.

"Awak nak saya jadi pantai? Saya suka sangat dengan pantai." Kata Aidan. Hannah tersenyum dengan pernyataan Aidan. Dia terus bangun dan berjalan di depan Aidan.

"Saya pun suka dengan pantai. Bila saya pergi ke pantai, minda saya tenang sangat. Mendengar bunyi paluan ombak, merasa deruan angin bayu dan membasahi kaki dengan air laut, semua ini membantu saya jika saya hadapi masalah." Hannah berkata sambil berjalan-jalan di gigi air.

"Awak suka dengan pantai? Bukan awak pernah beritahu saya yang awak suka bunga ros, awak suka musim bunga?" Aidan bertanya kepada Hannah.

"Itu pun saya suka juga. Kalau saya kat sini, saya sukakan pantai. Kalau saya kat sana, saya sukakan bunga." Jawab Hannah. Dia duduk kembali disebelah Aidan.

"Kat sini? Kat sana? Apa maksud awak, saya tak faham?" Tanya Aidan.

"Kat sini kalau saya kat Malaysia. Kat sana kalau saya kat the very place both of us first met." Jawab Hannah. Jawapan Hannah yang berkias membuatkan Aidan bingung.

"The very place both of us first met? Maksud awak mimpi pertama saya bertemu dengan awak ke? Taman tempat kita berjumpa pertama kali?" Aidan masih bingung. Akalnya tidak dapat berfikir dengan tenang.

"Sebenarnya, ada banyak lagi yang awak tak sedar dan tak tahu dari perjumpaan pertama kita dalam mimpi awak dulu? Taman itu bukan sekadar sebuah taman biasa, taman itu adalah bukti pertemuan kita pada suatu ketika dulu." Terang Hannah dengan telita.

Namun penerangan Hannah membuatkan keadaan semakin serabut. Aidan langsung tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh Hannah tadi. Hannah memegang tangan Aidan. Aidan terkejut apabila tangannya disentuh oleh tangan Hannah yang lembut bak sutera.

"Awak tak perlu peningkan kepala. Tenangkan fikiran awak. Nanti, awak akan dapat ingat balik jika awak fikir betul-betul. Sekarang ni, saya tak nak susahkan awak dalam mimpi awak. You should enjoy your dream now." Kata Hannah. Aidan cuma melihat Hannah. Dia tidak puas hati dengan penjelasan Hannah.

"Awak cuba nak elak dari menjawab soalan saya. Siapa awak sebenarnya? Apa tujuan awak muncul dalam mimpi saya. Walaupun awak setiap malam bertemu dengan saya but frankly speaking, you're just a total stranger to me." Cakap Aidan terus menarik tangannya dari tangan Hannah.

"Ada perkara yang saya tak boleh nak terangkan dengan awak. Awak perlu mencarinya sendiri. The important matter is that I really need your help." Hannah berkata lagi. Matanya memandang tepat ke arah mata Aidan untuk memohon agar Aidan faham atas situasi yang dialami.

"Saya boleh tolong awak. I really really want to help you but for me to help you, you must first help me. Help me by telling your real self. Saya perlu tahu siapa awak sebenarnya?" Pohon Aidan. Hannah diam seketika. Dia seakan-akan berfikir panjang.

"Baiklah, saya akan beritahu awak siapa sebenarnya saya. Nama saya adalah Hannah Hanan. Awak mungkin tak ingat pada saya tapi kita pernah bertemu di sebuah taman 8 tahun lepas. Taman tersebut adalah sama dengan taman tempat pertama kita bertemu dalam mimpi awak. Tujuan saya muncul dalam mimpi awak ini kerana saya...." Tiba-tiba Hannah hilang dari pandangan Aidan. Matahari senja, pantai dan laut turut hilang dari pandangan Aidan.

Kini pandangan Aidan kosong. Cuma kegelapan menyelubungi suasana sekeliling.

"Aidan..!! Saya perlu pertolongan awak..!! Saya sudah tidak punyai banyak waktu..!! Cepat cari saya..!!"

Suara Hannah bergema dengan kuat dalam ruang kosong yang dilihat oleh Aidan. Aidan terkejut dari tidurnya.

"Hannah Hanan. Jangan bimbang. Saya akan tolong awak. Saya akan cari awak sehingga awak betul-betul berada di depan saya. Ini janji saya." Kata Aidan dengan penuh semangat.

Tuesday, January 5, 2010

M.I.M.P.I < Chapter 10 - Arrival & Departure >

"Tak sangka today dah Wednesday." Kata Aina tiba-tiba. Dia sedang merenung keluar kereta sambil menikmati permandangan di luar. Puan Norlia tahu hati Aina sangat keberatan untuk meninggalkan Malaysia, lebih-lebih lagi meninggalkan keluarga yang tercinta.

"Where is Ashraf? Kata nak hantar Aina." Soal Encik Ariffin kepada Puan Norlia. Dia sedang memandu dengan berhemat menuju ke KLIA.

"Dia akan guna transport sendiri sebab dia akan jemput Winnie terus, lepas hantar Aina. Entah-entah dia dah sampai kat airport." Jawab Puan Norlia. Dia menoleh ke belakang. Aina cuma berdiam diri sambil memegang erat tiket kapal terbang dan juga passportnya.

********

Encik Ariffin, Puan Norlia dan Aina sedang menaik eskalator, tiba-tiba Aidan muncul dari belakang mereka bertiga.

"Dad, Umi." Aidan terus salam tangan kedua-dua orang tuanya. Dia melihat Aina seketika.

"Kenapa monyok je muka Aina ni? Takkan lah dah homesick." Gurau Aidan. Aina cuma mampu tersenyum kecil. Puan Norlia menjeling Aidan. Aidan faham maksud jerlingan mata ibunya itu. Orang yang tengah bersedih jangan diganggu, nanti lebih parah sedihnya.

"Bila flight Winnie sampai?" Tanya Puan Norlia.

"Around 10 a.m. Flight Aina terbang around 10.40 a.m kan? Kalau macam tu, Ashraf turun bawah kejap. Sekarang dah dekat 10 o'clock." Kata Aidan kepada ibunya. Puan Norlia mengangguk setuju.

"You go ahead. We go check-in Aina first. Later find us at McDonald's." Kata Encik Ariffin pula sambil berjalan menuju ke kaunter check-in. Puan Norlia dan Aina menyusul dari belakang.

Aidan berjalan pantas menuju ke balai ketibaan yang terletak di tingkat 3 KLIA. Banyak pelancong dari dalam dan luar negara yang baru sampai. Aidan menunggu Winnie di depan pintu ketibaan. Selepas 10 minit menunggu, baru Aidan dapat melihat Winnie sedang berjalan sambil menolak troli ke arah Aidan.

"Awalnya kau? Aina dah masuk ke?" Winnie bertanya.

"Mestilah awal. Kalau lambat sikit, kau mesti dah membebal panjang macam hari dulu. Aina masuk pukul 10.30. Jom kita gerak ke atas." Aidan mengambil alih troli beg dari Winnie.

"Aidan, guess who did I met at Penang? You will never guess who" Winnie bertanya dengan penuh minat.

"Siapa Winnie? Your future husband?" Jawab Aidan sambil ketawa. Winnie memukul Aidan.

"Bukanlah. Aku jumpa dengan Razdan." Kata Winnie. Aidan mengerut dahinya tanda tidak mengenali nama yang disebut oleh Winnie tadi.

"Razdan. The guy yang selamatkan aku dari lemas last Sunday. Takkan kau dah lupa kot?" Winnie merungkai kekusutan Aidan.

"Oh, that guy. Apa yang dia buat kat Penang?" Aidan menyoal Winnie. Dia mulai rasa ragu-ragu dengan motif Razdan muncul di Penang.

"Dia balik kampung. His hometown kat Penang. Last Sunday time kita jumpa dia, dia tengah holiday kat Singapore. Time dia drive balik from Singapore, he decided untuk take a rest di Port Dickson. Then he met us." Terang Winnie panjang lebar.

"Oh, begitu. Ingatkan dia stalking on you. You'll never know yang dia tu psychotic atau tidak." Cakap Aidan. Dia sememang mengambil berat terhadapan keselamatan kawan karibnya itu.

"No lah. I have better judgement and in my opinion Razdan is a good guy." Jawab Winnie. Aidan cuma mengeleng-ngeleng kepalanya.

Sedang Aidan dan Winnie sedang menaiki eskalator ke tingkat atas, nama Aidan dipanggil dari belakang. Aidan terkejut lalu menoleh ke belakang.

"Illy. Apa you buat kat sini?" Aidan menegur Illy sebaik sahaja bekas teman wanitanya itu berjalan dari eskalator ke arahnya.

"I was walking downstairs, tiba-tiba terlihat you with Winnie. Both of you buat apa juga kat KLIA?" Tanya Illy pula. Winnie hanya diam sambil melihat Illy.

"I datang nak hantar Aina. Dia fly ke London today, continuing her study. Besides that, I nak ambik Winnie yang baru balik dari Penang." Jawab Aidan. Sesudah Aidan bercakap, Illy bergerak ke arah eskalator dan terus menoleh ke bawah. Illy melambai kepada seseorang. Aidan dan Winnie hairan dengan Illy. Mereka berdua ingin tahu siapakah yang dilambai Illy.

"I want both of you to meet someone." Kata Illy dengan beria-ria. Dia mendekati eskalator.

Seorang jejaka yang tampan dan berbadan tegap muncul dihadapan Aidan dan Winnie. Lelaki tersebut mencapai tangan Illy lalu memegang dengan erat. Illy tersenyum melihat lelaki tersebut.

"This is my fiancée. Benjamin Benzema. Ben, this is my high school friends, Aidan and Winnie." Benjamin menghulur tangan kepada Aidan, tanda perkenalan.

"Hi, nice to meet you." Aidan bersalaman dengan Benjamin. Tangan Benjamin yang besar adalah bersamaan dengan susuk tubuhnya yang tegap dan tinggi. Benjamin menghalakan tangannya kepada Winnie pula. Ketika Winnie menyambut tangan Benjamin, Benjamin terus tunduk mencium tangan Winnie.

"Nice to meet you, Mademoiselle~ Winnie." Pipi Winnie merah tanda malu. Illy memukul lemah belakang Benjamin. Benjamin melepaskan tangan Winnie lalu memegang tangan Illy dengan mesra sambil mengucup-ngucup kecil tangan tunangnya beberapa kali.

"Benjamin baru sampai from France. I datang to pick him up." Illy menerangkan tujuannya datang ke KLIA. Aidan mengangguk faham. Winnie pula tidak berminat untuk mengetahui apa-apa. Dia melihat jam tangannya.

"Aidan, we need to hurry. Your sister nak masuk dah." Winnie mengingatkan Aidan mengenai Aina.

"Illy, Ben. Winnie and I need to go. Later, if possible all of us can have dinner together." Cadang Aidan sambil melihat ke arah Benjamin.

"Fantastique~. That would be great. Until we meet again." Kata Benjamin. Dia bersalaman dengan Aidan dan Winnie.

"See you again, Aidan. Send my regards to Uncle, Auntie and Aina." Kata Illy pula. Aidan dan Winnie bergerak ke atas.


********

Sementara itu di pejabat CEO Kaharrudin Architecture,

"Datuk, the area in Sarawak for 'Project Paradise' is ready. My men already secure the total land area required for our plan." Cakap seorang lelaki cina tua yang sedang duduk dihadapan meja Datuk Khairy.

"That's good, Mr Chang. I knew we can count on you." Jawab Datuk Khairy. Datuk Khairy bergerak dari meja ke arah sofa yang terletak ditengah-tengah pejabatnya. Di situ seorang lelaki sedang duduk dengan selesanya.

"What about the environmental engineer? That person almost blow off the cover up on our plan." Tanya lelaki yang sedang duduk itu.

"Mr Danushan, about that problem, no need to worry. My men already solve it." Jawab Encik Chang. Dia bangun dari kerusi dan duduk bersama-sama yang lain.

"By solving the problem, you meant the landslide accident at the project site. Is it? That was a harsh way on solving problem." Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki tua dari arah tingkap.

"Mr Eisenhower, I can guarantee you that with the landslide, we can silent and avoid all of the people out there from knowing more on our plan." Jawab Encik Chang. Encik Eisenhower diam seketika sambil melihat keluar permandangan Kuala Lumpur.

"In that process that you claim to be effective, you have killed almost 10 people. This kind of publicity should be avoided. Our plan can't afford to be expose by such manner. I recommend for future undertakings, you would consider on a more bland, low-profile problem-solving action." Kata Encik Eisenhower. Lelaki pertenghan 50-an itu senyum tawar kepada Encik Chang.

"But, the engineer was at the project site during the landslide. It would be easy and appropriate for me to finish off the engineer that way. After all, it was a 'mere accident'." Lawan Encik Chang mempertahan tindakannya itu.

"Enough Mr Chang. You should listen to Mr Eisenhower, he is our consultant in this matter. The action that you have taken may have blurted out our secret to the public. The landslide will may cost us big time during the press conferences this Friday. We should be more aware and careful in our future actions and decision." Cakap Encik Danushan. Encik Chang terus diam tanda tewas dalam perdebatan mulut tadi.

"Talking about the press conference, how about our dealer? When will he be coming to Kuala Lumpur?" Tanya Encik Eisenhower. Tangannya memegang erat paip rokok yang antik.

"As we speak, he's already here in Kuala Lumpur. He'll be meeting us tonight. Mr Chang, do you have the specimen with you?" Datuk Khairy melihat Encik Chang. Dengan tersenyum, Encik Chang berkata,

"Don't all of you believe on me? I've got the specimen."

"Don't forget to bring it tonight. The dealer want to see it." Datuk Khairy mengingatkan Encik Chang.

Encik Danushan bangun meninggalkan bilik itu diikuti oleh Encik Chang. Apabila pintu bilik tertutup rapat, Encik Eisenhower berjalan mendekati Encik Khairy.

"Can we trust on those two? That Danushan guy looks secretive to me, he doesn't talks much and I personally hate Chang. His idiotic actions really surpass his own capability." Kata Encik Eisenhower.

"For 'Project Paradise' and our plan to be fulfill, we need both of them. We need to put our trust on them." Jawab Datuk Khairy untuk meyakinkan Encik Eisenhower.

"Bear in mind, our plan is at stake as you put your trust upon both of them. Just be careful." Encik Eisenhower berjalan keluar meninggalkan Datuk Khairy.

"And don't forget to tell Datuk Zabry, your brother-in-law about our small meeting today. I don't care if he's one of the minister, he should have come." Cakap Encik Eisenhower lagi. Pembantunya menghulurkan kot kepadanya. Dia pun berjalan keluar dari pejabat Datuk Khairy diiringi oleh pembantunya. Datuk Khairy duduk semula atas kerusinya. Dia memandang keluar tingkap sambil tersenyum.

Sunday, November 29, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 09 - Satu Janji, Dua Rindu, Tiga Dekat >

"That guy is totally a hunk. My 'Lelaki Melayu Terakhir' before going away to England. Kak Winnie is so lucky." Aina beriya-iya menceritakan kisah di Port Dickson kepada Encik Ariffin dan Puan Norlia. Mereka sedang duduk di ruang tamu bersama sambil minum teh dan keropok ikan yang digoreng Puan Norlia sebentar tadi. Aidan cuma tersenyum mendengar cerita adiknya itu.

"Nasib baik your brother and that guy was around. You should be thankful to your brother." Encik Ariffin berkata dengan nada tegas.

"Kan Umi dah beritahu pagi tadi, jangan nak pandai-pandai nak main laut. Kan Aina tak pandai berenang, Aina ni degil betul la." Marah Puan Norlia. Aidan mengangguk mendengar nasihat Puan Norlia sambil tersenyum.

"I know Umi and I'm sorry. Aina teringin sangat nak main kayak tadi and Aina ada pakai lifejacket. Cuma Aina didn't expect the wave to be so strong. Sampai terbalik kayak dibuatnya. Terima kasih banyak-banyak again to abang Ashraf for saving me." Aina membaling bantal kerusi ke arah Aidan. Aidan mengelak bantal yang dibaling oleh Aina dan terus berjalan ke arah tangga.

"Dad, Umi. Ashraf naik dulu. Nak tidur awal malam ni. Ashraf is so tired today and esok kan working day." Encik Ariffin dan Puan Norlia mengangguk mengerti. Aidan terus berjalan ke arah biliknya.

Selesai mandi dan sembahyang, Aidan merebahkan dirinya diatas katil dan terus melelapkan matanya. Walaupun matanya tertutup, Aidan dapat merasakan hembusan angin malam yang kuat bertiupan dalam biliknya.

Tiba-tiba katil Aidan bergegar. Aidan membuka matanya. Suasana sekeliling berubah sama sekali. Kipas angin yang ligat berpusing kini sudah tiada, diganti oleh kerlipan jutaan bintang dan cahaya sang bulan. Aidan membangunkan dirinya. Dia terkejut apabila melihat katilnya sedang berada di tepi pantai.

"Kita sekarang kat Samoa." Kata Hannah. Dia sedang duduk dihujung kaki katil.

"Pantai yang kita lawat hari tu ke?" Soal Aidan.

"Ya." Jawab Hannah. Dia mengatur posisi badannya agar menghadap Aidan yang masih baring diatas katil.

"Kenapa kali ini awak bawa sekali katil saya? Kenapa tak guna pintu toilet saya saja?" Aidan bertanya. Ini adalah kali pertama dan mungkin kali terakhir untuk Aidan baring di atas katil menghadap ke arah lautan pada waktu malam.

"Saya bawa katil awak terbang. Awak jangan hairan sebab saya memang ada lesen bawa katil terbang ke mana-mana yang saya mahu." Gurau Hannah.

"Dengan hanya menutup mata, awak boleh pergi ke mana-mana. Sekarang awak boleh terbangkan katil la pulak. Awak ni penuh dengan kejutan." Kata Aidan.

"Bila awak dalam mimpi, semua kejutan boleh jadi kenyataan. Awak cuma perlu belajar untuk merealisasikan segala impian yang awak pendam." Terang Hannah. Senyuman manis Hannah menambat hati Aidan. Mata Hannah bersinar bak bulan menyinar cahayanya ke atas bumi.

"Saya cuma perlu belajar? Dengan siapa saya boleh belajar? Awak macam tak nak ajar saya." Aidan sengaja berkata begitu. Dia mahu Hannah mengatakan sesuatu.

"Siapa kata saya tak nak ajar? Saya tak lokek ilmu lah. Saya akan ajar awak." Aidan senyum mendengar Hannah.

"Awak kena janji yang awak akan ajar saya dan akan jumpa saya tiap-tiap malam." Kata Aidan.

"Saya janji akan ajar awak." Kata Hannah pula.

"Dan... Awak lupa sesuatu ke?" Aidan mengingatkan Hannah. Hannah senyum melihat Aidan. Dia sebenarnya sengaja lupa.

"Dan saya janji akan jumpa awak tiap-tiap malam." Sambung Hannah.

"Janji?" Aidan berkata untuk mendapat kepastian.

"Janji." Hannah berkata sambil tersenyum ke arah Aidan.


********


Sementara itu di Damansara,

"I really really miss you. I can't wait for Wednesday." Illy sedang leka bercakap dihadapan monitor laptopnya sambil duduk diatas katil. Setelah dihantar balik ke rumahnya oleh Aidan, Illy terus mandi dan kemudiannya menelefon tunangnya.

"Wednesday is not that long. I also miss you dear. I promise you that the first thing I will do is to hug you and will never leave you again. By the way, I bought you something." Kata Benjamin sambil mengangkat sebiji kotak yang bereben hijau muda. Illy menepuk tangan kegembiraan.

"Dear, I want to have my beauty slumber now. Promise me tomorrow night we chat again k." Illy angkat dari katilnya.

"Ok Honey. Dream about me tonight." Kata Benjamin. Illy terus menutup laptopnya. Dia mengangkat laptopnya dan meletakkan laptop tersebut di atas rak buku. Illy berjalan ke arah bilik air. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia mengangkat sekeping gambar yang terselit di dalam diari lamanya.

Dalam Illy merenung gambar itu pintu biliknya diketuk.

"Illy tak tidur lagi." Ibu Illy menegurnya.

"Kejap lagi tidur la mommy." Jawab Illy lembut.

"Tadi Illy chatting dengan Ben kan? So how is my soon-to-be son-in-law? Sihat?" Ibu Illy masuk ke dalam bilik dan mendekati anaknya itu.

"Ben is fine. Dia tak sabar nak datang ke Malaysia and he bought me something. I'm so excited." Kata Illy. Ibunya senyum mendengar.

"So, apa ni?" Tanya ibu Illy sambil mengambil gambar lama tersebut dari tangan Illy.

"That's nothing la mommy. Only old stuff." Kata Illy. Dia ingin merampas kembali gambar tersebut tetapi ibunnya sempat mengelak.

"Old stuff? Ini gambar waktu Illy highschool. Is this Ashraf Aidan, your ex-boyfriend? You and him look so happy and secocok together that time. Apa yang Illy buat dengan gambar ni? Illy rindu ye?" Kata ibu Illy sambil memberi semula gambar tersebut kepada anak perempuannya.

"Rindu with Aidan? Please la mommy. Illy cuma rindu with Benjamin la." Kata Illy sambil mendekati pintu biliknya. Dia senyum kepada ibunya sambil bermain-main dengan pintu bilik itu. Ibunya faham, dia terus keluar dari bilik Illy.

"Jangan tidur lewat sangat dear." Suara ibu Illy hilang sebaik sahaja Illy menutup pintu biliknya.

"Rindu?" Illy mengangkat semula gambar lama tersebut. Dia tersenyum sambil mengenang semula kenangan nostalgia dia bersama Aidan.


********


Pada waktu yang sama di Lebuhraya PLUS,

"Everything is according to plan? I hope we can settle this as soon as possible." Kereta Neo hitam memecut laju keheningan malam. Di dalam kereta tersebut, seorang lelaki sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.

"Setakat ni, semua sedang berjalan dengan lancar. I've made contact with the target this evening. We need to be ready for next Wednesday. From that moment, our action need to be fast and precise." Razdan menjawab pertanyaan tadi.

"That's right. May I ask one question, awak kat mana sekarang?" Tanya suara misteri tersebut.

"Sekarang ni, on my way ke Penang. Saya nak jumpa seseorang. There's one person that I need to know better and I'm going to meet her 'accidentally' there." Jawab Razdan.

"By 'her' do you mean our target?" Razdan ketawa apabila mendengar soalan suara misteri itu.

"Bukan our target tapi someone yang boleh bawa kita dekat to target sebenar kita." Razdan membuka tingkap kereta. Angin malam telah menyegarkan matanya yang telah mula mengantuk.

"Bawa kita semakin dekat dengan target kita?" Suara misteri tersebut ketawa panjang dan terus diam. Razdan meletakkan handphonenya di tepi pintu kereta.

"Dekat." Kata Razdan sambil melihat khusyuk ke arah jalanraya.

Tuesday, November 17, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 08 - Port Dickson >

"Are we there yet?" Aina menjerit dari belakang. Kereta Grand Livina Puan Norlia memecut laju menuju ke Port Dickson. Aidan dan Daniel duduk di hadapan manakala Winnie dan Illy sedand duduk di belakang bersama Aina.

"Aina, boleh tak jangan bising? Tadi abang dah larang Aina ikut tapi Aina degil. Sekarang ni ganggu suasana happy semua orang dalam kereta ni." Marah Aidan.

"Aidan, tak payah la nak marah Aina. Biar la dia ikut. Nanti kalau Aina dah kat England, dia takkan merasa lagi keindahan tanahair sendiri." Kata Illy sambil senyum kepada Aidan. Aidan cuma diam dan memandu dengan penuh konsentrasi.

"That's right. Apa yang kakak Illy cakap adalah betul. Bak kata pepatah 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri'. Betul tak apa yang Aina cakap, kak Winnie?" Aina bertanya pula kepada Winnie.

"Sorry Aidan tapi she's got a point there." Winnie rasa serba salah untuk berkata.

"Ok guys. Daripada kita bertekak memanjang dalam kereta ni, lebih baik kita dengar lagu dan enjoy the journey." Daniel menyambung iPodnya ke sistem audio dan terus memainkannya. Lagu pertama yang dimainkan ialah lagu 'I'm Yours' nyanyian Jason Mraz. Winnie, Illy dan Aina melenggok-lenggokkan kepala mengikut rentak gitar dalam lagu tersebut. Aidan pun menyanyi lagu tersebut dengan penuh perasaan. Kereta yang dipandu meluncur pantas menuju destinasi yang dituju. Ternyata lagu yang dimainkan oleh Daniel telah memeriahkan lagi perjalanan yang panjang ke Port Dickson.


********


"This is so spectacular. I love this" Aina berlari ke arah laut sebaik sahaja sampai di Pantai Teluk Kemang. Aidan dan yang lain mengikutinya dari belakang.

"Aidan, I think that here is the best spot to set up our BBQ." Beritahu Winnie sambil menunjuk ke arah tapak BBQ berdekatan dengan pantai. Daniel yang membawa makanan menurut perintah Winnie. Aidan pula sedang menunggu Illy untuk keluar dari kereta.

"Princess Illy, bila lagi nak keluar? I nak lock kereta ni." Aidan berdiri di luar pintu kereta. Daniel dan Winnie sedang mengemas tapak BBQ. Aina pula sedang bergembira bermain dengan air. Setelah menunggu lama, Illy pun keluar dari kereta.

Sebaik sahaja Illy keluar, Aidan tergamam melihat kecantikan Illy. Angin bayu laut meniup mesra rambut ikal Illy. Bau harum semerbak Illy merentap konsentrasi Aidan dari realiti. Bagi Aidan, hanya Illy yang berada dalam dunia fantasinya itu. Illy, cinta yang tidak akan tercapai.

"Hello, Aidan!! Wake up!!" Illy memanggil Aidan. Dia sudah berjalan jauh dari Aidan menuju ke tapak BBQ yang dipilih oleh Winnie tadi.

"Sorry." Aidan terkejut dari lamunan. Dia mengunci kereta dan terus lari mendapatkan Illy. Setelah siap menyediakan tapak BBQ, mereka semua duduk sambil berehat, melihat ke arah lautan biru yang luas terbentang. Mereka semua menjamu mee hoon goreng yang dimasak dan dibawa oleh Illy dari rumah sementara menunggu daging dan ayam dipanggang.

"Winnie. Temankan I ke toilet, boleh tak?" Ajak Illy. Dia memandang ke arah Winnie. Winnie mengangguk setuju. Mereka berdua angkat dan berjalan ke arah tandas awam yang terletak tidak jauh dari tempat rehat mereka. Mata Aidan tekun memerhati Illy dan Winnie.

"Aidan!! Kenapa dengan kau? Dari tadi aku lihat kau memerhati Illy. Kau masih cintakan dia ke?" Daniel bertanya kepada Aidan. Mukanya serius bertanya namun Aidan hanya tersenyum mendengar pertanyaan Daniel.

"Kau tak perasan ke? The rock on her finger. She's already engaged." Suara Aidan lemah berkata. Daniel terkejut mendengar pernyataan Aidan.

"I still do love her but she's already belong to someone else. Hasrat aku terhenti sebaik sahaja dia menyarung cincin itu di tangannya." Aidan menyambung lagi.


********


"Wow, that's beautiful." Kata Winnie sambil menunjuk cincin pertunangan Illy. Illy tersenyum mendengar pujian Winnie.

"Thank you. You want to have a closer look?" Winnie mengangguk sambil senyum. Illy menyerahkan cincinnya kepada Winnie.

"Kalau tak silap aku, this is pink diamond. Pink diamond the most rare and valuable diamond in the world. This so beautiful. Berapa carat?" Winnie meneliti cincin dengan sebaik mungkin.

"You're right. Pink diamond it is and the diamond is almost 70 carat. My fiancée import the diamond from Argyle mine, a diamond mine in Australia. One more thing, this ring was also designed by my beloved fiancée. This ring is one of a kind." Beritahu Illy sambil mengambil semula cincinnya dari Winnie. Winnie hanya mampu senyum sumbang mendengar pernyataan Illy. Mereka berdua sememang tidak pernah serasi dari dulu lagi.


******


"Kak Winnie, nak main kayak kat laut? Jom la kita main. Abang tak bagi Aina pergi sorang-sorang" Aina memujuk Winnie. Winnie berhenti membaca buku. Dia melihat ke arah Aina.

"Kenapa tak ajak abang Daniel or even better ajak kak Illy. She's from Australia, the world capital for extreme activities." Winnie beritahu sambil tersengih. Dia melihat Illy yang sedang bersantai di bawah sinaran matahari.

"Aku tak pandai berenang." Daniel berterus terang kepada Winnie. Aina dan Winnie ketawa mendengar pengakuan Daniel.

"Winnie. Kau tolong temankan Aina je lah. Please, do it for me." Pujuk Aidan. Winnie mengeluh panjang. Dia angkat dari santai dan membawa Aina menuju ke arah pondok menyewa kayak.

"Thanks dear for doing the favour. Don't worry, kayaking is not that extreme." Illy senyum sambil memakai cermin mata hitam Diornya. Cahaya matahari yang memancar membuatkan pandangan Illy silau. Apabila Winnie dan Aina sudah tidak kelihatan, Aidan pun duduk mendekati Illy. Kemudian dia pun melihat ke arah oDaniel. Tangan Aidan melambai perlahan Daniel, memberi isyarat rahsia kepada kawan karibnya itu.

"Ohh, I almost forgot. Aku terasa macam nak tunggang kuda la pulak. I leave both of you here, aku nak cari kuda untuk aku sewa. Maybe kat belakang tu ada kuda liar kot." Daniel terus berjalan meninggalkan Aidan dan Illy berdua.

"Aidan, I know what are you up to now and I must say that you don't have any chance on winning me back." Illy berkata sambil senyum melihat Aidan. Aidan membalas senyuman Illy lalu berkata,

"Won't hurt trying." Aidan angkat dan berjalan mendekati bekas cooler. Dia mengambil keluar dua tin minuman dan terus duduk semula di sebelah Illy. Dia menghulurkan air tin Nestea Lemon Ice kepada Illy.

"I'm impress. You masih ingat my favourite drink." Illy pun minum air yang baru sahaja diberi oleh Aidan kepadanya.

"Actually, I still remember a lot more of your favourites. So, next week you're going to Sydney, kan and then New York if I'm not mistaken. Bila you akan balik ke Malaysia lagi?" Aidan bertanya kepada Illy.

"Ya, next week kat Sydney. I will spend almost a week there, attending the fashion week and spending precious time with my old friends. Kat New York, hanya for 3 or 4 days then I will be back here in Malaysia." Illy beritahu Aidan. Illy membuka topi yang dipakai olehnya. Rambut Illy yang ditiup lembut oleh angin bayu sekali lagi memikat hati Aidan terhadap bekas buah hatinya itu.

"Nampaknya you masih teringatkan tanahair yang tercinta or you tak boleh berjauhan dengan I. That's why you balik semula ke Malaysia." Gurau Aidan. Dia memandang terus ke Illy, untuk melihat sendiri expresi wajah wanita itu.

"Aidan, dream on. I balik ke Malaysia bukannya rindukan you. I got a lot more reasons being back here in Malaysia and you isn't one of those reasons." Illy ketawa melihat Aidan. Ternyata Aidan kecewa mendengar jawapan Illy.

"So, apa reason you balik ke Malaysia?" Aidan bertanya untuk mendapat kepastian.

"First of all, Malaysia is still my beloved country. Secondly, my family, my grannies, relatives and also my old friends are still living here. Lastly, I need to be back here just to being near my love. You nak sausage panggang?" Illy mengejutkan Aidan yang sedang mengelamun. Aidan mengangguk.

"Just to being near your love? Siapa? Benjamin nak datang ke Malaysia?" Aidan bertanya. Illy menghulurkan makanan yang diminta oleh Aidan tadi.

"Of course Benjamin. You ingat siapa? Benjamin is not just coming here, he will be staying here, with me after our marriage. I'm so excited." Sebaik sahaja Illy beritahu berita tadi, selera Aidan terus hilang. Aidan bagaikan menerima tamparan untuk menyedarkan dirinya dari mimpi yang tiada penghujung.

"You nak kahwin? Bila? Congrats!" Aidan menyoal lagi. Kegembiraan yang ditunjuk hanyalah lakonan palsu mainan Aidan. Kesugulan hati telah pun dilontar jauh nun ke Selat Melaka.

"Insyaallah, end of this year." Wajah Illy tersenyum gembira memberitahu berita baik itu kepada Aidan. Namun dia tidak tahu yang Aidan sebenarnya bersedih dalam senyuman.

Tiba-tiba Daniel berlari pantas ke arah Aidan dan Illy.

"Aidan, cepat!! Kayak Aina dan Winnie terbalik di pukul ombak!!" Daniel tercungap-cungap dihadapan Aidan. Tanpa membuang walaupun sedetij, Aidan terus berlari ke arah lautan. Matanya liar mencari kayak, Aina dan Winnie. Dalam kekalutan, Aidan ternampak Aina sedang menjerit meminta tolong sambil bertahan pada kayak terbalik tersebut. Winnie pula masih tidak kelihatan.

Aidan berlari dan terus terjun ke dalam laut. Dia berenang pantas menuju ke arah Aina. Sebaik sahaja Aina ternampak Aidan mendekatinya, dia menjerit nama abangnya.

"ABANG ASHRAF!!!"

Aidan berenang sekuat hati. Dia sudah lama tidak berenang, staminanya hilang dengan cepat. Apabila Aidan sampai dekat kayak tersebut, Aina terus memeluk abangnya dengan erat.

"Aina, you will make both of us drown!! Don't panic and stay calm!! Mana kak Winnie?" Aidan melihat sekeliling. Kelibat Winnie masih tidak kelihatan. Tiba-tiba bahu Aidan disapa.

"Hei, awak boleh bawa dia ke pantai. Nanti saya cari perempuan yang satu lagi." Seorang lelaki memberi arahan kepada Aidan. Lelaki tersebut terus menyelam untuk mencari Winnie. Aidan berenang menuju ke pantai bersama Aina yang erat dipeluknya.

"Mana Winnie?" Daniel bertanya. Dia melihat Aidan berjalan ke arahnya dengan hanya membawa Aina. Setelah menyerahkan adiknya kepada Daniel dan Illy, Aidan terus berlari semula ke arah laut untuk mencari Winnie walaupun dia nampak keletihan.

Belum jauh Aidan berjalan ke dalam laut, lelaki tadi keluar berjalan dengan membawa Winnie yang tidak sedarkan diri. Aidan menarik nafas lega apabila melihat kawannya itu selamat. Daniel melompat-lompat kegembiraan. Illy pula duduk bersama Aina, melihat lelaki tersebut datang ke arah mereka semua.

"Thanks a lot encik." Daniel mendekati lelaki tersebut. Dia meletakkan Winnie dibawah. Dia meihat ke arah Aidan dan Daniel lalu berkata,

"Do you want me continue helping her or one of you guys can give her CPR yourself?" Mereka semua melihat antara satu sama yang lain.

"I know CPR. I ni bekas PBSM." Aina mendekati Winnie yang masih pengsan.

"You're a life saver. Kalau you tak ada, Winnie would be a goner." Kata Illy. Aidan merenung Illy tajam.

"Again, terima kasih." Giliran Aidan berterima kasih kepada lelaki tersebut. Kedengaran Winnie terbatuk-batuk sambil tercungap-cungap mendapatkan udara. Dia melihat sekeliling. Dia masih berasa pening kerana terminum dengan banyak air laut. Dengan bantuan Aina, Winnie berdiri dan berjalan mendekati lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya tadi.

"Thank you, Mr...."

"Razdan. Nama saya Razdan." Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

Sunday, November 15, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 07 - Teman >

"Uncle bangun. Opah panggil. Bangun uncle." Alia memanggil Aidan sambil melompat-lompat d iatas katil. Aidan yang sedang nyenyak tidur terus bangun. Dia duduk di tepi katil sambil mengenang kembali mimpi-mimpi yang dialami sepanjang malam tadi.

Alia masih melompat-lompat diatas katil. Wajah kecil yang ceria membuatkan Aidan berasa senang untuk bangun awal pagi ini.

"Baby Alia, mana papa and mama?" Aidan menyoal anak buahnya itu.

"Papa and mama keluar kerja. Alia datang nak main dengan atuk, opah, uncle, auntie. Opah suruh Alia kejutkan uncle. Bangunlah uncle. Mama cakap kita tak leh bangun lewat, nanti mama tak nak belanja ice-cream" jawab Alia. Aidan senyum mendengar celoteh Alia. Walaupun baru berumur 5 tahun, namun Alia sudah pandai berkata-kata seperti budak tahun satu.

"Nanti uncle belanja Alia ice-cream, nak tak?" Apabila Alia mendengar apa yang Aidan cakap, dia terus melompat gembira.

"Yay...!!! Alia nak ice-cream chocolate, campur strawberry. Alia nak besar-besar tau."

"Ok. Alia turun dulu beritahu opah yang uncle akan turun sekejap lagi. Petang nanti, kita keluar beli ice-cream Alia, pastu pergi Cosmo's World." Alia terus melompat turun dari katil Aidan dan berlari keluar dari bilik tidur. Aidan ketawa melihat gelagat Alia tadi.

Aidan bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Ketika Aidan melangkah masuk ke dalam bilik air itu, dia teringat kembali mimpinya malam tadi. Mimpi dia bersama Hannah pergi ke Samoa, hanya dengan melangkah masuk ke dalam bilik air Aidan.

"Alangkah baiknya jika aku boleh travel macam dalam mimpi malam tadi. Banyak negara yang ingin aku lawat. Banyak tempat yang ingin aku lihat. Dunia ini sungguh luas untuk diteroka. Terdapat banyak lagi tempat di muka bumi ini yang belum dicapai oleh manusia. Kalau boleh aku nak pergi ke segenap pelosok dunia. Aku ingin lihat semua." Aidan berkhayal dalam mindanya.

Sesudah selesai mandi, Aidan urun ke bawah untuk bersarapan. Puan Norlia sedang berada di dapur manakala Alia sedang menonton rancangan kartun di televisyen. Aidan duduk di meja makan dan melihat hidangan sarapan yang telah disediakan di atas meja.

"Wah, nasi lemak dan kuih donat. Dah lama dah Ashraf mengidam nak makan nasi lemak. Mana dad dengan abang? umi." Aidan bertanya sambil menuang nescafe ke cawannya.

"Dad awal pagi dah pergi Palm Garden main golf dengan Datuk Khairy dan Datuk Selvam. Abang terpaksa ke Johor hari ini, ada urusan dekat Iskandar Johor. Ashraf tak ke mana-mana hari ini kan? Ashraf teman umi nanti. Boleh?" Puan Norlia mendekati Aidan yang sedang berselera makan. Aidan mengangguk sambil melihat ibunya.

"Boleh, umi. Nak temankan umi ke mana? Nanti Ashraf nak bawa Alia jalan-jalan kat Times Square, bawa main kat Cosmo." Aidan memberitahu ibunya. Dia menambah lagi nasi ke dalam pinggannya.

"Umi nak Ashraf temankan umi pergi butik kak Jasmin je. Hari ini banyak stok kain dan baju datang. Kak Jasmin kerja sorang-sorang. Kesian umi tengok. Nanti Ashraf teman umi tolong kak Jasmin, ok?" Tanya Puan Norlia.

"Ok. No problem." Aidan senyum melihat ibunya.


********


"Mama, Alia nak ice-cream. Uncle Ashraf dah janji nak bagi ice-cream besar dan pergi Cosmo." Alia menarik baju ibunya, kak Jasmin. Namun kak Jasmin sedang sibuk meneliti kotak-kotak yang baru sahaja sampai ke butiknya itu.

"Alia, jangan kacau mama. Mama tengah sibuk tu. Jom ikut opah pergi kedai tu. Kat sana ada jual ice-cream." Pujuk Puan Norlia. Alia berlari mendapatkan tangan opahnya itu. Mereka berdua pun berjalan menuju ke 7 Eleven yang berada di seberang jalan. Aidan pula sedang sibuk mengangkat kotak ke dalam stor.

"Sorry Ashraf. Menyusahkan Ashraf je tolong kak Jasmin." Cakap kak Jasmin.

"Takpe kak. Ashraf pun takde apa-apa plan hari ni." Aidan berdiri sebentar setelah letih mengangkat kotak tadi. Jasmin melihat Aidan keletihan.

"Ashraf haus. Nanti kak Jasmin buatkan air. Ashraf tunggu ye." Kak Jasmin pun berjalan ke belakang butik. Kedengaran pintu butik dibuka. Aidan menoleh ke belakang melihat siapa yang baru masuk tadi.

"Hei. Is that you, Aidan?" Aidan terkejut apabila melihat Illy berada di hadapannya.

"Tak sangka boleh jumpa dengan you di sini. Apa yang you buat kat butik ni? Nak beli baju dengan sweetheart baru ke?" Illy menyindir Aidan.

"Taklah. I tengah tolong kakak ipar I uruskan stok kedai." Jawab Aidan. Dia berjalan mendekati Illy.

"No way. Kak Jasmin is your sister-in-law. What a small world after all." Illy ketawa apabila mendapat tahu perkara itu. Kak Jasmin keluar dari belakang butik.

"Welcome Illy Ilyas. Welcome to Jannah's Boutique. I'm honored to have such a talented designer in my boutique." Kak Jasmin mendekati Illy lalu bersalaman dengannya.

"Thank you kak Jasmin. No, I'm the one that should felt honored. I'm honored that your boutique agree to accept my collections." Illy membalas salam kak Jasmin.

Kak Jasmin membawa Illy ke sebuah rak baju. Mereka berdua sedang rancak berbual. Aidan sedang duduk sambil minum minuman yang dibuat oleh kak Jasmin sambil melihat kakak iparnya bersama bekas teman wanitanya. Mata Aidan tertumpu kepada kecantikan Illy yang sedang berada dihadapannya itu. Sekali-sekala Aidan dapat menangkap lirikan anak mata Illy mencuri lihat dirinya.

Setelah lama berborak, mereka berdua berjalan kembali ke Aidan.

"Next week saya akan ke Sydney, kemudian terus ke New York. Kalau ada apa-apa hal, kak Jasmin boleh call pejabat saya. Ini number baru office saya." Kata Illy sambil menghulur sekeping kad kepada kak Jasmin. Puan Norlia masuk bersama ke dalam butik bersama Alia yang sedang menangis. Baju Alia kotor dengan ice-cream.

"Tadi, ice-cream Alia jatuh. Bila umi nak belikan semula, dia merajuk terus menangis." Kata Puan Norlia. Kak Jasmin mengambil Alia dan membawanya ke belakang butik.

"Illy, dah lama dah tak jumpa. Illy sihat? How's your family?" Puan Norlia mendekati Illy.

"Illy sihat, auntie. Family pun sihat." Illy bersalaman dengan Puan Norlia.

"Illy borak-borak dulu dengan Aidan. Auntie nak tengokkan Alia tu." Puan Norlia menyusul kak Jasmin dari belakang.

"Cute la niece you and dah lama dah tak jumpa your mum." Kata Illy sebaik sahaja Puan Norlia hilang ke belakang butik.

"Mesti la cute. Tengok siapa unclenya" Kata Aidan sambil ketawa. Illy pun turut ketawa. Kemesraan antara mereka berdua jelas kelihatan.

"Esok hari Ahad. You free tak tomorrow evening? Kita keluar nak tak?" Ajak Illy.

"Esok petang? Boleh kot. I pun takde plan. You nak keluar mana? You nak ajak sekali Daniel and Winnie? Both of them are dying to meet you." Cakap Aidan. Illy mengangguk setuju.

"Pagi esok, I kena tolong kak Jasmin kat butik. Around 12, kami pick you up. You nak pergi mana?" Cakap Aidan lagi. Illy diam sejenak untuk berfikir.

"Kita pergi Port Dickson nak" Cadang Illy.

"No problem" Jawab Aidan.


********


"Esok pergi Port Dickson dengan Illy!!! Count me in!!!" Jerit Daniel apabila mendengar apa yang Aidan baru beritahu. Mereka berdua sedang berlari pantas di atas treadmill masing-masing. Winnie pula sedang duduk menatap laptopnya.

"Hopefully, Daniel will behave tomorrow. Nanti buat malu, jatuh dalam longkang lagi. Aku tak nak mengaku kawan macam tu." Ketawa Winnie.

"Winnie. Kau ni, bab menyindir kaulah nombor satu. Kenapa kau datang kat gym kalau kau tak workout langsung." Kata Daniel.

"Working out is not my thing la. Aku datang ni nak teman korang berdua. Besides that, aku nak update gossip-gossip terbaru with Aidan. Itu pun tak boleh ke?" Jawab Winnie. Tangannya ligat menaip.

"Takde gosip terbaru. Cuma aku lupa nak beritahu something about my work yesterday." Kata Aidan. Dia turun dari mesin treadmill dan duduk sebelah Winnie. Winnie memberi Aidan tuala untuk mengelap peluh.

"Beritahu apa Aidan?" Tanya Daniel. Dia pun turun dan duduk di depan Aidan.

"It's nothing. Datuk Khairy offer aku join group dia for architectural development of 'Project Paradise'. Aku setuju nak join." Beritahu Aidan.

"That's not nothing la bro. It's something good. Congratulation Aidan. We should celebrate." Daniel gembira mendengar berita tersebut.

"'Project Paradise'? Itu projek mega yang dijalankan oleh kerajaan dengan bantuan some international companies. Tapi lately, aku dengar rumors about the project. Aku lupa what are the rumors, but it has something to do with the management."

"By management, you mean Datuk Zabry Zuhaili, the head project of 'Project Paradise'. The one and only Datuk Daud Dahlan, menteri di pejabat menteri itu ke?" Tanya Aidan.

"Yes, that's him." Kata Winnie. Tiba-tiba Daniel bertanya.

"Kenapa dengan Datuk Zabry? Ada kes rasuah ke? Skandal dengan sekretari? Tell me more!!" Daniel duduk semakin dekat dengan Winnie dan Aidan.

"That's enough Daniel. Aku tak suka cakap about politik ni. Politics are too twisted. Once you involved into one, it will never let you go." Cakap Aidan. Suasana menjadi diam seketika. Hanya irama muzik senaman kedengaran bergema di dalam bilik gym itu.

"Winnie, bila kau pergi Penang?" Aidan bertanya memecah kesunyian.

"Lusa. Education seminar tu will take 3 days. Wednesday aku balik. Siapa yang akan hantar aku ke KLIA and siapa yang akan jemput aku balik?" Kata Winnie. Dia menutup laptopnya.

"Aku hantar kau and later Aidan will jemput kau." Daniel menjawab sambil berdiri.

"Ok. You guys dah habis ke? Kita keluar makan lepas ni. I'm totally famish." Cadang Winnie.

"Aku dah habis. Daniel, I hit the shower first." Aidan pun berjalan ke arah bilik loker lelaki.

"No problem." Daniel mengikutinya dari belakang.

Related Posts with Thumbnails