Nuffnang..

Nuffnang

Sunday, November 15, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 07 - Teman >

"Uncle bangun. Opah panggil. Bangun uncle." Alia memanggil Aidan sambil melompat-lompat d iatas katil. Aidan yang sedang nyenyak tidur terus bangun. Dia duduk di tepi katil sambil mengenang kembali mimpi-mimpi yang dialami sepanjang malam tadi.

Alia masih melompat-lompat diatas katil. Wajah kecil yang ceria membuatkan Aidan berasa senang untuk bangun awal pagi ini.

"Baby Alia, mana papa and mama?" Aidan menyoal anak buahnya itu.

"Papa and mama keluar kerja. Alia datang nak main dengan atuk, opah, uncle, auntie. Opah suruh Alia kejutkan uncle. Bangunlah uncle. Mama cakap kita tak leh bangun lewat, nanti mama tak nak belanja ice-cream" jawab Alia. Aidan senyum mendengar celoteh Alia. Walaupun baru berumur 5 tahun, namun Alia sudah pandai berkata-kata seperti budak tahun satu.

"Nanti uncle belanja Alia ice-cream, nak tak?" Apabila Alia mendengar apa yang Aidan cakap, dia terus melompat gembira.

"Yay...!!! Alia nak ice-cream chocolate, campur strawberry. Alia nak besar-besar tau."

"Ok. Alia turun dulu beritahu opah yang uncle akan turun sekejap lagi. Petang nanti, kita keluar beli ice-cream Alia, pastu pergi Cosmo's World." Alia terus melompat turun dari katil Aidan dan berlari keluar dari bilik tidur. Aidan ketawa melihat gelagat Alia tadi.

Aidan bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk mandi. Ketika Aidan melangkah masuk ke dalam bilik air itu, dia teringat kembali mimpinya malam tadi. Mimpi dia bersama Hannah pergi ke Samoa, hanya dengan melangkah masuk ke dalam bilik air Aidan.

"Alangkah baiknya jika aku boleh travel macam dalam mimpi malam tadi. Banyak negara yang ingin aku lawat. Banyak tempat yang ingin aku lihat. Dunia ini sungguh luas untuk diteroka. Terdapat banyak lagi tempat di muka bumi ini yang belum dicapai oleh manusia. Kalau boleh aku nak pergi ke segenap pelosok dunia. Aku ingin lihat semua." Aidan berkhayal dalam mindanya.

Sesudah selesai mandi, Aidan urun ke bawah untuk bersarapan. Puan Norlia sedang berada di dapur manakala Alia sedang menonton rancangan kartun di televisyen. Aidan duduk di meja makan dan melihat hidangan sarapan yang telah disediakan di atas meja.

"Wah, nasi lemak dan kuih donat. Dah lama dah Ashraf mengidam nak makan nasi lemak. Mana dad dengan abang? umi." Aidan bertanya sambil menuang nescafe ke cawannya.

"Dad awal pagi dah pergi Palm Garden main golf dengan Datuk Khairy dan Datuk Selvam. Abang terpaksa ke Johor hari ini, ada urusan dekat Iskandar Johor. Ashraf tak ke mana-mana hari ini kan? Ashraf teman umi nanti. Boleh?" Puan Norlia mendekati Aidan yang sedang berselera makan. Aidan mengangguk sambil melihat ibunya.

"Boleh, umi. Nak temankan umi ke mana? Nanti Ashraf nak bawa Alia jalan-jalan kat Times Square, bawa main kat Cosmo." Aidan memberitahu ibunya. Dia menambah lagi nasi ke dalam pinggannya.

"Umi nak Ashraf temankan umi pergi butik kak Jasmin je. Hari ini banyak stok kain dan baju datang. Kak Jasmin kerja sorang-sorang. Kesian umi tengok. Nanti Ashraf teman umi tolong kak Jasmin, ok?" Tanya Puan Norlia.

"Ok. No problem." Aidan senyum melihat ibunya.


********


"Mama, Alia nak ice-cream. Uncle Ashraf dah janji nak bagi ice-cream besar dan pergi Cosmo." Alia menarik baju ibunya, kak Jasmin. Namun kak Jasmin sedang sibuk meneliti kotak-kotak yang baru sahaja sampai ke butiknya itu.

"Alia, jangan kacau mama. Mama tengah sibuk tu. Jom ikut opah pergi kedai tu. Kat sana ada jual ice-cream." Pujuk Puan Norlia. Alia berlari mendapatkan tangan opahnya itu. Mereka berdua pun berjalan menuju ke 7 Eleven yang berada di seberang jalan. Aidan pula sedang sibuk mengangkat kotak ke dalam stor.

"Sorry Ashraf. Menyusahkan Ashraf je tolong kak Jasmin." Cakap kak Jasmin.

"Takpe kak. Ashraf pun takde apa-apa plan hari ni." Aidan berdiri sebentar setelah letih mengangkat kotak tadi. Jasmin melihat Aidan keletihan.

"Ashraf haus. Nanti kak Jasmin buatkan air. Ashraf tunggu ye." Kak Jasmin pun berjalan ke belakang butik. Kedengaran pintu butik dibuka. Aidan menoleh ke belakang melihat siapa yang baru masuk tadi.

"Hei. Is that you, Aidan?" Aidan terkejut apabila melihat Illy berada di hadapannya.

"Tak sangka boleh jumpa dengan you di sini. Apa yang you buat kat butik ni? Nak beli baju dengan sweetheart baru ke?" Illy menyindir Aidan.

"Taklah. I tengah tolong kakak ipar I uruskan stok kedai." Jawab Aidan. Dia berjalan mendekati Illy.

"No way. Kak Jasmin is your sister-in-law. What a small world after all." Illy ketawa apabila mendapat tahu perkara itu. Kak Jasmin keluar dari belakang butik.

"Welcome Illy Ilyas. Welcome to Jannah's Boutique. I'm honored to have such a talented designer in my boutique." Kak Jasmin mendekati Illy lalu bersalaman dengannya.

"Thank you kak Jasmin. No, I'm the one that should felt honored. I'm honored that your boutique agree to accept my collections." Illy membalas salam kak Jasmin.

Kak Jasmin membawa Illy ke sebuah rak baju. Mereka berdua sedang rancak berbual. Aidan sedang duduk sambil minum minuman yang dibuat oleh kak Jasmin sambil melihat kakak iparnya bersama bekas teman wanitanya. Mata Aidan tertumpu kepada kecantikan Illy yang sedang berada dihadapannya itu. Sekali-sekala Aidan dapat menangkap lirikan anak mata Illy mencuri lihat dirinya.

Setelah lama berborak, mereka berdua berjalan kembali ke Aidan.

"Next week saya akan ke Sydney, kemudian terus ke New York. Kalau ada apa-apa hal, kak Jasmin boleh call pejabat saya. Ini number baru office saya." Kata Illy sambil menghulur sekeping kad kepada kak Jasmin. Puan Norlia masuk bersama ke dalam butik bersama Alia yang sedang menangis. Baju Alia kotor dengan ice-cream.

"Tadi, ice-cream Alia jatuh. Bila umi nak belikan semula, dia merajuk terus menangis." Kata Puan Norlia. Kak Jasmin mengambil Alia dan membawanya ke belakang butik.

"Illy, dah lama dah tak jumpa. Illy sihat? How's your family?" Puan Norlia mendekati Illy.

"Illy sihat, auntie. Family pun sihat." Illy bersalaman dengan Puan Norlia.

"Illy borak-borak dulu dengan Aidan. Auntie nak tengokkan Alia tu." Puan Norlia menyusul kak Jasmin dari belakang.

"Cute la niece you and dah lama dah tak jumpa your mum." Kata Illy sebaik sahaja Puan Norlia hilang ke belakang butik.

"Mesti la cute. Tengok siapa unclenya" Kata Aidan sambil ketawa. Illy pun turut ketawa. Kemesraan antara mereka berdua jelas kelihatan.

"Esok hari Ahad. You free tak tomorrow evening? Kita keluar nak tak?" Ajak Illy.

"Esok petang? Boleh kot. I pun takde plan. You nak keluar mana? You nak ajak sekali Daniel and Winnie? Both of them are dying to meet you." Cakap Aidan. Illy mengangguk setuju.

"Pagi esok, I kena tolong kak Jasmin kat butik. Around 12, kami pick you up. You nak pergi mana?" Cakap Aidan lagi. Illy diam sejenak untuk berfikir.

"Kita pergi Port Dickson nak" Cadang Illy.

"No problem" Jawab Aidan.


********


"Esok pergi Port Dickson dengan Illy!!! Count me in!!!" Jerit Daniel apabila mendengar apa yang Aidan baru beritahu. Mereka berdua sedang berlari pantas di atas treadmill masing-masing. Winnie pula sedang duduk menatap laptopnya.

"Hopefully, Daniel will behave tomorrow. Nanti buat malu, jatuh dalam longkang lagi. Aku tak nak mengaku kawan macam tu." Ketawa Winnie.

"Winnie. Kau ni, bab menyindir kaulah nombor satu. Kenapa kau datang kat gym kalau kau tak workout langsung." Kata Daniel.

"Working out is not my thing la. Aku datang ni nak teman korang berdua. Besides that, aku nak update gossip-gossip terbaru with Aidan. Itu pun tak boleh ke?" Jawab Winnie. Tangannya ligat menaip.

"Takde gosip terbaru. Cuma aku lupa nak beritahu something about my work yesterday." Kata Aidan. Dia turun dari mesin treadmill dan duduk sebelah Winnie. Winnie memberi Aidan tuala untuk mengelap peluh.

"Beritahu apa Aidan?" Tanya Daniel. Dia pun turun dan duduk di depan Aidan.

"It's nothing. Datuk Khairy offer aku join group dia for architectural development of 'Project Paradise'. Aku setuju nak join." Beritahu Aidan.

"That's not nothing la bro. It's something good. Congratulation Aidan. We should celebrate." Daniel gembira mendengar berita tersebut.

"'Project Paradise'? Itu projek mega yang dijalankan oleh kerajaan dengan bantuan some international companies. Tapi lately, aku dengar rumors about the project. Aku lupa what are the rumors, but it has something to do with the management."

"By management, you mean Datuk Zabry Zuhaili, the head project of 'Project Paradise'. The one and only Datuk Daud Dahlan, menteri di pejabat menteri itu ke?" Tanya Aidan.

"Yes, that's him." Kata Winnie. Tiba-tiba Daniel bertanya.

"Kenapa dengan Datuk Zabry? Ada kes rasuah ke? Skandal dengan sekretari? Tell me more!!" Daniel duduk semakin dekat dengan Winnie dan Aidan.

"That's enough Daniel. Aku tak suka cakap about politik ni. Politics are too twisted. Once you involved into one, it will never let you go." Cakap Aidan. Suasana menjadi diam seketika. Hanya irama muzik senaman kedengaran bergema di dalam bilik gym itu.

"Winnie, bila kau pergi Penang?" Aidan bertanya memecah kesunyian.

"Lusa. Education seminar tu will take 3 days. Wednesday aku balik. Siapa yang akan hantar aku ke KLIA and siapa yang akan jemput aku balik?" Kata Winnie. Dia menutup laptopnya.

"Aku hantar kau and later Aidan will jemput kau." Daniel menjawab sambil berdiri.

"Ok. You guys dah habis ke? Kita keluar makan lepas ni. I'm totally famish." Cadang Winnie.

"Aku dah habis. Daniel, I hit the shower first." Aidan pun berjalan ke arah bilik loker lelaki.

"No problem." Daniel mengikutinya dari belakang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails