Bunyi deruan angin diselangi bunyi pukulan ombak laut sungguh mengasyikan, membuatkan Aidan leka baring diatas butiran pasir putih. Keadaan yang sungguh tenang amatlah diperlukan oleh Aidan yang kini sedang sibuk dalam urusan kerjanya itu.
"Awak!! Bangun awak." Hannah memanggil Aidan yang sedang selesa baring di atas pantai. Aidan membuka matanya. Anak matanya sedang ligat mencari Hannah. Hannah tersenyum melihat Aidan yang terpinga-pinga mencarinya.
"Saya masih tak faham dengan awak la. Sekarang kita tengah dalam mimpi, awak masih boleh nak tidur? First time saya tengok orang tidur dalam mimpi." Kata Hannah. Tangan Hannah menghulur kelapa muda kepada Aidan.
"Awak tak pernah mimpi yang awak masuk tidur semula dalam mimpi ke? Macam perkara biasa je saya tengok dalam cerita melayu. Dan sekarang ni awak bagi saya minum air kelapa. Walaupun air ni sedap sangat-sangat tapi bila saya bangun nanti, semua ni hanyalah mimpi." Jawab Aidan sambil meneguk air kelapa yang diberi Hannah tadi.
Hannah hanya senyum melihat Aidan.
"Ada perkara yang tidak dapat diterangkan begitu sahaja. Yang penting, awak hanya perlu nikmati semua yang ada." Hannah berhenti melihat ke arah Aidan. Permandangan lautan yang luas pula menjadi tatapan perempuan bertudung itu.
"Awak tahu tak, muka awak ni unik la. Not a typical Malaysian face." Kata Aidan. Dia meletakkan kelapa ke bawah.
"Mestilah tak sama. Saya ada darah kacukan juga. Bukan awak seorang je yang ada mixed blood tapi kacukan saya tu takde la diimpot khas dari barat. Saya punya bloodline asal dekat-dekat sini je." Jawab Hannah. Dia melihat semula ke arah Aidan.
"My father punya family asal dari Indonesia. My mother pula ada darah cina." Aidan mengangguk faham.
"Patutla awak cantik. Kecantikkan awak sungguh mempesonakan. Bagaikan melihat sinar mentari emas di ufuk barat. Sinar kuning keemasan senja yang disukai ramai." Aidan berkata. Hannah hanya senyum tersipu-sipu.
Tiba-tiba Hannah memetik jarinya. Keadaan berubah serta-merta. Awan putih bergerak dengan pantas. Bayang-bayang pokok kelapa berubah menjadi panjang kerana perubahan kedudukan matahari. Bayang-bayang Aidan dan Hannah turut berubah. Dengan sekelip mata, suasana siang tadi menjadi senja.
"Wow. That's interesting." Aidan kagum melihat apa yang berlaku.
"Saya dah cakap dulu, 'Bila awak dalam mimpi, semua kejutan boleh jadi kenyataan.' All of this is possible in our dreams." Cakap Hannah.
Aidan diam melihat senja yang indah menerangi segenap ruang angkasa.
"Jika saya jadi sinar kuning keemasan senja hari, awak nak jadi apa? Ha, saya tahu. Awak jadi setiap butiran pasir pantai yang sedia menunggu cahaya mentari setiap senjakala." Cakap Hannah. Dia memandang ke arah matahari yang sedang terbenam.
"Awak nak saya jadi pantai? Saya suka sangat dengan pantai." Kata Aidan. Hannah tersenyum dengan pernyataan Aidan. Dia terus bangun dan berjalan di depan Aidan.
"Saya pun suka dengan pantai. Bila saya pergi ke pantai, minda saya tenang sangat. Mendengar bunyi paluan ombak, merasa deruan angin bayu dan membasahi kaki dengan air laut, semua ini membantu saya jika saya hadapi masalah." Hannah berkata sambil berjalan-jalan di gigi air.
"Awak suka dengan pantai? Bukan awak pernah beritahu saya yang awak suka bunga ros, awak suka musim bunga?" Aidan bertanya kepada Hannah.
"Itu pun saya suka juga. Kalau saya kat sini, saya sukakan pantai. Kalau saya kat sana, saya sukakan bunga." Jawab Hannah. Dia duduk kembali disebelah Aidan.
"Kat sini? Kat sana? Apa maksud awak, saya tak faham?" Tanya Aidan.
"Kat sini kalau saya kat Malaysia. Kat sana kalau saya kat the very place both of us first met." Jawab Hannah. Jawapan Hannah yang berkias membuatkan Aidan bingung.
"The very place both of us first met? Maksud awak mimpi pertama saya bertemu dengan awak ke? Taman tempat kita berjumpa pertama kali?" Aidan masih bingung. Akalnya tidak dapat berfikir dengan tenang.
"Sebenarnya, ada banyak lagi yang awak tak sedar dan tak tahu dari perjumpaan pertama kita dalam mimpi awak dulu? Taman itu bukan sekadar sebuah taman biasa, taman itu adalah bukti pertemuan kita pada suatu ketika dulu." Terang Hannah dengan telita.
Namun penerangan Hannah membuatkan keadaan semakin serabut. Aidan langsung tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh Hannah tadi. Hannah memegang tangan Aidan. Aidan terkejut apabila tangannya disentuh oleh tangan Hannah yang lembut bak sutera.
"Awak tak perlu peningkan kepala. Tenangkan fikiran awak. Nanti, awak akan dapat ingat balik jika awak fikir betul-betul. Sekarang ni, saya tak nak susahkan awak dalam mimpi awak. You should enjoy your dream now." Kata Hannah. Aidan cuma melihat Hannah. Dia tidak puas hati dengan penjelasan Hannah.
"Awak cuba nak elak dari menjawab soalan saya. Siapa awak sebenarnya? Apa tujuan awak muncul dalam mimpi saya. Walaupun awak setiap malam bertemu dengan saya but frankly speaking, you're just a total stranger to me." Cakap Aidan terus menarik tangannya dari tangan Hannah.
"Ada perkara yang saya tak boleh nak terangkan dengan awak. Awak perlu mencarinya sendiri. The important matter is that I really need your help." Hannah berkata lagi. Matanya memandang tepat ke arah mata Aidan untuk memohon agar Aidan faham atas situasi yang dialami.
"Saya boleh tolong awak. I really really want to help you but for me to help you, you must first help me. Help me by telling your real self. Saya perlu tahu siapa awak sebenarnya?" Pohon Aidan. Hannah diam seketika. Dia seakan-akan berfikir panjang.
"Baiklah, saya akan beritahu awak siapa sebenarnya saya. Nama saya adalah Hannah Hanan. Awak mungkin tak ingat pada saya tapi kita pernah bertemu di sebuah taman 8 tahun lepas. Taman tersebut adalah sama dengan taman tempat pertama kita bertemu dalam mimpi awak. Tujuan saya muncul dalam mimpi awak ini kerana saya...." Tiba-tiba Hannah hilang dari pandangan Aidan. Matahari senja, pantai dan laut turut hilang dari pandangan Aidan.
Kini pandangan Aidan kosong. Cuma kegelapan menyelubungi suasana sekeliling.
"Aidan..!! Saya perlu pertolongan awak..!! Saya sudah tidak punyai banyak waktu..!! Cepat cari saya..!!"
Suara Hannah bergema dengan kuat dalam ruang kosong yang dilihat oleh Aidan. Aidan terkejut dari tidurnya.
"Hannah Hanan. Jangan bimbang. Saya akan tolong awak. Saya akan cari awak sehingga awak betul-betul berada di depan saya. Ini janji saya." Kata Aidan dengan penuh semangat.
2 comments:
Cool... menarik juak.. I am looking 4ward how it goes next... :)
hehe, thanx... i'm looking forward to publish the next chapter... LOL
any recommendation to make it better..??
Post a Comment