Nuffnang..

Nuffnang

Saturday, October 17, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 03 - Berita-Berita >

Kereta Kia Picanto Aidan melancur laju di LDP. Dia tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang sering kali menghantui penduduk sekitar Lembah Klang. Sebagai seorang pekerja yang muda dan baru, Aidan tahu reputasinya perlulah dijaga agar dapat kekal lama dan mudah naik pangkat. Aidan sememangnya seorang yang bercita-cita besar.

"Fara, awak tau tak?"

"Tau ape, Faisal?"

"Hari ini hari yang ke 141 dalam tahun 2009 ni. Apa perkara besar yang awak dah buat setakat ni? Sukati la, awak nak buat perkara besar ke, gila ke. Saya cuma nak tahu apa?"

"Perkara paling besar dan gila? Sudah semestinya bergandingan dengan awak. Awak tu semua nya besar. Kepala besar, lubang hidung pun besar. Memang takde perkara yang lebih besar dari itu"

Telatah DJ radio mengamitkan suasana pagi yang beransur terang. Bilangan kenderaan semakin bertambah di atas jalan raya. Aidan tidak ketinggalan memeriahkan kesesakan di jalan raya. Kereta Aidan sudah memasuki Kelana Jaya, tiba-tiba keretanya bergerak perlahan.

"Don't tell me this is happening to me. I can't believe my luck" Aidan memarahi dirinya sendiri. Apabila dia membuka hud keretanya, berkepul asap hitam keluar menyebabkan Aidan terbatuk. Setelah meneliti keadaan enjin, Aidan lantas mengemas barangnya dan bergerak ke jejantas.

"Daripada aku buang masa kat sini, lebih baik aku naik LRT. Aku tak mahu lambat masuk kerja. Nasib baik rosak dekat stesen LRT." Kata Aidan seorang diri sambil menelefon bengkel kereta untuk menarik dan membaiki keretanya.

Aidan menunggu sebentar sebelum komuter sampai ke stesen Kelana Jaya. Dia terus berebut masuk ke dalam sebaik sahaja pintu komuter terbuka. Nasib Aidan baik, dia dapat duduk di bangku memandangkan dia sedang membawa banyak barang yang bakal digunakan dalam 'presentation' pada hari itu.

Dalam Aidan duduk menunggu destinasi yang hendak ditujui olehnya, dia melelapkan mata buat seketika untuk merehatkan mata dan mindanya yang sedang mengantuk. Kekurangan tidur pada malam-malam yang lepas akhirnya menyebabkan Aidan keletihan.

Aidan sedang seronok dibuai kelelapan, tiba-tiba dahinya dipukul kuat oleh seseorang. Aidan membuka mata.

"Hannah!!! Apa kau buat disini?" Aidan melihat sekeliling. Dia masih berada di dalam LRT tadi namun, tiada seorang pun berada di dalam kecuali dia dan Hannah. Hannah kelihatan seperti malam tadi, berpakaian serba putih dan bertudung ala-ala Ekin. Cuma pagi ini, Hannah memegang senaskah surat khabar.

"Saya nak jumpa awak takkan tak boleh? Then, saya nak tanya awak. Kenapa awak buang bunga ros dalam tong sampah. Awak tak suka ke? Kalau tak suka, tak perlulah ambil" Hannah duduk bertentangan Aidan. Aidan kehairanan. Dia menoleh keluar komuter. Dimanakah aku sebenarnya? Kat luar tu memang Kuala Lumpur tapi kenapa lengang. Aidan berdiam memikirkan penjelasan sendiri. Hannah memukul Aidan sekali lagi menggunakan surat khabar yang dipegangnya.
"Kenapa awak diam? Awak bingung ye?" Hannah bergurau.

"Awak datang ni mesti nak minta pertolongan dari saya kan." Aidan mengagak.

"Saya datang bukan sebab itulah. Awak belum bersedia untuk tolong saya. Saya nak beritahu ini." Hannah tiba-tiba berdiri.

"Hari ini, awak akan menerima banyak berita. Berita-berita ini bakal mengubah hidup awak. Satu, berita dari seseorang yang awak sangat sayang. Lepas tu berita dari seseorang yang sangat awak kagumi, diikuti berita dari seseorang yang lebih besar dari awak. Tapi dalam semua berita-berita tadi, berita yang ada dalam surat khabar ini akan dapat membantu awak mengenali saya dengan lebih mendalam. Berita di mukasurat 7" Hannah mundar-mandir dihadapan Aidan. Surat khabar yang dipegang, dilambai-lambai depan Aidan.

"Kenapa tak terus terang je? Kenapa awak bagi berita-berita yang mengarut ni? Saya takde masa lah nak main dengan awak. Saya dah lambat nak masuk kerja dah ni" Aidan kelihatan bimbang. Kecantikan Hannah tidak dapat mententeramkan kerusahan hatinya.

"Awak tu yang jangan main-main. Bangun sekarang, jika tidak awak akan terlepas!!!" Hannah menunjuk ke arah pintu LRT yang terbuka luas.

"Bangun sekarang!!!" Hannah memukul Aidan dengan surat khabar itu lagi buat kali terakhir.

Aidan terus terbangun dari lamunan tadi. Orang di sekeliling memerhati Aidan. Aidan berada semula di dalam LRT yang sarat dengan penumpang. Pintu LRT pun terbuka.

"Ahh... dalam aku tidur, aku dah sampai rupa-rupanya." Aidan terus keluar dan menuju ke pejabatnya. Dalam berjalan, Aidan mengenang semula kata-kata Hannah.

"Berita-berita. Aku akan dapat berita?"


*********


Aidan tengah duduk menyiapkan kerja apabila Datuk Khairy, CEO Kaharrudin Architecture menyapanya.

"Aidan, 'presentation' awak tu dah siap ke? Jangan lupa lepas ni ada mesyuarat. If I'm not mistaken, this is your first presentation right, young man?"

"The presentation is ready, sir. Yes, this is my first presentation."

"Ohh... really. So, don't disappoint me this evening. Do your best and make me proud!!"

Datuk Khairy pun berjalan meninggalkan Aidan seorang diri. Hati Aidan berdebar-debar apabila bertemu dengan Datuk Khairy. Maklumlah, Datuk Khairy adalah seorang arkitek yang terulung di Malaysia dan rakan karib ayah Aidan, Encik Ariffin Ardan.

'Handphone' Aidan berbunyi.

"Assalamualaikum Umi. Kenapa Umi?" Aidan menjawab panggilan dari ibunya.

"Umi nak beritahu Aidan satu berita baik ni. Pasal adik kau ni, Aina. Dia dapat masuk University of Liverpool."

"Dia dapat Degree in English Studies yang dia apply hari tu ke? Wow, that's great. Bukan senang nak dapat English studies, especially for international student."

"Lepas tu Aina nak ucapkan terima kasih kepada Ashraf. Sebab Ashraf banyak tolong Aina dalam hal-hal application dulu. Dia kata esok malam, dia nak belanja satu family makan seafood"

"Haha, Aina nak belanja makan? Sudah tentulah boleh. Oklah, Umi. Ashraf tengah buat kerja sekarang. Petang nanti, Ashraf bawa balik hadiah untuk Aina. Sampaikan ucapan tahniah Ashraf kepada Aina" Aidan menyambung kembali kerjanya yang tertangguh. Dalam kepalanya teringat kata-kata seseorang.

"Hmm... berita dari seseorang yang saya sayang. Berita dari family ke?" Aidan bingung. Tiba-tiba, 'handphone' Aidan berbunyi sekali lagi.

Kali ini ayah Aidan, Encik Ariffin yang menelefon.

"Assalamualaikum Dad. Kenapa call Ashraf, Dad? Is there something happen?" Aidan bertanya.

"Nothing happen. Just that your mom told me that your car is broken. Is it serious? Have you send the car to the bengkel?"

"I already sent the car to Ah Chieong. Ah Chieong told me that the gearbox is malfunction, thats why the car can't move."

"Gearbox ay. Fixing that will cost you almost four thousands. Do you have money to pay him?"

"I got my savings"

"Don't disturb your savings. I will help you to pay for the fixes. Just promise me that you will jaga the car like you jaga yourself. Don't treat your car like your past girlfriends." Encik Ariffin tahu yang Aidan sememang mempunyai banyak bekas teman wanita sebelum ini kerana sifat ini sudah sebati dengan kaum-kaum adam keturunan Irish.

"I'm not that bad to women la dad. I've still jaga them with care and of course love. Haha... Ok dad, thanks a lot for helping me." Encik Ariffin sememangnya tegas kepada anak-anak. Namun dalam ketegasannya itu, dia tetap menunjukkan kasih sayang walaupun secara tersirat. Aidan tersenyum gembira. Nampaknya, dia tak perlu mengeluarkan duit simpanannya untuk membaiki keretanya yang rosak itu.

"Berita dari seseorang yang saya kagumi. My dad ke?" Aidan mengeleng-gelengkan kepalanya. Apa yang Hannah beritahu dia pada pagi tadi mengenai berita-berita yang bakal mengubah hidup Aidan, setakat ini menjadi kenyataan. Sekarang, dia cuma menunggu berita dari seseorang yang lebih besar darinya.

"Ohh.. aku belum lagi baca surat khabar hari ini. Hannah ada beritahu yang ada berita di mukasurat 7 yang boleh membantunya mengenali Hannah." Aidan mengingati kembali kejadian di dalam LRT pagi tadi. Aidan pun mencari surat khabar hari ini.

"Aidan, Datuk Khairy panggil awak sekarang. Mesyuarat akan berlangsung tak lama lagi. Dia suruh awak bersedia sekarang" Aidan disapa oleh pembantu Datuk Khairy. Aidan terus mengemas bahan-bahan yang diperlukan dalam mesyuarat itu nanti.


*********


Aidan keluar dari bilik mesyuarat dengan berdebar-debar. Mesyuarat tadi berjalan dengan lancar. Namun, dia perlu mendengar pandangan Datuk Khairy terlebih dahulu sebelum berpuas hati dengan persembahan dia tadi. Datuk Khairy pun keluar dari bilik mesyuarat.

"Aidan. Congratulations young man. You've done well. In fact, you've done very well for a new guy. I like your idea. Using more 'green technologies' within our architecture, that idea is innovative and creative."

"Thank you sir. Global warming is the main issue that I want to bring forward here. For me, building with excellent architecture and eco-friendly is the best solutions to overcome this global problem."

"You have a point there. I like you. You're young, creative, hardworking and innovative. Saya ada berita baik untuk awak. Awak pernah dengar tentang 'Project Paradise'?"

"'Project Paradise'? Projek pembangunan bandar pintar di Sarawak itu ke? Saya pernah dengar khabar angin. Projek Paradise adalah projek termahal di rantau ini. Kerajaan akan membangunkan satu kawasan di Sarawak untuk dijadikan sebuah bandar yang moden dan projek ini bakal mengundang pelabur-pelabur besar dari luar negara." jelas Aidan. Ayah Aidan pernah memberitahunya mengenai perkara ini.

"Ya, awak betul mengenai perkara itu. Syarikat ini berjaya mendapat tender untuk menjadi syarikat utama dalam menghasilkan rekabentuk bangunan dan infrastruktur di bandar pintar itu nanti dan saya mahu awak menyertai kami dalam projek ini. Awak setuju?" Tawaran Datuk Khairy adalah terlalu besar untuk Aidan namun ini adalah peluang keemasan untuk nya pergi lebih jauh.

"Saya setuju." Datuk Khairy menghulurkan tangannya kepada Aidan. Aidan berjabat dengan Encik Khairy.

"Saya memang berharap awak setuju. Saya akan suruh pembantu saya bagi portfolio mengenai 'Project Paradise' kepada awak" Datuk Khairy pun pergi meninggalkan Aidan yang masih teruja dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi.

Sambil berjalan ke tempat duduknya, Aidan berfikir,

"Berita dari seseorang yang lebih besar darinya. Sudah tentu berita dari Datuk Khairy, orang besar dalam syarikatnya itu" Sesudah sampai Aidan ke tempat duduknya, dia terpandang surat khabar diatas mejanya."

"Berita yang ada dalam surat khabar ini akan dapat membantu awak mengenali saya dengan lebih mendalam. Berita di mukasurat 7" kata-kata Hannah terngiang-ngiang dalam minda Aidan. Aidan terus membuka mukasurat 7 dalam surat khabar itu.

Terdapat berita mengenai kes bunuh, kes rogol, ekonomi negara dan lain-lain tetapi ada satu berita yang menarik perhatian Aidan.
"Gadis Melayu terkenal di bumi London. Seorang gadis Malaysia menjadi tumpuan masyarakat London serta golongan-golongan pereka fesyen terkemuka dunia kerana berjaya menghasilkan pakaian bermutu dan kreatif daripada kain Batik dan Pua Kumbu. Gadis tersebut, Illy Ilyas mengatakan bahawa tradisi dan keunikan Malaysia sendiri banyak mempengaruhi ciptaannya" Aidan berhenti membaca berita itu seketika.

"Illy Ilyas. Itu kawan aku waktu sekolah menengah dahulu. Apa kena mengena Illy dengan Hannah?" Aidan keliru. Dia dapat merasakan bahawa Hannah menyuruh dia membaca berita ini. Dia dapat merasakan bahawa berita ini dapat membantunya mengenali Hannah. Dia sambung baca berita itu lagi.

"Illy sekarang sedang berada di Malaysia untuk berehat seketika sebelum meneruskan pertunjukan fesyen Batik dan Pua Kumbunya ke beberapa bandar besar di seluruh dunia seperti New York, Sydney, Paris dan Tokyo minggu depan. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Illy Ilyas melalui, nombor telefon, laman web dan e-mail seperti yang tertera di bawah." Aidan perlu berjumpa dengan kawan lamanya itu. Aidan perlu berjumpa dengan Illy. Dia pun menelefon Illy.

"Hai, Illy. It's me, Ashraf Aidan. I heard that you're in town for a week. Boleh kita jumpa malam ni? Dinner perhaps? Really, good. I'll come pick you up around 8. By the way, rumah you still kat Damansara ke?"

1 comment:

Fathurrahman Lananan said...

sik sabar kmk nak tunggu perkembangan cerita tok, its begin to get into the interesting part,..

to eyda and kayrun, even kmk tok roomate apiz pun kmk sik tauk gik apa yg akan berlaku dlm cita tok,.. jadi, sama la kita, heehe,..

Related Posts with Thumbnails