"That guy is totally a hunk. My 'Lelaki Melayu Terakhir' before going away to England. Kak Winnie is so lucky." Aina beriya-iya menceritakan kisah di Port Dickson kepada Encik Ariffin dan Puan Norlia. Mereka sedang duduk di ruang tamu bersama sambil minum teh dan keropok ikan yang digoreng Puan Norlia sebentar tadi. Aidan cuma tersenyum mendengar cerita adiknya itu.
"Nasib baik your brother and that guy was around. You should be thankful to your brother." Encik Ariffin berkata dengan nada tegas.
"Kan Umi dah beritahu pagi tadi, jangan nak pandai-pandai nak main laut. Kan Aina tak pandai berenang, Aina ni degil betul la." Marah Puan Norlia. Aidan mengangguk mendengar nasihat Puan Norlia sambil tersenyum.
"I know Umi and I'm sorry. Aina teringin sangat nak main kayak tadi and Aina ada pakai lifejacket. Cuma Aina didn't expect the wave to be so strong. Sampai terbalik kayak dibuatnya. Terima kasih banyak-banyak again to abang Ashraf for saving me." Aina membaling bantal kerusi ke arah Aidan. Aidan mengelak bantal yang dibaling oleh Aina dan terus berjalan ke arah tangga.
"Dad, Umi. Ashraf naik dulu. Nak tidur awal malam ni. Ashraf is so tired today and esok kan working day." Encik Ariffin dan Puan Norlia mengangguk mengerti. Aidan terus berjalan ke arah biliknya.
Selesai mandi dan sembahyang, Aidan merebahkan dirinya diatas katil dan terus melelapkan matanya. Walaupun matanya tertutup, Aidan dapat merasakan hembusan angin malam yang kuat bertiupan dalam biliknya.
Tiba-tiba katil Aidan bergegar. Aidan membuka matanya. Suasana sekeliling berubah sama sekali. Kipas angin yang ligat berpusing kini sudah tiada, diganti oleh kerlipan jutaan bintang dan cahaya sang bulan. Aidan membangunkan dirinya. Dia terkejut apabila melihat katilnya sedang berada di tepi pantai.
"Kita sekarang kat Samoa." Kata Hannah. Dia sedang duduk dihujung kaki katil.
"Pantai yang kita lawat hari tu ke?" Soal Aidan.
"Ya." Jawab Hannah. Dia mengatur posisi badannya agar menghadap Aidan yang masih baring diatas katil.
"Kenapa kali ini awak bawa sekali katil saya? Kenapa tak guna pintu toilet saya saja?" Aidan bertanya. Ini adalah kali pertama dan mungkin kali terakhir untuk Aidan baring di atas katil menghadap ke arah lautan pada waktu malam.
"Saya bawa katil awak terbang. Awak jangan hairan sebab saya memang ada lesen bawa katil terbang ke mana-mana yang saya mahu." Gurau Hannah.
"Dengan hanya menutup mata, awak boleh pergi ke mana-mana. Sekarang awak boleh terbangkan katil la pulak. Awak ni penuh dengan kejutan." Kata Aidan.
"Bila awak dalam mimpi, semua kejutan boleh jadi kenyataan. Awak cuma perlu belajar untuk merealisasikan segala impian yang awak pendam." Terang Hannah. Senyuman manis Hannah menambat hati Aidan. Mata Hannah bersinar bak bulan menyinar cahayanya ke atas bumi.
"Saya cuma perlu belajar? Dengan siapa saya boleh belajar? Awak macam tak nak ajar saya." Aidan sengaja berkata begitu. Dia mahu Hannah mengatakan sesuatu.
"Siapa kata saya tak nak ajar? Saya tak lokek ilmu lah. Saya akan ajar awak." Aidan senyum mendengar Hannah.
"Awak kena janji yang awak akan ajar saya dan akan jumpa saya tiap-tiap malam." Kata Aidan.
"Saya janji akan ajar awak." Kata Hannah pula.
"Dan... Awak lupa sesuatu ke?" Aidan mengingatkan Hannah. Hannah senyum melihat Aidan. Dia sebenarnya sengaja lupa.
"Dan saya janji akan jumpa awak tiap-tiap malam." Sambung Hannah.
"Janji?" Aidan berkata untuk mendapat kepastian.
"Janji." Hannah berkata sambil tersenyum ke arah Aidan.
********
Sementara itu di Damansara,
"I really really miss you. I can't wait for Wednesday." Illy sedang leka bercakap dihadapan monitor laptopnya sambil duduk diatas katil. Setelah dihantar balik ke rumahnya oleh Aidan, Illy terus mandi dan kemudiannya menelefon tunangnya.
"Wednesday is not that long. I also miss you dear. I promise you that the first thing I will do is to hug you and will never leave you again. By the way, I bought you something." Kata Benjamin sambil mengangkat sebiji kotak yang bereben hijau muda. Illy menepuk tangan kegembiraan.
"Dear, I want to have my beauty slumber now. Promise me tomorrow night we chat again k." Illy angkat dari katilnya.
"Ok Honey. Dream about me tonight." Kata Benjamin. Illy terus menutup laptopnya. Dia mengangkat laptopnya dan meletakkan laptop tersebut di atas rak buku. Illy berjalan ke arah bilik air. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia mengangkat sekeping gambar yang terselit di dalam diari lamanya.
Dalam Illy merenung gambar itu pintu biliknya diketuk.
"Illy tak tidur lagi." Ibu Illy menegurnya.
"Kejap lagi tidur la mommy." Jawab Illy lembut.
"Tadi Illy chatting dengan Ben kan? So how is my soon-to-be son-in-law? Sihat?" Ibu Illy masuk ke dalam bilik dan mendekati anaknya itu.
"Ben is fine. Dia tak sabar nak datang ke Malaysia and he bought me something. I'm so excited." Kata Illy. Ibunya senyum mendengar.
"So, apa ni?" Tanya ibu Illy sambil mengambil gambar lama tersebut dari tangan Illy.
"That's nothing la mommy. Only old stuff." Kata Illy. Dia ingin merampas kembali gambar tersebut tetapi ibunnya sempat mengelak.
"Old stuff? Ini gambar waktu Illy highschool. Is this Ashraf Aidan, your ex-boyfriend? You and him look so happy and secocok together that time. Apa yang Illy buat dengan gambar ni? Illy rindu ye?" Kata ibu Illy sambil memberi semula gambar tersebut kepada anak perempuannya.
"Rindu with Aidan? Please la mommy. Illy cuma rindu with Benjamin la." Kata Illy sambil mendekati pintu biliknya. Dia senyum kepada ibunya sambil bermain-main dengan pintu bilik itu. Ibunya faham, dia terus keluar dari bilik Illy.
"Jangan tidur lewat sangat dear." Suara ibu Illy hilang sebaik sahaja Illy menutup pintu biliknya.
"Rindu?" Illy mengangkat semula gambar lama tersebut. Dia tersenyum sambil mengenang semula kenangan nostalgia dia bersama Aidan.
********
Pada waktu yang sama di Lebuhraya PLUS,
"Everything is according to plan? I hope we can settle this as soon as possible." Kereta Neo hitam memecut laju keheningan malam. Di dalam kereta tersebut, seorang lelaki sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.
"Setakat ni, semua sedang berjalan dengan lancar. I've made contact with the target this evening. We need to be ready for next Wednesday. From that moment, our action need to be fast and precise." Razdan menjawab pertanyaan tadi.
"That's right. May I ask one question, awak kat mana sekarang?" Tanya suara misteri tersebut.
"Sekarang ni, on my way ke Penang. Saya nak jumpa seseorang. There's one person that I need to know better and I'm going to meet her 'accidentally' there." Jawab Razdan.
"By 'her' do you mean our target?" Razdan ketawa apabila mendengar soalan suara misteri itu.
"Bukan our target tapi someone yang boleh bawa kita dekat to target sebenar kita." Razdan membuka tingkap kereta. Angin malam telah menyegarkan matanya yang telah mula mengantuk.
"Bawa kita semakin dekat dengan target kita?" Suara misteri tersebut ketawa panjang dan terus diam. Razdan meletakkan handphonenya di tepi pintu kereta.
"Dekat." Kata Razdan sambil melihat khusyuk ke arah jalanraya.