Aidan sedang duduk di mejanya. Hari ini, Aidan terpaksa menyiapkan laporan mengenai projek perumahan terbengkalai di Mantin, Negeri Sembilan. Syarikat Kaharudin Architecture dengan kerjasama sebuah syarikat pembinaan luar negara bercadang untuk menjadikan kawasan perumahan tersebut sebagai pusat eco-perlancongan di daerah itu. Encik Khairy secara peribadinya menyuruh Aidan menyiapkan laporan tersebut. Walaupun Aidan berasa keberatan namun dengan tanggungjawab yang diberikan kepadanya, Aidan berasa yang Encik Khairy mula percaya dengan kebolehannya.
Jari Aidan ligat menekan papan kekunci komputernya, mata tekun melihat setiap patah perkataan yang keluar pada monitor komputer tersebut.
"Aidan, kamu tak keluar rehat lagi ke?" Mak Mah menegur Aidan sambil memegang penyapu. Aidan menoleh Mak Mah. Wanita tua itu tersenyum melihat Aidan. Aidan melihat jam tangannya.
"Aidan dah lambat dah ni. Tak lama lagi masuk waktu solat. Terima kasih Mak Mah kerana mengingatkan Aidan." Aidan terus angkat dan keluar. Mak Mak sambung menyapu.
Aidan tidak pergi jauh untuk menunai solat jumaat. Dia pergi ke Masjid Jamek yang terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Sudah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk menunaikan solat jumaat dan Aidan juga tidak terkecuali. Sesudah solat, Aidan menelefon seseorang melalui 'handphone'nya.
"Jumpa tempat biasa. Sekarang la. Aku dah lapar ni. Bawa sekali Winnie." Kata Aidan. Dia menuju ke kereta Kelisa adiknya dengan pantas. Keadaan yang panas saban hari menyebabkan tiada siapa yang mahu berdiri ditengah-tengah keterikan cahaya matahari begitu lama.
Aidan memandu laju kereta adiknya ke KLCC. Di sana , dia akan berjumpa dengan dua orang kawan karibnya. Kawan sejak sekolah menengah.
"Aidan , sini" lambai Winnie. Aidan pun bergerak menuju mereka berdua.
"Cepat juga korang berdua sampai? Daniel, kau ada sembahyang tak tadi?" Aidan menyoal.
"Aku sembahyang la. Kebetulan aku sembahyang dekat universiti Winnie, aku terus ambil dia dan pergi sini." Daniel menjawab.
Daniel Danish dan Winnie Wu adalah kawan baik Aidan sejak dari sekolah menengah. Mereka bertiga sering berjumpa di McDonald KLCC untuk makan tengahari jika berpeluang. Daniel adalah seorang programmer software dan bekerja di sebuah syarikat pengusaha perisian komputer di Cyberjaya. Winnie pula adalah seorang pensyarah psikologi manusia di Universiti Malaya.
Selepas masing-masing memesan makanan, mereka kembali tempat duduk dan bersembang.
"Lama dah tengok kamu, Dan. Mana kamu menghilang selama ini?" Winnie memulakan perbualan.
"Aku sibuk sepanjang minggu lepas. Langsung takde masa nak keluar makan tengahari. Malam kena overtime. Sorry ye guys." Aidan menjawab. Dia sedang menabur garam dan lada di atas french friesnya.
"Buat kerja takpe. Tapi kalau aku dapat tau yang hang ni, keluar dating dengan perempuan dan tak beritahu aku langsung, habis aku kerjakan." Daniel bergurau. Dia menyambung lagi,
"Kau tau tak? Illy ada kat Malaysia. Dia dah jadi terkenal sekarang. Jadi pereka fesyen terkemuka di bumi London. Kau ada call dia ke?" Aidan senyum mendengar soalan Daniel.
"OMG..!!! Don't tell me yang kau dah call dia, or worst keluar dengan dia." Winnie pula menyampuk apabila melihat tindakan Aidan senyum kepada persoalan Daniel.
"Malam tadi. Malam tadi aku keluar dengan Illy." Aidan ketawa selepas menjawab soalan Daniel dan Winnie. Winnie membuat muka terkejut. Daniel pula memukul belakang Aidan.
"You see. Macam ni ke kawan. He didn't even bother to tell us this big story. Kau keluar dengan Illy malam tadi dan kau tidak beritahu aku pasal ni." Daniel berkata. Aidan hanya mampu tersenyum mendengar Daniel bercakap.
"Kau tu Daniel, kenapa nampak kecewa sangat? Kalau Aidan beritahu pun, apa yang ko boleh buat? Jangan-jangan kau datang kacau daun." Giliran Winnie untuk mengacau Daniel.
"Ada tak Illy mention about me?" Daniel menyoal Aidan sekali lagi.
"Dia tak mention pun tapi ada juga aku tolong ingatkan dia pasal kau" Aidan menahan ketawa. Dia berkata lagi,
"Aku ingatkan dia pasal kejadian sukan tahunan tingkatan 2 dulu."
"Kejadian Daniel jatuh longkang waktu nak flirting with Illy tu ke? Betul ke kau beritahu Illy about that embarrassing moment?" Winnie ketawa tak henti-henti. Daniel cuma berdiam sahaja. Mukanya bertukar menjadi merah.
"Jatuh saham aku tau. Memang kau ni kawan yang sejati." Kata Daniel. Aidan dan Winnie masih lagi ketawa.
"Sorry la bro. Lain kali aku tak buat macam tu lagi." Aidan berkata sambil memegang belakang Daniel. Daniel menepis tangan Aidan menunjukkan dia sedang merajuk. Winnie memberinya vanilla sundae kepadanya untuk memujuk.
"Aku ada satu lagi benda nak beritahu ni. Aku harap kau berdua open sikit dengan benda ini." Aidan tiba-tiba serius. Daniel dan Winnie diam selepas mendengar Aidan.
"Aku terjumpa seorang perempuan ni. Cantik sesangat, ramah sesangat. Setakat ni aku dah jumpa dengan dia dua kali." Winnie masih berdiam sambil minum air. Daniel pun berkata,
"Kau jumpa perempuan? Macam kau tak biasa jumpa perempuan. Siapakah gerangan perempuan yang berjaya menambat minat kau terhadapnya tu. Kat mana kau jumpa perempuan ini?" Daniel menunjukkan minat terhadap topik perbualan.
"Nama perempuan adalah Hannah. Dia ni luar biasa sikit. Aku jumpa dia dalam... dalam mimpi aku" Daniel dan Winnie seolah-olah tidak dapat menahan dari ketawa.
"Aku serius ni. Aku jumpa dia dua kali dalam mimpi aku. Dalam mimpi, kami banyak berbual. Kadang-kadang dia beritahu something yang tidak masuk akal namun that something akan jadi kenyataan. Then, this girl tell me that I'm her friend and she needed my help." Aidan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Hannah.
"Wow, that's interesting. Seorang yang kau jumpa dalam mimpi. That's unusual. Do you know that Oneirology is the scientific study of dreams. There have been speculations and interest on studying dreams but the content and the purpose of dreams are not fully understood." Jelas Winnie panjang lebar.
"You bored me at On-something-logy. Tukar topic please" Daniel berkata sambil makan sundae yang diberi oleh Winnie tadi.
"Saya ada baca sebelum ini mengatakan bahawa dreams encompass yet another dimension of experiences, a world unexplored by most. Dreams investigations and interpretations can possible harvest greater fulfillment in the waking life. You should try to focus on the places that you visited, symbols that you may acquired, topics that you discussed and bermacam-macam lagi dari mimpi kau tu. Mungkin semua maklumat yang kau dapat nanti akan dapat membantu dalam menyelesaikan mimpi tu." cakap Winnie lagi. Aidan sungguh berminat dengan penerangan itu.
"Winnie, that's enough. Aidan, tell me more about this Hannah? Maybe Hannah ni hantu kot? Perempuan mana entah yang kau pernah kacau dulu, then dia mati. Sekarang ni haunting you for revenge. Haha..." Daniel bertanya sambil melihat Aidan.
"Daniel, tak baik cakap macam tu. Mungkin perempuan tu koma or maybe memang tak wujud langsung. She's just the sub-conscious creation of Aidan's mind." Winnie pula memberi pendapat. Aidan cuma diam dan berfikir.
"Korang berdua tak masuk kerja lagi ke? Aku pergi kerja dulu. Banyak benda nak di'settle'kan?" Aidan teringat laporan yang masih belum siap.
"Woit, bro. Takkan dah nak balik kot. Tunggulah dulu. Takpe la kalau macam tu. Esok apa plan? Pegi gym nak?" Daniel bertanya. Aidan mengangguk menandakan dia setuju dengan cadangan Daniel.
*********
Aidan sedang duduk diruang tamu bersama ayahnya, Encik Ariffin. Di dapur pula ibunya, Puan Norlia dan adiknya, Aina sedang sibuk memasak.
"Nasib baik Ashraf tak overtime lagi malam ni. Kalau tidak, tak dapat la Ashraf merasa masakan seafood Aina." Puan Norlia masuk ke ruang tamu. Dia duduk disebelah suaminya.
"Kan Ashraf dah janji nak datang. Ashraf tak boleh melepas peluang ni. By the way, Aina pandai masak ke? Aidan bercakap. Tiba-tiba tangan Aidan dicubit.
"Abang ingat Aina tak pandai masak? Tolong sikit ye." Aina duduk disebelah Aidan.
"Mestilah Aina pandai masak, dia belajar dari siapa? Makanan dah dihidangkan kat meja ke Aina?" Puan Norlia bercakap pula. Dia melihat suaminya yang tekun membaca surat khabar.
"Dah letak Umi. Mana abang Aliff dan kak Jasmin ni? Kenapa tak sampai-sampai lagi ni?" Aina bangun melihat keluar. Kebetulan kereta Camry kepunyaan Aliff baru masuk dari jalan besar. Aina menyambut kedatangan abang dan kakak iparnya dengan mesra. Kelihatan seorang budak kecil berumur 5 tahun berlari masuk ke dalam.
"Alia, salam atuk dan opah." Cakap Aidan kepada Alia, anak buahnya. Alia pun salam dengan Encik Ariffin dan Puan Norlia. Encil Ariffin pun dengan mesra mengambil Alia dan mendukung.
"What is your name?" Tanya Encik Ariffin kepada cucunya itu. Dengan cepat Alia menjawab,
"Alia Janaan"
"Pandai cucu atuk." Puji Encik Ariffin. Aliff dan Jasmin masuk ke dalam rumah dan terus salam Encik Ariffin dan Puan Norlia.
"Semua dah sampai. Jom kita makan masakan Aina." Aidan pelawa. Dia terus berjalan ke dapur diikuti oleh Aina dan lain-lain.
Mereka semua duduk di meja makan. 2 orang pembantu rumah masuk membawa hidangan. Hati Aina berdebar-debar menunggu komen dari semua orang.
"Wah, ketam masak cili, ikan tilapia stim, butter prawn dan sotong kari. Ini sudah menyelerakan." Kata Aidan. Dia terus mengambil makanan yang terletak dihadapannya.
"Aidan, kena baca doa makan dulu. Aliff, tolong bacakan" Puan Norlia menegur Aidan. Aliff pun membaca doa makan. Dalam semua orang sibuk menjamu selera, Jasmin pun bercakap,
"Aina, congratulation. Kak Jasmin, abang Aliff dan baby Alia gembira with you"
"Thank you kak Jasmin. Takde hadiah ke?" Gurau Aina.
"Nak hadiah? Ada tapi bukan nak bagi sekarang. Nanti abang dan kakak bagi." Jawab Alif.
"Aliff, Jasmin. Tak payah nak bagi hadiah dengan Aina tu. Dia dah besar panjang. Jasmin, macam mana dengan butik? Umi dah lama tak ke butik Jasmin" Puan Norlia pula bertanya kepada Jasmin.
"Butik Jasmin bagus. Jasmin dah dapat banyak collection dari luar negara. Baru-baru ini, Jasmin dapat collection dari Illy Ilyas, pereka fesyen terkenal dari Malaysia." Aidan terbatuk apabila mendengar nama Illy Ilyas.
"Kenapa Aidan terbatuk? Kak Jasmin ada tersalah cakap ke?" Tanya Jasmin.
"Takde la. Kak Jasmin bukannya salah cakap tapi Abang Ashraf ni boleh datang angau bila dengar nama Illy Ilyas tu. Maklumlah bekas buah hati." Cakap Aina sambil ketawa. Alif dan Puan Norlia pun senyum sekali.
"So, you and Illy Ilyas ada history with each other la ni. Kenapa tak beritahu awal-awal. Boleh kakak dapat diskaun." Gurau Jasmin.
"That was a long time ago la kak Jasmin. Sekarang there's nothing between both of us. Lagipun Illy tu dah bertunang dengan mamat Perancis." Cakap Aidan sambil membuang kulit udang. Puan Norlia, Aina dan Jasmin hanya tersengih melihat Aidan.
"So, Ashraf. How's your car? Bila Ah Chieong said that he will finish?" Tiba-tiba Encik Ariffin bertanya kepada Aidan.
"Next week. Rosak tu tak banyak but Ah Chieong needs time to repair the gearbox." Jawab Aidan.
"For the meanwhile you use Aina's car. Aina will not be using it anymore since she will be going to London this wednesday." Cakap Encik Ariffin lagi.
"This wednesday? Bukan course registration in mid July ke?" Aliff bertanya.
"Memang course registration in mid July tapi Aina nak pegi rumah grandpa Arthur and grandma Alby kat London." Jawab Aina. Grandpa Arthur dan Grandma Alby adalah ayah dan ibu kepada Encik Ariffin. Mereka berdua tinggal di kota London.
"Oh. Aliff dah lama dah tak melawat grandpa and grandma. Last time we've been there is about 4 years ago. Betul tak Jasmin?" Aliff mengenang kembali kali terakhir dia ke London.
"Betul. That time Alia masih lagi baby." Jasmin menyokong. Mereka sekeluarga sangat mesra sekali. Ditambah pula masakan Aina yang sedap dan menyelerakan.
"Ashraf, dah beritahu dengan dad ke pasal projek tu" Puan Norlia membangkitkan hal 'Project Paradise' yang Ashraf dapat tempoh hari.
"What project?" Encik Ariffin masih tidak tahu mengenai hal itu.
"Project Paradise. Mr Khairy offer me to join his group for the project. I already have the project portfolio but haven't read it yet." Aidan memberitahu dengan penuh bangga. Dia ingin mendengar pendapat ayahnya.
"Good. I hope you do well. Mr Khairy is a good friend of my so don't disappoint and embarrass me." Nasihat Encik Ariffin.
Makan malam sebegini adalah perkara biasa dalam keluarga Aidan. Puan Norlia akan sering kali memanggil Alif dan Jasmin untuk datang makan malam bersama. Dengan makan bersama, setiap ahli keluarga dapat menyampaikan berita atau berkongsi maklumat. Selain itu, hubungan kekeluargaan dan silaturahim dapat dieratkan. Puan Norlia mengamal prinsip 'Family that eats together, will stays together'.
*********
Aidan sedang duduk seorang diri di dalam bilik apabila Puan Norlia masuk ke dalam dengan membawa sebuah bakul.
"Ashraf dah solat?" Tanya Puan Norlia.
"Dah Umi. Abang Aliff dan kak Jasmin dah balik ke Umi? Aidan pula yang bertanya kepada ibunya.
"Dah, baru je balik. Esok mereka datang lagi. Memandangkan esok hari sabtu. Ashraf kerja ke esok? Puan Norlia meletakkan baju Aidan di dalam almari.
"Esok Ashraf tidak kerja. Ashraf ingat nak stay kat rumah je, berehat. Tapi petang esok, Ashraf nak pergi gym dengan Daniel." Jawab Aidan. Mulutnya menguap besar.
"Ashraf dah mengantuk tu. Bagus Ashraf tidur dulu. Ashraf dah lama dah tak cukup tidur." Puan Norlia pergi mendekati Aidan.
"Ashraf pun ingat nak tidur awal. Mengantuk sangat ni. Ashraf tidur dulu la." Aidan bersalam dengan ibunya sebelum masuk ke bilik mandi. Dia akan membersihkan diri sebelum masuk tidur.
Setelah habis, Aidan keluar dari bilik air. Ibunya sudah tidak kelihatan. Dia pun menutup pintu bilik dan naik ke atas katil. Sebelum tidur, Aidan akan membaca apa-apa buku jika berkesempatan. Malam ini, dia membaca buku 'Rich Dad, Poor Dad', hasil karangan Robert T. Kiyosaki.
"Rule One. You must know the difference between an asset and a liability, and buy assets. If you want to be rich, this is all you need to know. It is rule No. 1. It is the only rule."
"Rich people acquire assets. The poor and middle class acquire liabilities, but they think they are assets"
Mata Aidan semakin berat. Setiap patah perkataan yang dibaca nampak kabur. Akhirnya, Aidan pun tidur. Melelapkan mata yang sudah lama berjaga.
Tiba-tiba selimut yang Aidan pakai ditarik kuat, membuatkan Aidan terjaga ataupun sebaliknya.
"Hai, Aidan"
"Hannah!!" Aidan menjerit.
No comments:
Post a Comment