Nuffnang..

Nuffnang

Tuesday, November 17, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 08 - Port Dickson >

"Are we there yet?" Aina menjerit dari belakang. Kereta Grand Livina Puan Norlia memecut laju menuju ke Port Dickson. Aidan dan Daniel duduk di hadapan manakala Winnie dan Illy sedand duduk di belakang bersama Aina.

"Aina, boleh tak jangan bising? Tadi abang dah larang Aina ikut tapi Aina degil. Sekarang ni ganggu suasana happy semua orang dalam kereta ni." Marah Aidan.

"Aidan, tak payah la nak marah Aina. Biar la dia ikut. Nanti kalau Aina dah kat England, dia takkan merasa lagi keindahan tanahair sendiri." Kata Illy sambil senyum kepada Aidan. Aidan cuma diam dan memandu dengan penuh konsentrasi.

"That's right. Apa yang kakak Illy cakap adalah betul. Bak kata pepatah 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri'. Betul tak apa yang Aina cakap, kak Winnie?" Aina bertanya pula kepada Winnie.

"Sorry Aidan tapi she's got a point there." Winnie rasa serba salah untuk berkata.

"Ok guys. Daripada kita bertekak memanjang dalam kereta ni, lebih baik kita dengar lagu dan enjoy the journey." Daniel menyambung iPodnya ke sistem audio dan terus memainkannya. Lagu pertama yang dimainkan ialah lagu 'I'm Yours' nyanyian Jason Mraz. Winnie, Illy dan Aina melenggok-lenggokkan kepala mengikut rentak gitar dalam lagu tersebut. Aidan pun menyanyi lagu tersebut dengan penuh perasaan. Kereta yang dipandu meluncur pantas menuju destinasi yang dituju. Ternyata lagu yang dimainkan oleh Daniel telah memeriahkan lagi perjalanan yang panjang ke Port Dickson.


********


"This is so spectacular. I love this" Aina berlari ke arah laut sebaik sahaja sampai di Pantai Teluk Kemang. Aidan dan yang lain mengikutinya dari belakang.

"Aidan, I think that here is the best spot to set up our BBQ." Beritahu Winnie sambil menunjuk ke arah tapak BBQ berdekatan dengan pantai. Daniel yang membawa makanan menurut perintah Winnie. Aidan pula sedang menunggu Illy untuk keluar dari kereta.

"Princess Illy, bila lagi nak keluar? I nak lock kereta ni." Aidan berdiri di luar pintu kereta. Daniel dan Winnie sedang mengemas tapak BBQ. Aina pula sedang bergembira bermain dengan air. Setelah menunggu lama, Illy pun keluar dari kereta.

Sebaik sahaja Illy keluar, Aidan tergamam melihat kecantikan Illy. Angin bayu laut meniup mesra rambut ikal Illy. Bau harum semerbak Illy merentap konsentrasi Aidan dari realiti. Bagi Aidan, hanya Illy yang berada dalam dunia fantasinya itu. Illy, cinta yang tidak akan tercapai.

"Hello, Aidan!! Wake up!!" Illy memanggil Aidan. Dia sudah berjalan jauh dari Aidan menuju ke tapak BBQ yang dipilih oleh Winnie tadi.

"Sorry." Aidan terkejut dari lamunan. Dia mengunci kereta dan terus lari mendapatkan Illy. Setelah siap menyediakan tapak BBQ, mereka semua duduk sambil berehat, melihat ke arah lautan biru yang luas terbentang. Mereka semua menjamu mee hoon goreng yang dimasak dan dibawa oleh Illy dari rumah sementara menunggu daging dan ayam dipanggang.

"Winnie. Temankan I ke toilet, boleh tak?" Ajak Illy. Dia memandang ke arah Winnie. Winnie mengangguk setuju. Mereka berdua angkat dan berjalan ke arah tandas awam yang terletak tidak jauh dari tempat rehat mereka. Mata Aidan tekun memerhati Illy dan Winnie.

"Aidan!! Kenapa dengan kau? Dari tadi aku lihat kau memerhati Illy. Kau masih cintakan dia ke?" Daniel bertanya kepada Aidan. Mukanya serius bertanya namun Aidan hanya tersenyum mendengar pertanyaan Daniel.

"Kau tak perasan ke? The rock on her finger. She's already engaged." Suara Aidan lemah berkata. Daniel terkejut mendengar pernyataan Aidan.

"I still do love her but she's already belong to someone else. Hasrat aku terhenti sebaik sahaja dia menyarung cincin itu di tangannya." Aidan menyambung lagi.


********


"Wow, that's beautiful." Kata Winnie sambil menunjuk cincin pertunangan Illy. Illy tersenyum mendengar pujian Winnie.

"Thank you. You want to have a closer look?" Winnie mengangguk sambil senyum. Illy menyerahkan cincinnya kepada Winnie.

"Kalau tak silap aku, this is pink diamond. Pink diamond the most rare and valuable diamond in the world. This so beautiful. Berapa carat?" Winnie meneliti cincin dengan sebaik mungkin.

"You're right. Pink diamond it is and the diamond is almost 70 carat. My fiancée import the diamond from Argyle mine, a diamond mine in Australia. One more thing, this ring was also designed by my beloved fiancée. This ring is one of a kind." Beritahu Illy sambil mengambil semula cincinnya dari Winnie. Winnie hanya mampu senyum sumbang mendengar pernyataan Illy. Mereka berdua sememang tidak pernah serasi dari dulu lagi.


******


"Kak Winnie, nak main kayak kat laut? Jom la kita main. Abang tak bagi Aina pergi sorang-sorang" Aina memujuk Winnie. Winnie berhenti membaca buku. Dia melihat ke arah Aina.

"Kenapa tak ajak abang Daniel or even better ajak kak Illy. She's from Australia, the world capital for extreme activities." Winnie beritahu sambil tersengih. Dia melihat Illy yang sedang bersantai di bawah sinaran matahari.

"Aku tak pandai berenang." Daniel berterus terang kepada Winnie. Aina dan Winnie ketawa mendengar pengakuan Daniel.

"Winnie. Kau tolong temankan Aina je lah. Please, do it for me." Pujuk Aidan. Winnie mengeluh panjang. Dia angkat dari santai dan membawa Aina menuju ke arah pondok menyewa kayak.

"Thanks dear for doing the favour. Don't worry, kayaking is not that extreme." Illy senyum sambil memakai cermin mata hitam Diornya. Cahaya matahari yang memancar membuatkan pandangan Illy silau. Apabila Winnie dan Aina sudah tidak kelihatan, Aidan pun duduk mendekati Illy. Kemudian dia pun melihat ke arah oDaniel. Tangan Aidan melambai perlahan Daniel, memberi isyarat rahsia kepada kawan karibnya itu.

"Ohh, I almost forgot. Aku terasa macam nak tunggang kuda la pulak. I leave both of you here, aku nak cari kuda untuk aku sewa. Maybe kat belakang tu ada kuda liar kot." Daniel terus berjalan meninggalkan Aidan dan Illy berdua.

"Aidan, I know what are you up to now and I must say that you don't have any chance on winning me back." Illy berkata sambil senyum melihat Aidan. Aidan membalas senyuman Illy lalu berkata,

"Won't hurt trying." Aidan angkat dan berjalan mendekati bekas cooler. Dia mengambil keluar dua tin minuman dan terus duduk semula di sebelah Illy. Dia menghulurkan air tin Nestea Lemon Ice kepada Illy.

"I'm impress. You masih ingat my favourite drink." Illy pun minum air yang baru sahaja diberi oleh Aidan kepadanya.

"Actually, I still remember a lot more of your favourites. So, next week you're going to Sydney, kan and then New York if I'm not mistaken. Bila you akan balik ke Malaysia lagi?" Aidan bertanya kepada Illy.

"Ya, next week kat Sydney. I will spend almost a week there, attending the fashion week and spending precious time with my old friends. Kat New York, hanya for 3 or 4 days then I will be back here in Malaysia." Illy beritahu Aidan. Illy membuka topi yang dipakai olehnya. Rambut Illy yang ditiup lembut oleh angin bayu sekali lagi memikat hati Aidan terhadap bekas buah hatinya itu.

"Nampaknya you masih teringatkan tanahair yang tercinta or you tak boleh berjauhan dengan I. That's why you balik semula ke Malaysia." Gurau Aidan. Dia memandang terus ke Illy, untuk melihat sendiri expresi wajah wanita itu.

"Aidan, dream on. I balik ke Malaysia bukannya rindukan you. I got a lot more reasons being back here in Malaysia and you isn't one of those reasons." Illy ketawa melihat Aidan. Ternyata Aidan kecewa mendengar jawapan Illy.

"So, apa reason you balik ke Malaysia?" Aidan bertanya untuk mendapat kepastian.

"First of all, Malaysia is still my beloved country. Secondly, my family, my grannies, relatives and also my old friends are still living here. Lastly, I need to be back here just to being near my love. You nak sausage panggang?" Illy mengejutkan Aidan yang sedang mengelamun. Aidan mengangguk.

"Just to being near your love? Siapa? Benjamin nak datang ke Malaysia?" Aidan bertanya. Illy menghulurkan makanan yang diminta oleh Aidan tadi.

"Of course Benjamin. You ingat siapa? Benjamin is not just coming here, he will be staying here, with me after our marriage. I'm so excited." Sebaik sahaja Illy beritahu berita tadi, selera Aidan terus hilang. Aidan bagaikan menerima tamparan untuk menyedarkan dirinya dari mimpi yang tiada penghujung.

"You nak kahwin? Bila? Congrats!" Aidan menyoal lagi. Kegembiraan yang ditunjuk hanyalah lakonan palsu mainan Aidan. Kesugulan hati telah pun dilontar jauh nun ke Selat Melaka.

"Insyaallah, end of this year." Wajah Illy tersenyum gembira memberitahu berita baik itu kepada Aidan. Namun dia tidak tahu yang Aidan sebenarnya bersedih dalam senyuman.

Tiba-tiba Daniel berlari pantas ke arah Aidan dan Illy.

"Aidan, cepat!! Kayak Aina dan Winnie terbalik di pukul ombak!!" Daniel tercungap-cungap dihadapan Aidan. Tanpa membuang walaupun sedetij, Aidan terus berlari ke arah lautan. Matanya liar mencari kayak, Aina dan Winnie. Dalam kekalutan, Aidan ternampak Aina sedang menjerit meminta tolong sambil bertahan pada kayak terbalik tersebut. Winnie pula masih tidak kelihatan.

Aidan berlari dan terus terjun ke dalam laut. Dia berenang pantas menuju ke arah Aina. Sebaik sahaja Aina ternampak Aidan mendekatinya, dia menjerit nama abangnya.

"ABANG ASHRAF!!!"

Aidan berenang sekuat hati. Dia sudah lama tidak berenang, staminanya hilang dengan cepat. Apabila Aidan sampai dekat kayak tersebut, Aina terus memeluk abangnya dengan erat.

"Aina, you will make both of us drown!! Don't panic and stay calm!! Mana kak Winnie?" Aidan melihat sekeliling. Kelibat Winnie masih tidak kelihatan. Tiba-tiba bahu Aidan disapa.

"Hei, awak boleh bawa dia ke pantai. Nanti saya cari perempuan yang satu lagi." Seorang lelaki memberi arahan kepada Aidan. Lelaki tersebut terus menyelam untuk mencari Winnie. Aidan berenang menuju ke pantai bersama Aina yang erat dipeluknya.

"Mana Winnie?" Daniel bertanya. Dia melihat Aidan berjalan ke arahnya dengan hanya membawa Aina. Setelah menyerahkan adiknya kepada Daniel dan Illy, Aidan terus berlari semula ke arah laut untuk mencari Winnie walaupun dia nampak keletihan.

Belum jauh Aidan berjalan ke dalam laut, lelaki tadi keluar berjalan dengan membawa Winnie yang tidak sedarkan diri. Aidan menarik nafas lega apabila melihat kawannya itu selamat. Daniel melompat-lompat kegembiraan. Illy pula duduk bersama Aina, melihat lelaki tersebut datang ke arah mereka semua.

"Thanks a lot encik." Daniel mendekati lelaki tersebut. Dia meletakkan Winnie dibawah. Dia meihat ke arah Aidan dan Daniel lalu berkata,

"Do you want me continue helping her or one of you guys can give her CPR yourself?" Mereka semua melihat antara satu sama yang lain.

"I know CPR. I ni bekas PBSM." Aina mendekati Winnie yang masih pengsan.

"You're a life saver. Kalau you tak ada, Winnie would be a goner." Kata Illy. Aidan merenung Illy tajam.

"Again, terima kasih." Giliran Aidan berterima kasih kepada lelaki tersebut. Kedengaran Winnie terbatuk-batuk sambil tercungap-cungap mendapatkan udara. Dia melihat sekeliling. Dia masih berasa pening kerana terminum dengan banyak air laut. Dengan bantuan Aina, Winnie berdiri dan berjalan mendekati lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya tadi.

"Thank you, Mr...."

"Razdan. Nama saya Razdan." Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

2 comments:

eya eyda said...

sapakah lelaki misteri itu....?hua2...menarik...razdan..aidan....mcmsama jak nama...he3...

Al-Hafyz said...

haha... wait and see... kebetulan nama hampir sama, kmk sik terpikir pun... hahaha...

Related Posts with Thumbnails