Nuffnang..

Nuffnang

Monday, November 30, 2009

Makan...!!! Ikan Keli, Makan...!!!


kali tok aku mok menceritakan ngan ktkorang suma pasal kerja kau time cuti tok tek... bukan definasi kerja la tapi membantu sedara meringan beban kerja yang banyak although kerjanya adalah memberi ikan makan jak... haha... ok, this kebun terletaknya kat Batu 10 and to be more spesific terletak in between Kampung Paya Mebi and Kampung Landeh... kat kebun ada bermacam-macam benda seperti pokok rambutan, pokok durian, pokok manggis, pokok mangga, pokok buah naga and banyak gik la tapi sik ditauk oleh aku.. kat ctok juak ada sebuah rumah kepunyaan kak Hani and abg Awg... belakang rumah ya lah terletaknya ikan keli ya tek... kerja lok, sambil-sambil ya ktkorang boleh nangga kegiatan seharian yang dipolah kat cya...

pagar masuk kebun... nang berdurik-durik jak pagar ya for menghalang pencuri masuk coz area tahap crime especially mencuri adalah tinggi...

jalan depan sikit sampe la depan rumah ya... dapat sik nangga belakang rumah ya apa..??

and this is the kolam of the keli... haha, time untuk makan keli-keli sekalian...

tokla packaging makanan for the keli... makannan tok mestilah berkhasiat penuh dengan nutrition...

NYUM, NYUM...!!! nyaman sik... LOL

Sunday, November 29, 2009

ChentaKu sudah kembali di McD...!!!


Aku sungguh hepi bukan kepalang coz kekasih, buah hati, chentaku sudah kembali... hahaha... nang kegembiraan sambil melompat-lompat di dalam hati... setelah sepanjang pagi berada di kebun, peluang bertemu ngan gerek aku tok memang mengubati segala perit-perih berkerja... hahaha... but wait, mun sik silap aku chenta aku tok bukan untuk aku sorang... tapi semua orang pun suka dengan chenta aku tok... sik duli orang yang rapat or dikenali ataupun nang a total stranger, semua dah pun merasa nikmatnya bersama chenta aku... aku sik marah dengan chenta aku coz suma orang boleh merasanya... bukanlah chenta kau tok bermain kaki tiga or sepuloh or chenta aku tok jalang (pui... pui... pui... *diambil dari iklan promo cerita Jalang) tapi chenta aku tok bukan la perempuan... chenta aku tok adalah Prosperity Burger yang only available kat McD... lalulah lunch aritok tek, kami sekeluarga pergi McD KIA (Kuching International Airport)...

the only place untuk take a grab on Prosperity Burger, of course la Mekdi... LOL

sik tauk apa yang meng'special'kan burger... kali beef yang disaluti oleh pepper sauce kot tapi nang nyaman lah... sekali digigit and ditelan, all of the prosperity flavors suffocated my mouth cavity and knocked down my taste buds (explanation tadi terlampau ganas untuk digambarkan... sorry for the disturbing images...)... dah nama burger, mestilah sekeping beef or chicken patty yang dikepit between roti bun... tapi seriously y'all must try... i know some people akan kata "Pa namo burger tok, samo jak raso burger tepi jalan.." but mun sik coba maka sik lah korang tauk... my chenta is open for being chenta by all of you... harhar...

tahun tok macam ada something different... burger Prosperity kenak wrap in a kinda aluminium foil-liked material... very authentic and special..

mun ada Prosperity, adalah Twister fries... nyaman...!!! thumbs up... sory my normal fries.. huhuhu...

berdasarkan gambar di atas, saya dapat meng'conclude' dua perbezaan Prosperity burger compare to others burger yang amatlah ketara... ONE - ada aluminium wrap...!!! TWO - ada Twister Fries...!!! so jangan ketinggalan untuk merasa burger yang datangnya setahun sekali jak kat Malaysia, macam Hari Raya juak minus the spicy pepper sauce-dipped beef and fries bergolong...

antara pelanggan setia Mekdi yang berkongsi sama-sama beli chenta... jangan lupak baca doa makan...

tok adalah adegan lucah + rangkak seorang pelanggan Mekdi (nama dirahsiakan)...

my style of makan di McD ialah makan fries sampe abis lok then makan burger... I think banyak orang makan macam tok tapi cara makan tok diplagiat oleh aku dari dua orang kaki keluar lab waktu tengahari semata-mata mok makan McValue Lunch, time polah fyp lok... nama nya duak ialah Oyda and Kayloon (bukan nama sebenar)... adalahlah suatu aritok aku nanyak,

Hafiz: Kenak kitak duak makan fries sampe abis dolok then makan burger?

Oyda: Kmk duak mesti makan abis fries so...

Kayloon: mun time makan burger tiba-tiba dah kenyang, boleh la tapau balit...

Oyda: sebab fries sik best ditapau (susah diembak balit and cepat masuk angin)...

Kayloon: tapi burger boleh makan bila2...
*segala adegan skrip diatas adalah atas tokok tambah dan daya imaginasi penulis

sampelah giliran aku untuk majoh burger... NYUM...!!! mesti makan sebelum raksasa dibelakang menyambar... LOL

selain Prosperity, sebenarnya aku meminati semua burger McD... ala-ala macam playboy yang suka kat semua chenta-chenta di Mekdi... haha... mun sik cayak, boleh refer to salah satu post lamak aku pasal chenta aku yang bernama Double Cheeseburger...


one more thing, sik la aku mem'promote' burger Mekdi jak... our local burger pun nyaman juak.. coba takorang rasa burger kat Bimmers... nang superbly nyaman... or burger kat kampung tepi satok or kat Gita... setiap gerai burger tok ada keistimewaan masing-masing... but unfortunately saya tidak membuat burger review... tapi one of my buddy ada so anyone wants to read and eat the best burger in town, boleh la pay a visit to his blog...


lapar eh nulis pasal makanan... wonders apa yang dimasak oleh aunty for dinner... hmmm.... daging korban kot... hehe...

M.I.M.P.I < Chapter 09 - Satu Janji, Dua Rindu, Tiga Dekat >

"That guy is totally a hunk. My 'Lelaki Melayu Terakhir' before going away to England. Kak Winnie is so lucky." Aina beriya-iya menceritakan kisah di Port Dickson kepada Encik Ariffin dan Puan Norlia. Mereka sedang duduk di ruang tamu bersama sambil minum teh dan keropok ikan yang digoreng Puan Norlia sebentar tadi. Aidan cuma tersenyum mendengar cerita adiknya itu.

"Nasib baik your brother and that guy was around. You should be thankful to your brother." Encik Ariffin berkata dengan nada tegas.

"Kan Umi dah beritahu pagi tadi, jangan nak pandai-pandai nak main laut. Kan Aina tak pandai berenang, Aina ni degil betul la." Marah Puan Norlia. Aidan mengangguk mendengar nasihat Puan Norlia sambil tersenyum.

"I know Umi and I'm sorry. Aina teringin sangat nak main kayak tadi and Aina ada pakai lifejacket. Cuma Aina didn't expect the wave to be so strong. Sampai terbalik kayak dibuatnya. Terima kasih banyak-banyak again to abang Ashraf for saving me." Aina membaling bantal kerusi ke arah Aidan. Aidan mengelak bantal yang dibaling oleh Aina dan terus berjalan ke arah tangga.

"Dad, Umi. Ashraf naik dulu. Nak tidur awal malam ni. Ashraf is so tired today and esok kan working day." Encik Ariffin dan Puan Norlia mengangguk mengerti. Aidan terus berjalan ke arah biliknya.

Selesai mandi dan sembahyang, Aidan merebahkan dirinya diatas katil dan terus melelapkan matanya. Walaupun matanya tertutup, Aidan dapat merasakan hembusan angin malam yang kuat bertiupan dalam biliknya.

Tiba-tiba katil Aidan bergegar. Aidan membuka matanya. Suasana sekeliling berubah sama sekali. Kipas angin yang ligat berpusing kini sudah tiada, diganti oleh kerlipan jutaan bintang dan cahaya sang bulan. Aidan membangunkan dirinya. Dia terkejut apabila melihat katilnya sedang berada di tepi pantai.

"Kita sekarang kat Samoa." Kata Hannah. Dia sedang duduk dihujung kaki katil.

"Pantai yang kita lawat hari tu ke?" Soal Aidan.

"Ya." Jawab Hannah. Dia mengatur posisi badannya agar menghadap Aidan yang masih baring diatas katil.

"Kenapa kali ini awak bawa sekali katil saya? Kenapa tak guna pintu toilet saya saja?" Aidan bertanya. Ini adalah kali pertama dan mungkin kali terakhir untuk Aidan baring di atas katil menghadap ke arah lautan pada waktu malam.

"Saya bawa katil awak terbang. Awak jangan hairan sebab saya memang ada lesen bawa katil terbang ke mana-mana yang saya mahu." Gurau Hannah.

"Dengan hanya menutup mata, awak boleh pergi ke mana-mana. Sekarang awak boleh terbangkan katil la pulak. Awak ni penuh dengan kejutan." Kata Aidan.

"Bila awak dalam mimpi, semua kejutan boleh jadi kenyataan. Awak cuma perlu belajar untuk merealisasikan segala impian yang awak pendam." Terang Hannah. Senyuman manis Hannah menambat hati Aidan. Mata Hannah bersinar bak bulan menyinar cahayanya ke atas bumi.

"Saya cuma perlu belajar? Dengan siapa saya boleh belajar? Awak macam tak nak ajar saya." Aidan sengaja berkata begitu. Dia mahu Hannah mengatakan sesuatu.

"Siapa kata saya tak nak ajar? Saya tak lokek ilmu lah. Saya akan ajar awak." Aidan senyum mendengar Hannah.

"Awak kena janji yang awak akan ajar saya dan akan jumpa saya tiap-tiap malam." Kata Aidan.

"Saya janji akan ajar awak." Kata Hannah pula.

"Dan... Awak lupa sesuatu ke?" Aidan mengingatkan Hannah. Hannah senyum melihat Aidan. Dia sebenarnya sengaja lupa.

"Dan saya janji akan jumpa awak tiap-tiap malam." Sambung Hannah.

"Janji?" Aidan berkata untuk mendapat kepastian.

"Janji." Hannah berkata sambil tersenyum ke arah Aidan.


********


Sementara itu di Damansara,

"I really really miss you. I can't wait for Wednesday." Illy sedang leka bercakap dihadapan monitor laptopnya sambil duduk diatas katil. Setelah dihantar balik ke rumahnya oleh Aidan, Illy terus mandi dan kemudiannya menelefon tunangnya.

"Wednesday is not that long. I also miss you dear. I promise you that the first thing I will do is to hug you and will never leave you again. By the way, I bought you something." Kata Benjamin sambil mengangkat sebiji kotak yang bereben hijau muda. Illy menepuk tangan kegembiraan.

"Dear, I want to have my beauty slumber now. Promise me tomorrow night we chat again k." Illy angkat dari katilnya.

"Ok Honey. Dream about me tonight." Kata Benjamin. Illy terus menutup laptopnya. Dia mengangkat laptopnya dan meletakkan laptop tersebut di atas rak buku. Illy berjalan ke arah bilik air. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia mengangkat sekeping gambar yang terselit di dalam diari lamanya.

Dalam Illy merenung gambar itu pintu biliknya diketuk.

"Illy tak tidur lagi." Ibu Illy menegurnya.

"Kejap lagi tidur la mommy." Jawab Illy lembut.

"Tadi Illy chatting dengan Ben kan? So how is my soon-to-be son-in-law? Sihat?" Ibu Illy masuk ke dalam bilik dan mendekati anaknya itu.

"Ben is fine. Dia tak sabar nak datang ke Malaysia and he bought me something. I'm so excited." Kata Illy. Ibunya senyum mendengar.

"So, apa ni?" Tanya ibu Illy sambil mengambil gambar lama tersebut dari tangan Illy.

"That's nothing la mommy. Only old stuff." Kata Illy. Dia ingin merampas kembali gambar tersebut tetapi ibunnya sempat mengelak.

"Old stuff? Ini gambar waktu Illy highschool. Is this Ashraf Aidan, your ex-boyfriend? You and him look so happy and secocok together that time. Apa yang Illy buat dengan gambar ni? Illy rindu ye?" Kata ibu Illy sambil memberi semula gambar tersebut kepada anak perempuannya.

"Rindu with Aidan? Please la mommy. Illy cuma rindu with Benjamin la." Kata Illy sambil mendekati pintu biliknya. Dia senyum kepada ibunya sambil bermain-main dengan pintu bilik itu. Ibunya faham, dia terus keluar dari bilik Illy.

"Jangan tidur lewat sangat dear." Suara ibu Illy hilang sebaik sahaja Illy menutup pintu biliknya.

"Rindu?" Illy mengangkat semula gambar lama tersebut. Dia tersenyum sambil mengenang semula kenangan nostalgia dia bersama Aidan.


********


Pada waktu yang sama di Lebuhraya PLUS,

"Everything is according to plan? I hope we can settle this as soon as possible." Kereta Neo hitam memecut laju keheningan malam. Di dalam kereta tersebut, seorang lelaki sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.

"Setakat ni, semua sedang berjalan dengan lancar. I've made contact with the target this evening. We need to be ready for next Wednesday. From that moment, our action need to be fast and precise." Razdan menjawab pertanyaan tadi.

"That's right. May I ask one question, awak kat mana sekarang?" Tanya suara misteri tersebut.

"Sekarang ni, on my way ke Penang. Saya nak jumpa seseorang. There's one person that I need to know better and I'm going to meet her 'accidentally' there." Jawab Razdan.

"By 'her' do you mean our target?" Razdan ketawa apabila mendengar soalan suara misteri itu.

"Bukan our target tapi someone yang boleh bawa kita dekat to target sebenar kita." Razdan membuka tingkap kereta. Angin malam telah menyegarkan matanya yang telah mula mengantuk.

"Bawa kita semakin dekat dengan target kita?" Suara misteri tersebut ketawa panjang dan terus diam. Razdan meletakkan handphonenya di tepi pintu kereta.

"Dekat." Kata Razdan sambil melihat khusyuk ke arah jalanraya.

Saturday, November 28, 2009

Aku terima seadanya balasan yang menimpa...!!!


Aku terima apa jak dugaan, halangan, rintangan yang menimpa aritok ke atas aku and also my cuz and bro.. kepayahan aritok sik terucap dengan kata-kata... hanya tikar mengkuang, baju lengan panjang, aik grenadine manis and angin kipas dapat menyimpul seribu satu kesimpulan yang tersirat dalam benak palak hotak y'all...

yarabi, bombastik lalu intro ya tek... mun orang sik tauk kisah lalu suspen ingat cerita antu or beroleh nangis ingat cerita melayu (ceh teringat ending Nur Kasih yang tak seberapa malam tek)... iboh takorang run-run nangis ngan cerita tok tek coz ktkorang lom tauk ujung pangkal gik.. mok polah cerita pendek, aritok aku pergi kebun aunty Norlia @ mak Didie... nang aku selalu juak la pegi cya, merik ikan keli makan but today was different... today kerjanya adalah menumbangkan pokok buah naga (dragonfruit) yang infected ngan penyakit sekali dengan nebas rumpat... bunyi nampak senang macam makan kacang nak but trust me, benda tok nang kepak sekepak kepaknya...

tok la kebun aunty aku... banyak buah naga tapi suma dah infected... tinggi bukit ya... mekorang lelah nait jak coz panas, belom kerja gik ya... huhu...

tugas ya simple jak, tarit and tumbangkan pokok naga then buang... so simple tapi sekali dipolah nang memerlukan sepenuh tenaga batin dan raga... sikpat main-main molah benda tok... ingat tek macam narit kangkung jak... hoho... dah sekali tarit, mok terkeluar jobo (opps, sensored la suda)... last-last dapat tarit 4 pokok jak... langsung sikda stamina mok kerja, dah la marek makan sik ingat dunia... aritok macam mok merik balasan makan banyak marek ngan kmkorang suma...

disebabkan keletihan, salah seorang dari mekorang (identiti dirahsiakan) terpaksa berpaut kat pokok rambutan... sorang gik jadi kerak (beranak lam tahun monyet kali)... kat belakang sekali kak On nebas rumput..

aktiviti membuang batang-batang buah naga... lihatlah keperitan muka mamat baju biru ya... sik merik-merik gik muka ya... muka ya ala-ala jobo terkeluar...

sambil kerja kebun kita mestilah bergaya... sebagai contoh lihat gambar diatas... sorang ya berbaju GAP and cermin mata itam Dior... LOL

dah kepak bekerja, kamek orang suma carik spot yang paling ideal, paling afdal untuk rilek... ngambik tikar mengkuang, aik kopi and 100Plus, pasang hammock dan lastly pasang unggun api, kamek orang dapat tempat lepak paling sempoi lam kebun ya... dibawah pohon asmara, ceit pohan rambutan la... tempat duduk and baring yang bebas dari sinaran matahari, pancaran UV (tiada sokongan sains disitu) and paling penting bebas nyamuk...

muka letih dari kiri - aunty Norlia, anak abang Awg, kak On, Rafi and Didie (sudah kantoi disitu)

best eh tempat tok...!!! coba la pokok rambutan ya dah masak, nang nikmat bersantai sambil majoh rambutan...

aunty Norlia and kak On kehairanan melihat aku mengambil gambar sidak... datang ke kebun macam mok ber'picnic' jak... hahaha..

ada sigek area kat kebun faveret aku... dari pokok rambutan atas bukit ya (tempat bersantai and piknik tek) ada jalan shortcut terus ke rumah dibah bukit ya... kita mesti lalu area kawasan berbuluh... kawasan ya la area faveret aku... buluh kat cya nang besa, sebesa paha aku... walaupun a bit curam, tapi aku suka guna jalan ya coz memang cepat mun mok balit... one more thing, tempat ya redup, sik panas... haha, mun mok main gelongsor, boleh men ctok... hahaha...!!!

kacak sik area tok...!!! macam kat bamboo garden kat Jepun...

cobaan Didie untuk mengelongsor ke dibah...

ada juak la rasa gothic kat ctok... meremang bulu lebih-lebih gik mun time berangin and hujan...

tokla aktiviti aku and my family dalam usaha untuk memajukan diri sendiri dari segi kesihatan, stamina and biznez... nang susah polah semua tok but memang bagus la... bak kata orang tua 'Bersusah-susah dulu, Bersenang-senang kemudian'... besides ya bleh juak kita megeratkan silaturahim and also berbantuk sesama sedara... haha... polah kerja juak mekorang, ada juak masa enjoy bah... sikla kerja jak nak... klah, aku mok charging batt coz lelah sepanjang ari tek... marek ngantok coz kenyang, today ngantok coz keletihan... ciao...!!

Friday, November 27, 2009

Short stories 'Today saya makan banyak' and others


Bermula kisah pengembaraan Hafiz dan kazen-mazennya iaitu Addy @ Didie and Sumas and ada juak si kepoh Rafi.... Aritok adalah ari yang berbahagia coz hari ini adalah hari raya Qurban @ hari raya Aidiladha... Memang udah termaktub dalam hikayat aku tok yang pada aritok aku akan majoh banyak-banyak segala jenis rendang and kari, ketupat and nasik impit, roti prata and lemang dan bermacam-macam lagilah...

tok lah tempat sembahyang aku time raya and also sembahyang jumat... dekat jak ngan rumah Didie..

so awal pagi bangun untuk menunai solat raya kat Masjid Wan Alwi kat area Tabuan Jaya.... aku sik lah mengeshow baju tek coz I'm wearing baju lamak aku jak... baju ala-ala satin kaler purple and jeans lusuh... hoho, nang raget baju raya aku tok... mun aku sik mistaken baju ya dipolah by my nenek time aku form 4 or 5 gya... haha, gik sedang la dow... tapi dengan keragetan baju ya sigek jak kurang... NEY SONGKOK AKU??? ehh, mun aku sik mistaken lagik... aku nang lamak dah sik bersongkok, since aku matriks gik... asal raya aku free-hair... balas dendam coz time gik remaja lok bersongkok ke sekolah bah... hehe...

jejak jak kaki kat depan rumah aunty Norlia, terus masok ke dapur... mok ngecheck makanan bah... mok nambah selera makan juak... nang nyaman and menyelerakan... hoho... wajib makan breakfast sampe kenyang tok... of course la simpan some of my stomach portion pake makanan lain... teknik stomach compartmentation tok dah lamak dah aku belajar ngan sorang sifu tok... lelah ku berguru ngan nya... mok tauk sapa ka gerangan sifu ku ya, mestilah kazen aku yang sorang tok (ada didalam gambar dibawah) hahaha....

Serizawa* ngan Genji* gago nangga rendang resipi aunty Norlia... sian nangga sidak bah, kat Jepun makan sushi jak... (*please refer cita Jepun, Crows I and II)

aritok tek sik la pack gilak schedule... jalan rumah family Sumas then rumah Kenyalang then balit sembahyang... rilek jap then baruk pergi rumah aunty Noraini coz nek Ot tinggal cya... ingat ku tahun lepas kot kat rumah tok ada korban sapi... bilangan ya sik pasti tapi mun ekot secukup rasa, sekok li... tahun tok makan jak cya, ada piza gik ya... haha... abis ngabas nek Ot, terus pegi kubur semariang... kali tok ngabas kubur nek Buang... huhu, ada juak rasa sedih kesyahduan...

al-fatihah...

kubur nek Buang... ada juak model pake aku bergambar... sory pok sikda gaji...

after kubur, jalan2 kat PC Fair kat taman kereta... best juak la nangga laptop and tech stuffs... kepak berjalan, balit rumah for rilek... lalu la ada masa molah post tok... haha... plan malam tok, nangga episod last Nur Kasih and then Antoo Fighter kat Astro... apa gik kakya owh??? tido and bangun for tomorrow...

"Nur Kasih.... Aku kembali kerana masih, Mencari yang hakiki, Sinar pasti, Janji suci yang abadi"
woseh, lalu berlagu pok... jiwang...

Selamat Hari Raya (YAY, dapat makan best2...)


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA QURBAN

SELAMAT HARI RAYA HAJI

YAY
dapat makan best-best ritok... jadi gemok la aku minggu tok... huhu...

to all my friends (from old skool, UNIMAS, UMT and others) and relatives, I wish you a very cherish, warm festive spirit of Aidiladha...

and

to for those yang tengah polah haji... selamat polah haji mabrur...

Thursday, November 26, 2009

...was going to...

doing nothing currently coz now a bit 'malas' + tired + uncomfortable + to much to think... actually got things to be publish but I'm damn lazy rite now.... tomorrow is Hari Raya Aidiladha, so my plan on controlling my diet this weekend will go astray... LOL... can't imagine eating all those meats (roasted, curry or cooked any possible cooking style existed in this world)... all of this is so unrelated with the title... so I've summarizes all of things that I was going to do...

i was going to continue with my story (the title is Mimpi, for those who doesn't have the opportunity to lay their eyes on it)...

i was going to blog about the movies that I've already watch this holiday with my friends and relatives (seriously, I'm a movie addict)...

i was going to tell people the sights and scenes that revolves and happen on the course of me enjoying my time...

i was going to do my work but instead ended up playing Facebook (LOL) or blogging or watch movies online...

so I've decided to rest for the nite and eat up for tomorrow... probably tomorrow nite or the day after tomorrow, I've have the will to publish a better post...

Tuesday, November 24, 2009

The act of 'menjahanamkan' selipar


Dunia tok memang ada kejam sikit la ngan aku. aku pun sik tauk kenak la coz asal aku pake selipar nak, mesti dalam 2-3 bulan akan dijahanamkan oleh kaki aku yang vandelisma serta gangsta... yalah sebabnya, kengkadang aku rasa sik mok jak berbeli selipar mahal gilak, regar berpatutan and dapat diembak berjalan... aku tok ada malas kit berbeli benda tapi sebenarnya memendam perasaan rasa jiwa dan raga untuk berbeli bermacam-macam benda known to human kind...

banyak ko impian aku tapi belum dapat ditunaikan lagik... tunggu kerja dolok la kali, huahuahua... setahun lagik pok, pasyo kerejo la ku tok... mun ada duit lebih, bleh belanja ktkorg.... kehkehkeh... oklah, antara benda impian kalbu aku ialah sebuah handphone baru (sik dulu apa, asalkan baru and up sikit dr hp nektok), laptop pake aku memuaskan napsu serakah (sambil ketawa setan disitu), bebaju and seluar bebaru belaka, selipar baru la (mun bleh tambah kasut sekali) and many more for me to mention...

tapi masalah nektok adalah sifat maha pemusnah aku tok... hah, mok berubah la tok... mesti jaga barang agar tidak rosak or musnah... hahaha... sebab mengantikan barang yang rosak sememangnya merugikan aku la... the act of 'menjahanamkan' harta benda intelek aku kedirik empun hendak dimansuhkan secepat mungkin... aku rasa bukan benda intelek jak kor, the act of 'menjahanamkan' dirik pun patut disisihkan... bak kata nenek moyang kito-kito tok, ambik nak jernih, humban jejauh yang keruh...

toklah korban terbaru kaki aku... selipar bata dibeli dengan regar RM32.90 kat Bata Alamanda Putrajaya (jauh diimpot ya)... sekali nampak, macam sikda cacat celanya... tapi mun dinangga dekat2, sebijik selipar nak dihanyut oleh banjir kat melaya yang aku nangga berita malam marek...

In Loving Memories of selipar aku.... Rest in peace...

mulai esok kot, aku mok meli selipar baru... cney endaklah kedey jual selipar murah... bowink (ala-ala miak kinek tok) dah aku menguntungkan Bata... dah ada selipar baru, sik la terinsut-insut aku berjalan... dah gik berloya, malam tok lepak planet sambal...!!! juh, suma...

Monday, November 23, 2009

Penangan Nasi Ayam Penyet


dah lamak sik nulis blog klaka Sarawak and aritok aku bercadang publish dis blog... aku sik tauk pa mimpi aku nulis benda tok coz i'm totally out of idea kinek tok... kali lekak makan nasi ayam penyet malam tadik kot... penangan nasi ayam penyet yang beregar 6 ringgit kat Bimmers... lamak ada sik makan antara favourite aku tok, nang susah ada la nak mencarik makanan tok kat melaya nun... kat sitok ja ada... haha, mun boleh jadi makanan rasmi negeri Sarawak jak tapi ada kita kenak serang Indon lak coz kita telah pun mencuri makanan warisan sidak...

aku sik dapat imagine makanan tok dijual kat tempat lain, other than Indonesia and Sarawak... mesti sidak complaint nasik apa tok.. tang ada jak bernasik, ayam goreng dengan segala jenis rumput rumpai ditanam tepi parit tok... but actually nasi berayam, berumput tok nang superbly nyaman... sikpat dipadah macam tok ajak, kitak orang mesti merasa, makan dirik empun.. leleh aik liur ko nulis benda tok... bila gik aku mok makan nasik Ayam Penyet tok?

malam tek nasik Ayam Penyet Pak Amit kat Bimmers, lain kali nasik ayam penyet kat kampong nun... lupak ku nama kedey ya... wajib pegi ya bah... hahaha...

Friday, November 20, 2009

Let's learn Bahasa Sarawak... 'pa polah?'


'pa polah?' is a term use by most Sarawakian guys in a pathetic attempt to flirting with gorgeous, vivacious, lovely Sarawakian best-kept beauty, the dara sunti from the Land of the Hornbill. The flirtatious term of 'pa polah' can also be imply to the engaged and married women of Sarawak, not to play kinky love with them but a straight-forward question, sincere from the bottom of the heart. 'pa polah?' or in western tongue, 'What you doing?' is just a simple word with different definitions define by different peoples. As some people say, beauty is up to the eye of the beholder.

'pa polah?' is also a question ask by most people, from whoever to whoever that may be seen as an intention of rekindle the invisible thread that connects us, an invisible thread that is known as bond. Only using two words join together and we can socialize with almost everyone to an extend of becoming one of our acquaintance in our social circle.

People that are using 'pa polah?' can be range from young children to the mature adults to the ancient old folks and every age range will constitute different usage of the words, used at different occasions and time. For example:
  • Young kids - 'pa polah?' for the childrem will may sound a bit jittery or excited. They will most probable used 'pa polah?' when asking the elderly that may resulting them going to out to the parks or McDonald's.
  • Teenagers or young adults - the usage of 'pa polah' for this kind of people can be divided into two different used. For the male young adults, 'pa polah?' will be sound a bit flirty (lanji) and may be used as an inducer for the male pheromone to kick in the action. For the female young adults, 'pa polah?' is a sign sexual dominance over the male counterpart where the function of 'pa polah?' is merely use to take control of the relationship, for their self benefits.
  • Adults - the functionality is the same with the young adults with a little addition of maturity and responsibility. For adults, 'pa polah?' brings a vetoed power towards their younglings.
That's all for now. Come back again next time for more Bahasa Sarawak...!!!


Tuesday, November 17, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 08 - Port Dickson >

"Are we there yet?" Aina menjerit dari belakang. Kereta Grand Livina Puan Norlia memecut laju menuju ke Port Dickson. Aidan dan Daniel duduk di hadapan manakala Winnie dan Illy sedand duduk di belakang bersama Aina.

"Aina, boleh tak jangan bising? Tadi abang dah larang Aina ikut tapi Aina degil. Sekarang ni ganggu suasana happy semua orang dalam kereta ni." Marah Aidan.

"Aidan, tak payah la nak marah Aina. Biar la dia ikut. Nanti kalau Aina dah kat England, dia takkan merasa lagi keindahan tanahair sendiri." Kata Illy sambil senyum kepada Aidan. Aidan cuma diam dan memandu dengan penuh konsentrasi.

"That's right. Apa yang kakak Illy cakap adalah betul. Bak kata pepatah 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri'. Betul tak apa yang Aina cakap, kak Winnie?" Aina bertanya pula kepada Winnie.

"Sorry Aidan tapi she's got a point there." Winnie rasa serba salah untuk berkata.

"Ok guys. Daripada kita bertekak memanjang dalam kereta ni, lebih baik kita dengar lagu dan enjoy the journey." Daniel menyambung iPodnya ke sistem audio dan terus memainkannya. Lagu pertama yang dimainkan ialah lagu 'I'm Yours' nyanyian Jason Mraz. Winnie, Illy dan Aina melenggok-lenggokkan kepala mengikut rentak gitar dalam lagu tersebut. Aidan pun menyanyi lagu tersebut dengan penuh perasaan. Kereta yang dipandu meluncur pantas menuju destinasi yang dituju. Ternyata lagu yang dimainkan oleh Daniel telah memeriahkan lagi perjalanan yang panjang ke Port Dickson.


********


"This is so spectacular. I love this" Aina berlari ke arah laut sebaik sahaja sampai di Pantai Teluk Kemang. Aidan dan yang lain mengikutinya dari belakang.

"Aidan, I think that here is the best spot to set up our BBQ." Beritahu Winnie sambil menunjuk ke arah tapak BBQ berdekatan dengan pantai. Daniel yang membawa makanan menurut perintah Winnie. Aidan pula sedang menunggu Illy untuk keluar dari kereta.

"Princess Illy, bila lagi nak keluar? I nak lock kereta ni." Aidan berdiri di luar pintu kereta. Daniel dan Winnie sedang mengemas tapak BBQ. Aina pula sedang bergembira bermain dengan air. Setelah menunggu lama, Illy pun keluar dari kereta.

Sebaik sahaja Illy keluar, Aidan tergamam melihat kecantikan Illy. Angin bayu laut meniup mesra rambut ikal Illy. Bau harum semerbak Illy merentap konsentrasi Aidan dari realiti. Bagi Aidan, hanya Illy yang berada dalam dunia fantasinya itu. Illy, cinta yang tidak akan tercapai.

"Hello, Aidan!! Wake up!!" Illy memanggil Aidan. Dia sudah berjalan jauh dari Aidan menuju ke tapak BBQ yang dipilih oleh Winnie tadi.

"Sorry." Aidan terkejut dari lamunan. Dia mengunci kereta dan terus lari mendapatkan Illy. Setelah siap menyediakan tapak BBQ, mereka semua duduk sambil berehat, melihat ke arah lautan biru yang luas terbentang. Mereka semua menjamu mee hoon goreng yang dimasak dan dibawa oleh Illy dari rumah sementara menunggu daging dan ayam dipanggang.

"Winnie. Temankan I ke toilet, boleh tak?" Ajak Illy. Dia memandang ke arah Winnie. Winnie mengangguk setuju. Mereka berdua angkat dan berjalan ke arah tandas awam yang terletak tidak jauh dari tempat rehat mereka. Mata Aidan tekun memerhati Illy dan Winnie.

"Aidan!! Kenapa dengan kau? Dari tadi aku lihat kau memerhati Illy. Kau masih cintakan dia ke?" Daniel bertanya kepada Aidan. Mukanya serius bertanya namun Aidan hanya tersenyum mendengar pertanyaan Daniel.

"Kau tak perasan ke? The rock on her finger. She's already engaged." Suara Aidan lemah berkata. Daniel terkejut mendengar pernyataan Aidan.

"I still do love her but she's already belong to someone else. Hasrat aku terhenti sebaik sahaja dia menyarung cincin itu di tangannya." Aidan menyambung lagi.


********


"Wow, that's beautiful." Kata Winnie sambil menunjuk cincin pertunangan Illy. Illy tersenyum mendengar pujian Winnie.

"Thank you. You want to have a closer look?" Winnie mengangguk sambil senyum. Illy menyerahkan cincinnya kepada Winnie.

"Kalau tak silap aku, this is pink diamond. Pink diamond the most rare and valuable diamond in the world. This so beautiful. Berapa carat?" Winnie meneliti cincin dengan sebaik mungkin.

"You're right. Pink diamond it is and the diamond is almost 70 carat. My fiancΓ©e import the diamond from Argyle mine, a diamond mine in Australia. One more thing, this ring was also designed by my beloved fiancΓ©e. This ring is one of a kind." Beritahu Illy sambil mengambil semula cincinnya dari Winnie. Winnie hanya mampu senyum sumbang mendengar pernyataan Illy. Mereka berdua sememang tidak pernah serasi dari dulu lagi.


******


"Kak Winnie, nak main kayak kat laut? Jom la kita main. Abang tak bagi Aina pergi sorang-sorang" Aina memujuk Winnie. Winnie berhenti membaca buku. Dia melihat ke arah Aina.

"Kenapa tak ajak abang Daniel or even better ajak kak Illy. She's from Australia, the world capital for extreme activities." Winnie beritahu sambil tersengih. Dia melihat Illy yang sedang bersantai di bawah sinaran matahari.

"Aku tak pandai berenang." Daniel berterus terang kepada Winnie. Aina dan Winnie ketawa mendengar pengakuan Daniel.

"Winnie. Kau tolong temankan Aina je lah. Please, do it for me." Pujuk Aidan. Winnie mengeluh panjang. Dia angkat dari santai dan membawa Aina menuju ke arah pondok menyewa kayak.

"Thanks dear for doing the favour. Don't worry, kayaking is not that extreme." Illy senyum sambil memakai cermin mata hitam Diornya. Cahaya matahari yang memancar membuatkan pandangan Illy silau. Apabila Winnie dan Aina sudah tidak kelihatan, Aidan pun duduk mendekati Illy. Kemudian dia pun melihat ke arah oDaniel. Tangan Aidan melambai perlahan Daniel, memberi isyarat rahsia kepada kawan karibnya itu.

"Ohh, I almost forgot. Aku terasa macam nak tunggang kuda la pulak. I leave both of you here, aku nak cari kuda untuk aku sewa. Maybe kat belakang tu ada kuda liar kot." Daniel terus berjalan meninggalkan Aidan dan Illy berdua.

"Aidan, I know what are you up to now and I must say that you don't have any chance on winning me back." Illy berkata sambil senyum melihat Aidan. Aidan membalas senyuman Illy lalu berkata,

"Won't hurt trying." Aidan angkat dan berjalan mendekati bekas cooler. Dia mengambil keluar dua tin minuman dan terus duduk semula di sebelah Illy. Dia menghulurkan air tin Nestea Lemon Ice kepada Illy.

"I'm impress. You masih ingat my favourite drink." Illy pun minum air yang baru sahaja diberi oleh Aidan kepadanya.

"Actually, I still remember a lot more of your favourites. So, next week you're going to Sydney, kan and then New York if I'm not mistaken. Bila you akan balik ke Malaysia lagi?" Aidan bertanya kepada Illy.

"Ya, next week kat Sydney. I will spend almost a week there, attending the fashion week and spending precious time with my old friends. Kat New York, hanya for 3 or 4 days then I will be back here in Malaysia." Illy beritahu Aidan. Illy membuka topi yang dipakai olehnya. Rambut Illy yang ditiup lembut oleh angin bayu sekali lagi memikat hati Aidan terhadap bekas buah hatinya itu.

"Nampaknya you masih teringatkan tanahair yang tercinta or you tak boleh berjauhan dengan I. That's why you balik semula ke Malaysia." Gurau Aidan. Dia memandang terus ke Illy, untuk melihat sendiri expresi wajah wanita itu.

"Aidan, dream on. I balik ke Malaysia bukannya rindukan you. I got a lot more reasons being back here in Malaysia and you isn't one of those reasons." Illy ketawa melihat Aidan. Ternyata Aidan kecewa mendengar jawapan Illy.

"So, apa reason you balik ke Malaysia?" Aidan bertanya untuk mendapat kepastian.

"First of all, Malaysia is still my beloved country. Secondly, my family, my grannies, relatives and also my old friends are still living here. Lastly, I need to be back here just to being near my love. You nak sausage panggang?" Illy mengejutkan Aidan yang sedang mengelamun. Aidan mengangguk.

"Just to being near your love? Siapa? Benjamin nak datang ke Malaysia?" Aidan bertanya. Illy menghulurkan makanan yang diminta oleh Aidan tadi.

"Of course Benjamin. You ingat siapa? Benjamin is not just coming here, he will be staying here, with me after our marriage. I'm so excited." Sebaik sahaja Illy beritahu berita tadi, selera Aidan terus hilang. Aidan bagaikan menerima tamparan untuk menyedarkan dirinya dari mimpi yang tiada penghujung.

"You nak kahwin? Bila? Congrats!" Aidan menyoal lagi. Kegembiraan yang ditunjuk hanyalah lakonan palsu mainan Aidan. Kesugulan hati telah pun dilontar jauh nun ke Selat Melaka.

"Insyaallah, end of this year." Wajah Illy tersenyum gembira memberitahu berita baik itu kepada Aidan. Namun dia tidak tahu yang Aidan sebenarnya bersedih dalam senyuman.

Tiba-tiba Daniel berlari pantas ke arah Aidan dan Illy.

"Aidan, cepat!! Kayak Aina dan Winnie terbalik di pukul ombak!!" Daniel tercungap-cungap dihadapan Aidan. Tanpa membuang walaupun sedetij, Aidan terus berlari ke arah lautan. Matanya liar mencari kayak, Aina dan Winnie. Dalam kekalutan, Aidan ternampak Aina sedang menjerit meminta tolong sambil bertahan pada kayak terbalik tersebut. Winnie pula masih tidak kelihatan.

Aidan berlari dan terus terjun ke dalam laut. Dia berenang pantas menuju ke arah Aina. Sebaik sahaja Aina ternampak Aidan mendekatinya, dia menjerit nama abangnya.

"ABANG ASHRAF!!!"

Aidan berenang sekuat hati. Dia sudah lama tidak berenang, staminanya hilang dengan cepat. Apabila Aidan sampai dekat kayak tersebut, Aina terus memeluk abangnya dengan erat.

"Aina, you will make both of us drown!! Don't panic and stay calm!! Mana kak Winnie?" Aidan melihat sekeliling. Kelibat Winnie masih tidak kelihatan. Tiba-tiba bahu Aidan disapa.

"Hei, awak boleh bawa dia ke pantai. Nanti saya cari perempuan yang satu lagi." Seorang lelaki memberi arahan kepada Aidan. Lelaki tersebut terus menyelam untuk mencari Winnie. Aidan berenang menuju ke pantai bersama Aina yang erat dipeluknya.

"Mana Winnie?" Daniel bertanya. Dia melihat Aidan berjalan ke arahnya dengan hanya membawa Aina. Setelah menyerahkan adiknya kepada Daniel dan Illy, Aidan terus berlari semula ke arah laut untuk mencari Winnie walaupun dia nampak keletihan.

Belum jauh Aidan berjalan ke dalam laut, lelaki tadi keluar berjalan dengan membawa Winnie yang tidak sedarkan diri. Aidan menarik nafas lega apabila melihat kawannya itu selamat. Daniel melompat-lompat kegembiraan. Illy pula duduk bersama Aina, melihat lelaki tersebut datang ke arah mereka semua.

"Thanks a lot encik." Daniel mendekati lelaki tersebut. Dia meletakkan Winnie dibawah. Dia meihat ke arah Aidan dan Daniel lalu berkata,

"Do you want me continue helping her or one of you guys can give her CPR yourself?" Mereka semua melihat antara satu sama yang lain.

"I know CPR. I ni bekas PBSM." Aina mendekati Winnie yang masih pengsan.

"You're a life saver. Kalau you tak ada, Winnie would be a goner." Kata Illy. Aidan merenung Illy tajam.

"Again, terima kasih." Giliran Aidan berterima kasih kepada lelaki tersebut. Kedengaran Winnie terbatuk-batuk sambil tercungap-cungap mendapatkan udara. Dia melihat sekeliling. Dia masih berasa pening kerana terminum dengan banyak air laut. Dengan bantuan Aina, Winnie berdiri dan berjalan mendekati lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya tadi.

"Thank you, Mr...."

"Razdan. Nama saya Razdan." Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

Sunday, November 15, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 07 - Teman >

"Uncle bangun. Opah panggil. Bangun uncle." Alia memanggil Aidan sambil melompat-lompat d iatas katil. Aidan yang sedang nyenyak tidur terus bangun. Dia duduk di tepi katil sambil mengenang kembali mimpi-mimpi yang dialami sepanjang malam tadi.

Alia masih melompat-lompat diatas katil. Wajah kecil yang ceria membuatkan Aidan berasa senang untuk bangun awal pagi ini.

"Baby Alia, mana papa and mama?" Aidan menyoal anak buahnya itu.

"Papa and mama keluar kerja. Alia datang nak main dengan atuk, opah, uncle, auntie. Opah suruh Alia kejutkan uncle. Bangunlah uncle. Mama cakap kita tak leh bangun lewat, nanti mama tak nak belanja ice-cream" jawab Alia. Aidan senyum mendengar celoteh Alia. Walaupun baru berumur 5 tahun, namun Alia sudah pandai berkata-kata seperti budak tahun satu.

"Nanti uncle belanja Alia ice-cream, nak tak?" Apabila Alia mendengar apa yang Aidan cakap, dia terus melompat gembira.

"Yay...!!! Alia nak ice-cream chocolate, campur strawberry. Alia nak besar-besar tau."

"Ok. Alia turun dulu beritahu opah yang uncle akan turun sekejap lagi. Petang nanti, kita keluar beli ice-cream Alia, pastu pergi Cosmo's World." Alia terus melompat turun dari katil Aidan dan berlari keluar dari bilik tidur. Aidan ketawa melihat gelagat Alia tadi.

Aidan bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Ketika Aidan melangkah masuk ke dalam bilik air itu, dia teringat kembali mimpinya malam tadi. Mimpi dia bersama Hannah pergi ke Samoa, hanya dengan melangkah masuk ke dalam bilik air Aidan.

"Alangkah baiknya jika aku boleh travel macam dalam mimpi malam tadi. Banyak negara yang ingin aku lawat. Banyak tempat yang ingin aku lihat. Dunia ini sungguh luas untuk diteroka. Terdapat banyak lagi tempat di muka bumi ini yang belum dicapai oleh manusia. Kalau boleh aku nak pergi ke segenap pelosok dunia. Aku ingin lihat semua." Aidan berkhayal dalam mindanya.

Sesudah selesai mandi, Aidan urun ke bawah untuk bersarapan. Puan Norlia sedang berada di dapur manakala Alia sedang menonton rancangan kartun di televisyen. Aidan duduk di meja makan dan melihat hidangan sarapan yang telah disediakan di atas meja.

"Wah, nasi lemak dan kuih donat. Dah lama dah Ashraf mengidam nak makan nasi lemak. Mana dad dengan abang? umi." Aidan bertanya sambil menuang nescafe ke cawannya.

"Dad awal pagi dah pergi Palm Garden main golf dengan Datuk Khairy dan Datuk Selvam. Abang terpaksa ke Johor hari ini, ada urusan dekat Iskandar Johor. Ashraf tak ke mana-mana hari ini kan? Ashraf teman umi nanti. Boleh?" Puan Norlia mendekati Aidan yang sedang berselera makan. Aidan mengangguk sambil melihat ibunya.

"Boleh, umi. Nak temankan umi ke mana? Nanti Ashraf nak bawa Alia jalan-jalan kat Times Square, bawa main kat Cosmo." Aidan memberitahu ibunya. Dia menambah lagi nasi ke dalam pinggannya.

"Umi nak Ashraf temankan umi pergi butik kak Jasmin je. Hari ini banyak stok kain dan baju datang. Kak Jasmin kerja sorang-sorang. Kesian umi tengok. Nanti Ashraf teman umi tolong kak Jasmin, ok?" Tanya Puan Norlia.

"Ok. No problem." Aidan senyum melihat ibunya.


********


"Mama, Alia nak ice-cream. Uncle Ashraf dah janji nak bagi ice-cream besar dan pergi Cosmo." Alia menarik baju ibunya, kak Jasmin. Namun kak Jasmin sedang sibuk meneliti kotak-kotak yang baru sahaja sampai ke butiknya itu.

"Alia, jangan kacau mama. Mama tengah sibuk tu. Jom ikut opah pergi kedai tu. Kat sana ada jual ice-cream." Pujuk Puan Norlia. Alia berlari mendapatkan tangan opahnya itu. Mereka berdua pun berjalan menuju ke 7 Eleven yang berada di seberang jalan. Aidan pula sedang sibuk mengangkat kotak ke dalam stor.

"Sorry Ashraf. Menyusahkan Ashraf je tolong kak Jasmin." Cakap kak Jasmin.

"Takpe kak. Ashraf pun takde apa-apa plan hari ni." Aidan berdiri sebentar setelah letih mengangkat kotak tadi. Jasmin melihat Aidan keletihan.

"Ashraf haus. Nanti kak Jasmin buatkan air. Ashraf tunggu ye." Kak Jasmin pun berjalan ke belakang butik. Kedengaran pintu butik dibuka. Aidan menoleh ke belakang melihat siapa yang baru masuk tadi.

"Hei. Is that you, Aidan?" Aidan terkejut apabila melihat Illy berada di hadapannya.

"Tak sangka boleh jumpa dengan you di sini. Apa yang you buat kat butik ni? Nak beli baju dengan sweetheart baru ke?" Illy menyindir Aidan.

"Taklah. I tengah tolong kakak ipar I uruskan stok kedai." Jawab Aidan. Dia berjalan mendekati Illy.

"No way. Kak Jasmin is your sister-in-law. What a small world after all." Illy ketawa apabila mendapat tahu perkara itu. Kak Jasmin keluar dari belakang butik.

"Welcome Illy Ilyas. Welcome to Jannah's Boutique. I'm honored to have such a talented designer in my boutique." Kak Jasmin mendekati Illy lalu bersalaman dengannya.

"Thank you kak Jasmin. No, I'm the one that should felt honored. I'm honored that your boutique agree to accept my collections." Illy membalas salam kak Jasmin.

Kak Jasmin membawa Illy ke sebuah rak baju. Mereka berdua sedang rancak berbual. Aidan sedang duduk sambil minum minuman yang dibuat oleh kak Jasmin sambil melihat kakak iparnya bersama bekas teman wanitanya. Mata Aidan tertumpu kepada kecantikan Illy yang sedang berada dihadapannya itu. Sekali-sekala Aidan dapat menangkap lirikan anak mata Illy mencuri lihat dirinya.

Setelah lama berborak, mereka berdua berjalan kembali ke Aidan.

"Next week saya akan ke Sydney, kemudian terus ke New York. Kalau ada apa-apa hal, kak Jasmin boleh call pejabat saya. Ini number baru office saya." Kata Illy sambil menghulur sekeping kad kepada kak Jasmin. Puan Norlia masuk bersama ke dalam butik bersama Alia yang sedang menangis. Baju Alia kotor dengan ice-cream.

"Tadi, ice-cream Alia jatuh. Bila umi nak belikan semula, dia merajuk terus menangis." Kata Puan Norlia. Kak Jasmin mengambil Alia dan membawanya ke belakang butik.

"Illy, dah lama dah tak jumpa. Illy sihat? How's your family?" Puan Norlia mendekati Illy.

"Illy sihat, auntie. Family pun sihat." Illy bersalaman dengan Puan Norlia.

"Illy borak-borak dulu dengan Aidan. Auntie nak tengokkan Alia tu." Puan Norlia menyusul kak Jasmin dari belakang.

"Cute la niece you and dah lama dah tak jumpa your mum." Kata Illy sebaik sahaja Puan Norlia hilang ke belakang butik.

"Mesti la cute. Tengok siapa unclenya" Kata Aidan sambil ketawa. Illy pun turut ketawa. Kemesraan antara mereka berdua jelas kelihatan.

"Esok hari Ahad. You free tak tomorrow evening? Kita keluar nak tak?" Ajak Illy.

"Esok petang? Boleh kot. I pun takde plan. You nak keluar mana? You nak ajak sekali Daniel and Winnie? Both of them are dying to meet you." Cakap Aidan. Illy mengangguk setuju.

"Pagi esok, I kena tolong kak Jasmin kat butik. Around 12, kami pick you up. You nak pergi mana?" Cakap Aidan lagi. Illy diam sejenak untuk berfikir.

"Kita pergi Port Dickson nak" Cadang Illy.

"No problem" Jawab Aidan.


********


"Esok pergi Port Dickson dengan Illy!!! Count me in!!!" Jerit Daniel apabila mendengar apa yang Aidan baru beritahu. Mereka berdua sedang berlari pantas di atas treadmill masing-masing. Winnie pula sedang duduk menatap laptopnya.

"Hopefully, Daniel will behave tomorrow. Nanti buat malu, jatuh dalam longkang lagi. Aku tak nak mengaku kawan macam tu." Ketawa Winnie.

"Winnie. Kau ni, bab menyindir kaulah nombor satu. Kenapa kau datang kat gym kalau kau tak workout langsung." Kata Daniel.

"Working out is not my thing la. Aku datang ni nak teman korang berdua. Besides that, aku nak update gossip-gossip terbaru with Aidan. Itu pun tak boleh ke?" Jawab Winnie. Tangannya ligat menaip.

"Takde gosip terbaru. Cuma aku lupa nak beritahu something about my work yesterday." Kata Aidan. Dia turun dari mesin treadmill dan duduk sebelah Winnie. Winnie memberi Aidan tuala untuk mengelap peluh.

"Beritahu apa Aidan?" Tanya Daniel. Dia pun turun dan duduk di depan Aidan.

"It's nothing. Datuk Khairy offer aku join group dia for architectural development of 'Project Paradise'. Aku setuju nak join." Beritahu Aidan.

"That's not nothing la bro. It's something good. Congratulation Aidan. We should celebrate." Daniel gembira mendengar berita tersebut.

"'Project Paradise'? Itu projek mega yang dijalankan oleh kerajaan dengan bantuan some international companies. Tapi lately, aku dengar rumors about the project. Aku lupa what are the rumors, but it has something to do with the management."

"By management, you mean Datuk Zabry Zuhaili, the head project of 'Project Paradise'. The one and only Datuk Daud Dahlan, menteri di pejabat menteri itu ke?" Tanya Aidan.

"Yes, that's him." Kata Winnie. Tiba-tiba Daniel bertanya.

"Kenapa dengan Datuk Zabry? Ada kes rasuah ke? Skandal dengan sekretari? Tell me more!!" Daniel duduk semakin dekat dengan Winnie dan Aidan.

"That's enough Daniel. Aku tak suka cakap about politik ni. Politics are too twisted. Once you involved into one, it will never let you go." Cakap Aidan. Suasana menjadi diam seketika. Hanya irama muzik senaman kedengaran bergema di dalam bilik gym itu.

"Winnie, bila kau pergi Penang?" Aidan bertanya memecah kesunyian.

"Lusa. Education seminar tu will take 3 days. Wednesday aku balik. Siapa yang akan hantar aku ke KLIA and siapa yang akan jemput aku balik?" Kata Winnie. Dia menutup laptopnya.

"Aku hantar kau and later Aidan will jemput kau." Daniel menjawab sambil berdiri.

"Ok. You guys dah habis ke? Kita keluar makan lepas ni. I'm totally famish." Cadang Winnie.

"Aku dah habis. Daniel, I hit the shower first." Aidan pun berjalan ke arah bilik loker lelaki.

"No problem." Daniel mengikutinya dari belakang.

Related Posts with Thumbnails