Nuffnang..

Nuffnang

Tuesday, October 27, 2009

Thirty-One Days Encounting... Day Twenty-Five...


Day Twenty-Five

Finally, one more week before I'm back to Kuching... I'm so happy about this... a lot have happen for the past two weeks.... the most abrupt change that has happen is on my blog... have all of you read my new novel? if haven't and all of you have the time, please spent your valuable time reading it... and of course comment it so that I can improve more... haha...

among the accomplishments that I have achieve were sitting for my exams, Fish Health Management (BADLY DONE!!!!) and Live Food Culture (OKLA BUT NOT ENOUGH TIME!!!!), thankfully I was able to 'goreng' a lot of stuffs... hopefully not 'hangus'... ooh!! and lastly surviving Trengganu... LOL... Trengganu is very hard for me and I will remember Trengganu as a place were I become mature on facing my hardship... ceh...!!!!

one more week and I have a lot to finish, my project presentation.... a lot work need to be done, meeting up with the lecturers... hah...!!! and I must not forget to list down things to bring back to Kuching... almost 2 months of holiday and later working with IPPCS for awhile, I need to pack almost everythings... later remind me about the krepok lekor... nyumm...!!!!

LATERS...!!!!

Thursday, October 22, 2009

Hiatus...!!!! Sorry guys... < M.I.M.P.I Synopsis 01 >


If y'all notice lately, my posts in my blog is almost about my new novel entitled M.I.M.P.I. Up until now, 6 chapters have been release for you guys to read and enjoy. I dunno how many people is reading my novel (it would be sad if none) but I hope y'all will be patience for 1 week or more as I will be a bit busy doing stuffs (exams and presentations)... Sorry again for the hiatus...

and for those who haven't read this new novel, you can just simply the below link to go to every chapter that already being publish... I also put some short synopsis below the link... do comment on the novel (chapters) so that I know there is people out there reading my writings and also to improve the story to be more better.... thank you...


Synopsis:

Love is simple actually... Boy met girl, boy in love with girl, boy marry girl. but what if the boy can only met the girl in his dream... That is not an issue as it is only a dream but for the boy, the dream is not just an imaginations, it is far beyond reality... more



Chapter One
Synopsis:

Every night is almost the same for Aidan. He will stay up late, working in his office cubicle just to finish up some presentations or reports.... But tonight, he will be doing something else... something unusual and out of this world... Can he accept and survive this bizarre night alone? more



Chapter Two
Synopsis:

Aidan is confused. One moment he was in his office and now he is sitting on a bench in the middle of somewhere alien to him.... Is this paradise? Is he already dead? and who is this girl? Hannah? An angel perhaps? more



Chapter Three
Synopsis:

Hannah bear four news that may change Aidan's life forever.... What are news all about? Will Aidan accept the changes that may occur in his life.... Again, who is Hannah? Is she a messenger that brings good and bad news to Aidan? more



Chapter Four
Synopsis:

Aidan is going out with Illy Ilyas, one of his long lost friend from high school... Illy Ilyas is not a typical girl for Aidan as both of them used to share sweet moments together... What happen to the relation that they had created together? more



Chapter Five
Synopsis:

Know Aidan from the perspective of his beloved family and trustworthy friends... Besides that, we can know better the background of Aidan's family as well the type of people that Aidan befriend with... more



Chapter Six
Synopsis:

Hannah brings Aidan into the world of lucid dream where all things are possible even walking on the beach of the Samoa island.... Then Hannah gone deeper into Aidan's heart and Aidan thinks that Hannah went overboard by doing that... What will happen between Hannah and Aidan? more

Tuesday, October 20, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 06 - Tidur.Sleep.Tidur >

"Apa awak buat dalam bilik saya?" Aidan terus bangkit dari katil apabila melihat Hannah di depannya. Hannah ketawa melihat Aidan. Dia pun duduk di atas katil Aidan.

"Jangan cemas la. Awak masih tak sedar-sedar lagi ke? Apa yang awak dapat lihat jika saya muncul? Benda yang obvious macam ini pun awak tak nampak." Hannah mengambil buku 'Rich dad, Poor dad' dari atas katil Aidan.

Aidan masih keliru dengan pernyataan Hannah. Dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan Hannah. Akhirnya Aidan tahu maksud Hannah.

"Setiap kali saya tertidur...."

"Saya akan muncul dalam mimpi awak." Hannah menyambung ayat Aidan.

"Tapi kenapa semalam saya tidur, awak tak ada pun." Aidan menyoal Hannah. Memang benar, semalam selepas keluar dengan Illy, Aidan masuk tidur. Namun pada waktu itu, Hannah tidak muncul.

"Semalam saya off-day." Hannah ketawa. Dia berjalan ke arah meja komputer Aidan. Dia mengangkat gambar-gambar Aidan yang tersusun kemas di atas meja itu.

"Saya ada semalam kat sini tapi waktu itu saya tak nak kacau awak tidur. Saya cuma duduk sini dan lihat awak tidur. Awak comel la waktu awak tidur, awak tahu tak? Sama comel macam dalam gambar awak ni." Hannah menunjuk gambar Aidan ketika masih kecil.

"Saya memang dah tahu. Apabila saya tidur, awak datang. Tapi saya masih tak tahu kenapa awak datang masuk dalam mimpi saya." Aidan menyoal kembali Hannah.

"Saya masuk dalam mimpi awak? Entah-entah awak yang termimpi-mimpikan saya." Hannah senyum melihat kekeliran yang jelas terpampang di muka Aidan. Dia meletakkan gambar tadi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan ke arah bilik air.

"Awak nak ikut saya tak? Saya bawa awak jalan-jalan. Mari." Hannah memanggil Aidan. Aidan pada mula tidak mahu, namun Hannah tidak henti-henti memanggilnya.

"Awak nak bawa saya jalan ke mana?" Aidan ingin tahu destinasi yang ingin dituju.

"Awak tunggu dan tengok." Hannah membuka pintu bilik air.

"Itu cuma bilik air saya. Awak nak saya tengok apa....." Bilik air Aidan tiba-tiba bercahaya terang. Keterangan yang membutakan pandangan Aidan.

"Kita dah sampai." Hannah menjerit kegembiraan. Aidan dapat mendengar bunyi deruan angin, kicauan burung dan pukulan ombak. Aidan membuka matanya. Mereka berdua sedang berada di tepi pantai pada waktu siang. Aidan diam berfikir panjang. Semua ini adalah ilusi yang lansung tidak logik. Dari pintu bilik airnya, dia boleh sampai ke sini.

"Kenapa bingung Aidan. Kita dah sampai. Awak sepatutnya bergembira." Hannah berlari-lari mengelilingi Aidan. Aidan melihat sekeliling. Permandangan pantai itu sungguh indah. Laut yang biru luas terbentang. Pasir yang putih bersinar. Pokok-pokok kelapa yang rendang berbuah. Aidan masih memakai t-shirt, seluar tidur dan tidak beralas kaki, sama seperti apa yang dipakainya ketika masuk tidur tadi.

"Kita di mana sekarang?" Tanya Aidan. Dia berjalan ke arah gigi laut.

"Kita di Samoa. Return To Paradise Beach." Hannah mengejar Aidan dari belakang. Sesudah sampai, dia menyepak air laut sehingga terkena Aidan.

"Samoa!! Kenapa Samoa? Return To Paradise Beach? Nama pantai ni ke tu?" Aidan bertanya lagi. Hannah masih bermain dengan air. Dia kelihatan gembira.

"Sebab pantai ni cantik. Awak tak rasa pantai ni cantik? Macam kat paradise. Nama pantai ni Return To Paradise Beach. Unikkan nama pantai ni." Hannah mendekati Aidan. Dia menghulur Aidan sesuatu.

Hannah memberi Aidan kerang nautilus yang sangat besar. Besarnya sebesar sebuah kamus Dewan Bahasa.

"Awak dapat pergi mana-mana dalam mimpi? Tadi kita dalam bilik saya. Lepas tu kita kat sini." Aidan cuba menyelesaikan misteri yang sedang dialaminya.

"Bukan saya sahaja. Awak pun boleh pergi ke mana-mana. Awak kan sedang bermimpi. You are lucidly dreaming." Hannah menerangkan kepada Aidan.

"So, kita boleh pergi kemana-mana yang kita inginkan. Apa yang perlu saya buat? Apa yang perlu saya lakukan untuk pergi ke mana-mana yang saya suka." Aidan ingin memcuba. Dia melihat terus ke arah Hannah.

"Awak cuma perlu tutup mata dan fikirkan dalam minda awak tempat yang awak ingin tuju tu. Dengan sekelip mata, awak akan ke sana." Hannah memberitahu Aidan dengan lemah lembut. Muka Hannah tidak pernah lekang daripada senyuman yang dan tawa yang manis.

Aidan menutup matanya. Dia sedang fikirkan satu tempat yang dia sangat ingin pergi namun tidak berpeluang.

"Saya nak ke puncak Himalaya. Saya nak ke puncak Himalaya. Saya nak ke puncak Himalaya." Berkali-kali Aidan memikirkan destinasi itu.

Tiba-tiba Aidan ditolak kuat oleh Hannah. Dia tidak bersedia dengan tindakan Hannah, dia pun terjatuh ke dalam laut. Sebaik sahaja badan Aidan terkena air laut, Aidan terjatuh ke bawah seperti jatuh dari bangunan. Air laut kepulauan Samoa bagaikan tidak mahu menyambut Aidan yang tengah jatuh. Air laut itu hilang begitu sahaja.

Perasaan Aidan berdebar-debar. Dia dapat berasa dengan jelas yang dia sememangnya jatuh ditarik graviti bumi. Badan yang panas berpeluh kerana cemas. Aidan cuma mengharap agar dia bangun dari mimpi ini.

"Bangunlah"

"Bangunlah"

"Bangunlah"

Aidan jatuh di atas sesuatu yang lembut. Aidan membuka mata. Dia sudah kembali dalam bilik nya. Badan Aidan disambut oleh tilam yang berada pada katilnya.

"Mimpi tadi rasa macam sangat betul. Nasib baik mimpi." Badannya berpeluh dan katilnya berselerak. Aidan angkat dari katil dan menuju ke bilik air.

Aidan membuka pintu bilik air berhati-hati. Dia melihat ke dalam bilik air dan menarik nafas lega.

"Nasib baik takde pantai kat dalam bathroom ni" Aidan masuk dan mencuci mukanya. Dia sedang melihat wajahnya dalam cermin apabila dia terpandang Hannah dibelakangnya. Aidan menoleh namun tiada sesiapa disitu selainnya.

Aidan keluar dari bilik air dan terus kembali ke katilnya. Dia meletakkan buku 'Rich dad, Poor dad' di atas meja sisi dan terus menutup lampu disebelah katilnya. Sedang dia cuba melelapkan matanya tiba-tiba bahunya disapa.

"Awak tak takut ke jatuh tadi?" Cakap Hannah yang sedang berada disebelahnya. Aidan terkejut. Dia terus bangkit dari katilnya.

"Awak!! Awak lagi. Ni dah kali kedua awak datang malam ni. Kenapa awak suka sangat kacau saya? Kenapa awak tolak saya? Kenapa awak jatuhkan saya?" Aidan bertanya kepada Hannah. Hannah bangun dari katil dan menuju ke tingkap bilik Aidan.

"Saya nak awak rasa sesuatu yang saya rasa. Awak dah lukakan hati saya." Kata Hannah bernada merajuk. Dia membuka tingkap bilik Aidan seluas-luasnya. Angin malam yang sejuk masuk ke dalam, membuatkan Aidan mengigil kesejukan.

"Saya lukakan hati awak? Bila?" Aidan menjawab.

"Semalam. Awak dah lukakan hati saya. Jadi sekarang, saya perlu terjun." Hannah panjat ke atas tingkap tersebut dan terus terjun.

Aidan terus berlari ke arah tingkap tersebut sebaik sahaja melihat Hannah terjun. Dia menjenguk ke bawah namun tidak nampak apa-apa.

"Hahahaha...."

Aidan terkejut. Dia terdengar Hannah ketawa tetapi tidak nampak apa-apa. Aidan terasa belakangnya dipegang oleh seseorang.

"Saya kat belakang awak" Kata Hannah. Dia terus menolak Aidan keluar dari tingkap. Aidan menjerit apabila melihat dirinya jatuh ke bawah dari biliknya. Aidan menutup mata. Dia teringat kata-kata Hannah.

"Awak cuma perlu tutup mata dan fikirkan dalam minda awak tempat yang awak ingin tuju tu. Dengan sekelip mata awak akan ke sana."

"Saya nak kembali ke bilik saya. Saya nak kembali ke bilik saya. Saya nak kembali ke bilik saya" Aidan menyebut kuat-kuat.

"Aidan!! Tak perlu menjerit la." Suara Hannah kedengaran. Aidan tidak mahu membuka matanya. Dia masih menyebut apa yang dia sedang fikirkan itu.

"Where are you bringing me Aidan?"

"Why are you smiling? I'm asking you a question"

Aidan terdiam. Itu bukan suara Hannah tapi itu suara Illy. Aidan membuka matanya. Dia sedang duduk bersama Hannah di tempat duduk belakang kereta Kelisa adiknya. Di depan, dia melihat dirinya sendiri bersama Illy.

"Ini waktu nak keluar makan dengan Illy malam semalam." Kata Aidan dalam hati.

"Awak senyum macam kambing la." Hannah berkata selepas melihat Aidan senyum kepada Illy. Aidan dan Illy keluar dari kereta.

"Awak tahu tak, senyuman awak tu tadi penuh muslihat. Macam ada udang disebalik batu." Cakap Hannah lagi.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Aidan menyoal Hannah. Dia menoleh keluar. Illy dan dirinya sendiri sedang berjalan ke arah sebuah restoran, restoran Saffron.

"Saya nak tunjuk awak semua itu tadi. Awak keluar dengan Illy malam semalam, itulah yang melukakan hati saya." Hannah berkata. Dia membuat muka serius kepada Aidan.

"Jom, keluar. Saya nak tengok part awak gaduh dengan Illy. Itu part paling best bagi saya." Hannah keluar dari kereta.

"Tapi... saya berpakaian macam ni. Macam mana saya nak masuk? At least bagi saya selipar untuk dipakaikan." Aidan malu untuk keluar. Dia sedang berpakaian tidur seperti sebelum ini.

"Orang tak nampak awaklah. Jalan je situ" Hannah berjalan meninggalkan Aidan. Apabila Hannah sudah jauh meninggalkan dirinya, baru Aidan berlari mengejar Hannah.

Aidan dan Illy sedang dibawa oleh pelayan ke tempat duduk mereka apabila Aidan yang sebenar dan Hannah masuk ke dalam.

"Wah... Cantiknya restoran ini." Hannah terpegun dengan kecantikan restoran itu. Dia berjalan ke arah Illy dan Aidan. Aidan yang sebenar berjalan mendapatkan Hannah.

"Handsome juga saya ni kan." Aidan memuji darinya sendiri.

"Angkat bakul sendiri. Dengar ni, saya suka part ini." Hannah mendekati Illy.

"Your charms and love talks will not work on me anymore. I'm already immune to that sort of things. Saya datang sini untuk makan la and you ruining the atmosphere right now."

Hannah ketawa selepas mendengar Illy bercakap. Hannah mendekati Aidan yang sebenar.

"Nasib baik Illy ni pandai, kalau tak dia akan masuk ke dalam perangkap cinta awak." Hannah berkata sampai menepuk kecil belakang Aidan. Aidan kelihatan marah mendengar kata-kata Hannah.

"Awak tidak ada hak nak cakap macam tu. Saya bukannya nak perangkap siapa-siapa. You did not even know me and you dare to talk like that. Sekarang bawa saya balik sekarang." Marah Aidan. Jelas sekali dia tidak suka pernyataan Hannah tadi.

Hannah terdiam sebentar. Pernyataan Aidan tadi membuatkan dia tersinggung.

"Actually, saya kenal awak. I know you from every possible angle that needed to knowing you. Sorry, Saya tidak boleh bawa awak balik sekarang. Saya kena tunjuk awak sesuatu." Hannah berkata dengan suara yang kecil kerana dia sedikit terasa dengan tindakan Aidan memarahinya.

"Awak nak tunjuk apa lagi? Apa yang awak buat sepanjang malam ni dah mencabar kesabaran saya." Aidan membantah. Dia berjalan ke tepi beranda, Hannah mengikutinya dari belakang.

"Saya tahu awak masih cintakan dia." Hannah menjawab sambil menunjuk ke arah Illy. Aidan terus melihat Hannah apabila Hannah berkata begitu.

"Saya dapat rasakan dalam hati awak yang awak masih lagi menaruh harapan kepada Illy. Sepanjang malam itu, hati awak berdebar-debar." Kata Hannah sambil menoleh ke tempat lain.. Wajah Hannah seakan-akan sedih.

"Waktu Illy marah awak malam tu, awak berasa sangat menyesal atas tindakan awak dahulu. Hati awak berasa kesal dan ingin semula merasai cinta itu kembali. Cinta awak terhadap Illy telah berputik kembali. Sebab itu awak senyum kepadanya sejak dalam kereta." Sambung Hannah sambil berjalan ke arah Illy.

"Tapi lepas itu, sesuatu telah membuatkan awak berasa kecewa. Sesuatu telah meragut cinta Illy dari awak. Sesuatu itu adalah kerana..." Hannah memetik jarinya. Suasana sekeliling menjadi sunyi sepi. Semua orang di restoran itu tidak bergerak. Masa bagaikan telah terhenti selepas Hannah memetik jarinya.

"Sesuatu itu adalah kerana cincin ini" Hannah mengambil cincin pertunangan dari tangan Illy dan memberinya kepada Aidan.

"Disebabkan cincin itu, Illy bukan lagi milik awak. Cinta yang baru bercambah tidak kesampaian." Hannah berkata lagi.

"Kenapa awak beritahu saya semua ini? Macam mana awak tahu apa yang tersirat dalam hati saya?" Aidan cuba menyoal Hannah untuk mencari kepastian kepada pernyataan Hannah.

"Saya beritahu awak semua ini untuk menyedarkan awak. Awak tidak dapat lagi mencintai dirinya tetapi awak tidak sepatutnya mematikan perasaan awak itu. Cinta yang bercambah perlulah disiram dan dijaga agar dapat membesar. Perasaan itu dapat disalurkan kepada sesiapa, ke mana-mana. Awak sama seperti saya sebab itu saya ingin mengingatkan awak" Hannah menjawab.

"Maksud awak, banyak lagi orang yang boleh dicintai? Begitu?" Aidan keliru dengan jawapan Hannah.

"Saya tahu awak dapat melupakan Illy namun hati awak masih ada padanya. Lupakan dia dan ambil balik hati awak." Hannah diam. Dia melihat Aidan yang sedang keloru dengan semua ini.

"Banyak yang saya dah beritahu awak tapi semua ini akhirnya, akan bergantung dengan awak sendiri. Awak akan tentukannya sendiri." Hannah mengambil cincin dari Aidan dan memberinya semula kepada Illy. Aidan masih bingung dengan nasihat Hannah. Dia perlukan masa untuk merungkai persoalan yang Hannah timbulkan.

"Ada satu perkara lagi yang awak perlu lihat." Hannah memetik jarinya sekali lagi. Kali ini, semua orang di restoran itu bergerak laju. Masa bagaikan telah dipercepatkan. Keadaan sekeliling berubah. Kini, Aidan dan Hannah berada di depan rumah Illy. Ketika itu Aidan sedang beada di kereta manakala Illy sedang menutup pagar.

"Aidan. I'm telling you this. You're not a focus person, since high school. I know because it happen to me. You didn't focus to me that time. My advice, you should try to be more alert, more focus to this girl, Hannah. Maybe she's trying to show you something but you didn't focus on that, you're busy focusing on me. Don't you think that I'm trying to help you, I'm not. I'm trying to help Hannah, so that she will not be treated by you just like how you treated me before."

Illy masuk ke dalam banglo manakala Aidan terus memandu pergi. Hanya tinggal Hannah dan Aidan yang sebenar.

Aidan keliru. Apa kaitan semua itu tadi dengan hidupnya? Apa kaitan semua itu tadi dengan Hannah. Tiba-tiba azan berkumandang. Aidan kehairanan.

"Aidan. Baik awak bangun sekarang. Dah masuk waktu solat Subuh. Saya pergi dulu." Hannah terus hilang dari pandangan. Aidan menutup matanya seketika. Beberapa saat kemudian, dia membuka mata. Dia sudah kembali ke dalam biliknya.

Aidan bangun dan keluar dari biliknya. Dia berjalan menuju ke bilik sembahyang untuk bersembahyang bersama ayahnya. Encik Ariffin sedang menunggu kedatangan Aidan. Puan Norlia dan Aina pun sudah sedia untuk bersembahyang berjemaah.

Selesai solat berjemaah, Aidan kembali ke bilik tidurnya. Dia duduk sebentar di hadapan komputernya, memikirkan kembali apa yang Hannah beritahu kepadanya dalam mimpi tadi. Fkirannya bercelaru. Aidan angkat dan baring di atas katilnya.

Ketika sedang baring, Aidan terlihat almarinya bercahaya dari dalam. Dia angkat dan membuka almari itu. Perasaan ingin tahu menguasai dirinya. Cahaya putih menerangi bilik Aidan. Aidan masuk ke dalam cahaya putih itu.

Apabila masuk ke dalam, Aidan berada di taman bunga tempat dia dan Hannah berjumpa buat pertama kali. Dia terlihat Hannah sedang duduk dekat bangku seorang diri. Aidan mendekati Hannah.

"Assalamualaikum." Aidan memberi salam kepada Hannah.

"Waalaikumusalam." Hannah memjawab. Dia tidak menoleh ke arah Aidan.

"Saya nak minta maaf kat awak pasal kejadian yang berlaku dalam mimpi saya tadi. Saya tidak dapat mengawal kemarahan saya. Saya tidak tahu tujuan awak buat begitu kepada saya pada waktu itu." Aidan meminta maaf kepada Hannah tetapi Hannah hanya diam.

"Saya tahu saya salah jadi tolong maafkan saya." Hannah masih berdiam diri.

"Awak tolonglah bersuara. Saya nak dengar suara awak yang merdu itu. Saya nak dengar ketawa awak yang riang itu." Hannah bagaikan sudah bisu. Hanya salam yang dapat diucapkan. Aidan bangun dan berlari mendapatkan sesuatu.

"Saya tahu awak suka ini. Kalau awak maafkan saya, awak ambik bunga ros merah ini dan simpan. Tapi kalau awak tidak maafkan saya, awak hancurkan bunga ini dan buangkan ke arah saya supaya saya tahu awak benci kat saya." Aidan berkata. Hannah mengangkat mukanya apabila Aidan berkata begitu.

Sambil mengambil bunga ros merah dari Aidan, Hannah berkata,

"Saya tidak pernah benci kat awak. Awak je yang rasa begitu. Awak tidak tahu sebenarnya banyak lagi orang yang mengambil berat kat awak. Cuma awak yang tak perasan. Awak tak cukup fokus." Bunga ros merah dihidunya. Kelihatan air mata mengalir dari mata Hannah ke pipinya.

"Awak janganlah menangis. Saya janji yang saya tak akan marah kat awak lagi. Saya janji yang saya akan simpan hati saya dan berikan kepada sesiapa yang ditakdirkan mendapatnya. Saya juga berjanji saya akan simpan bunga ros merah yang awak suka tu. Saya tidak akan bunga itu lagi." Beritahu Aidan. Hannah senyum mendengar kata-kata Aidan.

"Your charms and love talks will not work on me anymore. I'm already immune to that sort of things." Cakap Hannah. Aidan terdiam apabila Hannah berkata begitu.

Tiba-tiba Hannah ketawa.

"Haha... Saya bergurau sahaja. Saya dapat rasakan apa yang awak cakapkan itu adalah ikhlas." Hannah bangun dan senyum melihat Aidan. Dia menari-nari sambil memegang bunga ros merah pemberian Aidan.

Kedengaran bunyi seseorang yang sedang berlari dari belakang mendekati Aidan dan Hannah. Belum sempat Aidan menoleh, seorang budak melompat ke riba Aidan.

"Uncle Ashraf...!!!!" Budak itu memanggil Aidan.

"Uncle bangun...!!!!"

"Alia...???"

Monday, October 19, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 05 - Kawan dan Keluarga >

Aidan sedang duduk di mejanya. Hari ini, Aidan terpaksa menyiapkan laporan mengenai projek perumahan terbengkalai di Mantin, Negeri Sembilan. Syarikat Kaharudin Architecture dengan kerjasama sebuah syarikat pembinaan luar negara bercadang untuk menjadikan kawasan perumahan tersebut sebagai pusat eco-perlancongan di daerah itu. Encik Khairy secara peribadinya menyuruh Aidan menyiapkan laporan tersebut. Walaupun Aidan berasa keberatan namun dengan tanggungjawab yang diberikan kepadanya, Aidan berasa yang Encik Khairy mula percaya dengan kebolehannya.

Jari Aidan ligat menekan papan kekunci komputernya, mata tekun melihat setiap patah perkataan yang keluar pada monitor komputer tersebut.

"Aidan, kamu tak keluar rehat lagi ke?" Mak Mah menegur Aidan sambil memegang penyapu. Aidan menoleh Mak Mah. Wanita tua itu tersenyum melihat Aidan. Aidan melihat jam tangannya.

"Aidan dah lambat dah ni. Tak lama lagi masuk waktu solat. Terima kasih Mak Mah kerana mengingatkan Aidan." Aidan terus angkat dan keluar. Mak Mak sambung menyapu.

Aidan tidak pergi jauh untuk menunai solat jumaat. Dia pergi ke Masjid Jamek yang terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Sudah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk menunaikan solat jumaat dan Aidan juga tidak terkecuali. Sesudah solat, Aidan menelefon seseorang melalui 'handphone'nya.

"Jumpa tempat biasa. Sekarang la. Aku dah lapar ni. Bawa sekali Winnie." Kata Aidan. Dia menuju ke kereta Kelisa adiknya dengan pantas. Keadaan yang panas saban hari menyebabkan tiada siapa yang mahu berdiri ditengah-tengah keterikan cahaya matahari begitu lama.

Aidan memandu laju kereta adiknya ke KLCC. Di sana , dia akan berjumpa dengan dua orang kawan karibnya. Kawan sejak sekolah menengah.

"Aidan , sini" lambai Winnie. Aidan pun bergerak menuju mereka berdua.

"Cepat juga korang berdua sampai? Daniel, kau ada sembahyang tak tadi?" Aidan menyoal.

"Aku sembahyang la. Kebetulan aku sembahyang dekat universiti Winnie, aku terus ambil dia dan pergi sini." Daniel menjawab.

Daniel Danish dan Winnie Wu adalah kawan baik Aidan sejak dari sekolah menengah. Mereka bertiga sering berjumpa di McDonald KLCC untuk makan tengahari jika berpeluang. Daniel adalah seorang programmer software dan bekerja di sebuah syarikat pengusaha perisian komputer di Cyberjaya. Winnie pula adalah seorang pensyarah psikologi manusia di Universiti Malaya.

Selepas masing-masing memesan makanan, mereka kembali tempat duduk dan bersembang.

"Lama dah tengok kamu, Dan. Mana kamu menghilang selama ini?" Winnie memulakan perbualan.

"Aku sibuk sepanjang minggu lepas. Langsung takde masa nak keluar makan tengahari. Malam kena overtime. Sorry ye guys." Aidan menjawab. Dia sedang menabur garam dan lada di atas french friesnya.

"Buat kerja takpe. Tapi kalau aku dapat tau yang hang ni, keluar dating dengan perempuan dan tak beritahu aku langsung, habis aku kerjakan." Daniel bergurau. Dia menyambung lagi,

"Kau tau tak? Illy ada kat Malaysia. Dia dah jadi terkenal sekarang. Jadi pereka fesyen terkemuka di bumi London. Kau ada call dia ke?" Aidan senyum mendengar soalan Daniel.

"OMG..!!! Don't tell me yang kau dah call dia, or worst keluar dengan dia." Winnie pula menyampuk apabila melihat tindakan Aidan senyum kepada persoalan Daniel.

"Malam tadi. Malam tadi aku keluar dengan Illy." Aidan ketawa selepas menjawab soalan Daniel dan Winnie. Winnie membuat muka terkejut. Daniel pula memukul belakang Aidan.

"You see. Macam ni ke kawan. He didn't even bother to tell us this big story. Kau keluar dengan Illy malam tadi dan kau tidak beritahu aku pasal ni." Daniel berkata. Aidan hanya mampu tersenyum mendengar Daniel bercakap.

"Kau tu Daniel, kenapa nampak kecewa sangat? Kalau Aidan beritahu pun, apa yang ko boleh buat? Jangan-jangan kau datang kacau daun." Giliran Winnie untuk mengacau Daniel.

"Ada tak Illy mention about me?" Daniel menyoal Aidan sekali lagi.

"Dia tak mention pun tapi ada juga aku tolong ingatkan dia pasal kau" Aidan menahan ketawa. Dia berkata lagi,

"Aku ingatkan dia pasal kejadian sukan tahunan tingkatan 2 dulu."

"Kejadian Daniel jatuh longkang waktu nak flirting with Illy tu ke? Betul ke kau beritahu Illy about that embarrassing moment?" Winnie ketawa tak henti-henti. Daniel cuma berdiam sahaja. Mukanya bertukar menjadi merah.

"Jatuh saham aku tau. Memang kau ni kawan yang sejati." Kata Daniel. Aidan dan Winnie masih lagi ketawa.

"Sorry la bro. Lain kali aku tak buat macam tu lagi." Aidan berkata sambil memegang belakang Daniel. Daniel menepis tangan Aidan menunjukkan dia sedang merajuk. Winnie memberinya vanilla sundae kepadanya untuk memujuk.

"Aku ada satu lagi benda nak beritahu ni. Aku harap kau berdua open sikit dengan benda ini." Aidan tiba-tiba serius. Daniel dan Winnie diam selepas mendengar Aidan.

"Aku terjumpa seorang perempuan ni. Cantik sesangat, ramah sesangat. Setakat ni aku dah jumpa dengan dia dua kali." Winnie masih berdiam sambil minum air. Daniel pun berkata,

"Kau jumpa perempuan? Macam kau tak biasa jumpa perempuan. Siapakah gerangan perempuan yang berjaya menambat minat kau terhadapnya tu. Kat mana kau jumpa perempuan ini?" Daniel menunjukkan minat terhadap topik perbualan.

"Nama perempuan adalah Hannah. Dia ni luar biasa sikit. Aku jumpa dia dalam... dalam mimpi aku" Daniel dan Winnie seolah-olah tidak dapat menahan dari ketawa.

"Aku serius ni. Aku jumpa dia dua kali dalam mimpi aku. Dalam mimpi, kami banyak berbual. Kadang-kadang dia beritahu something yang tidak masuk akal namun that something akan jadi kenyataan. Then, this girl tell me that I'm her friend and she needed my help." Aidan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Hannah.

"Wow, that's interesting. Seorang yang kau jumpa dalam mimpi. That's unusual. Do you know that Oneirology is the scientific study of dreams. There have been speculations and interest on studying dreams but the content and the purpose of dreams are not fully understood." Jelas Winnie panjang lebar.

"You bored me at On-something-logy. Tukar topic please" Daniel berkata sambil makan sundae yang diberi oleh Winnie tadi.

"Saya ada baca sebelum ini mengatakan bahawa dreams encompass yet another dimension of experiences, a world unexplored by most. Dreams investigations and interpretations can possible harvest greater fulfillment in the waking life. You should try to focus on the places that you visited, symbols that you may acquired, topics that you discussed and bermacam-macam lagi dari mimpi kau tu. Mungkin semua maklumat yang kau dapat nanti akan dapat membantu dalam menyelesaikan mimpi tu." cakap Winnie lagi. Aidan sungguh berminat dengan penerangan itu.

"Winnie, that's enough. Aidan, tell me more about this Hannah? Maybe Hannah ni hantu kot? Perempuan mana entah yang kau pernah kacau dulu, then dia mati. Sekarang ni haunting you for revenge. Haha..." Daniel bertanya sambil melihat Aidan.

"Daniel, tak baik cakap macam tu. Mungkin perempuan tu koma or maybe memang tak wujud langsung. She's just the sub-conscious creation of Aidan's mind." Winnie pula memberi pendapat. Aidan cuma diam dan berfikir.

"Korang berdua tak masuk kerja lagi ke? Aku pergi kerja dulu. Banyak benda nak di'settle'kan?" Aidan teringat laporan yang masih belum siap.

"Woit, bro. Takkan dah nak balik kot. Tunggulah dulu. Takpe la kalau macam tu. Esok apa plan? Pegi gym nak?" Daniel bertanya. Aidan mengangguk menandakan dia setuju dengan cadangan Daniel.


*********


Aidan sedang duduk diruang tamu bersama ayahnya, Encik Ariffin. Di dapur pula ibunya, Puan Norlia dan adiknya, Aina sedang sibuk memasak.

"Nasib baik Ashraf tak overtime lagi malam ni. Kalau tidak, tak dapat la Ashraf merasa masakan seafood Aina." Puan Norlia masuk ke ruang tamu. Dia duduk disebelah suaminya.

"Kan Ashraf dah janji nak datang. Ashraf tak boleh melepas peluang ni. By the way, Aina pandai masak ke? Aidan bercakap. Tiba-tiba tangan Aidan dicubit.

"Abang ingat Aina tak pandai masak? Tolong sikit ye." Aina duduk disebelah Aidan.

"Mestilah Aina pandai masak, dia belajar dari siapa? Makanan dah dihidangkan kat meja ke Aina?" Puan Norlia bercakap pula. Dia melihat suaminya yang tekun membaca surat khabar.

"Dah letak Umi. Mana abang Aliff dan kak Jasmin ni? Kenapa tak sampai-sampai lagi ni?" Aina bangun melihat keluar. Kebetulan kereta Camry kepunyaan Aliff baru masuk dari jalan besar. Aina menyambut kedatangan abang dan kakak iparnya dengan mesra. Kelihatan seorang budak kecil berumur 5 tahun berlari masuk ke dalam.

"Alia, salam atuk dan opah." Cakap Aidan kepada Alia, anak buahnya. Alia pun salam dengan Encik Ariffin dan Puan Norlia. Encil Ariffin pun dengan mesra mengambil Alia dan mendukung.

"What is your name?" Tanya Encik Ariffin kepada cucunya itu. Dengan cepat Alia menjawab,

"Alia Janaan"

"Pandai cucu atuk." Puji Encik Ariffin. Aliff dan Jasmin masuk ke dalam rumah dan terus salam Encik Ariffin dan Puan Norlia.

"Semua dah sampai. Jom kita makan masakan Aina." Aidan pelawa. Dia terus berjalan ke dapur diikuti oleh Aina dan lain-lain.

Mereka semua duduk di meja makan. 2 orang pembantu rumah masuk membawa hidangan. Hati Aina berdebar-debar menunggu komen dari semua orang.

"Wah, ketam masak cili, ikan tilapia stim, butter prawn dan sotong kari. Ini sudah menyelerakan." Kata Aidan. Dia terus mengambil makanan yang terletak dihadapannya.

"Aidan, kena baca doa makan dulu. Aliff, tolong bacakan" Puan Norlia menegur Aidan. Aliff pun membaca doa makan. Dalam semua orang sibuk menjamu selera, Jasmin pun bercakap,

"Aina, congratulation. Kak Jasmin, abang Aliff dan baby Alia gembira with you"

"Thank you kak Jasmin. Takde hadiah ke?" Gurau Aina.

"Nak hadiah? Ada tapi bukan nak bagi sekarang. Nanti abang dan kakak bagi." Jawab Alif.

"Aliff, Jasmin. Tak payah nak bagi hadiah dengan Aina tu. Dia dah besar panjang. Jasmin, macam mana dengan butik? Umi dah lama tak ke butik Jasmin" Puan Norlia pula bertanya kepada Jasmin.

"Butik Jasmin bagus. Jasmin dah dapat banyak collection dari luar negara. Baru-baru ini, Jasmin dapat collection dari Illy Ilyas, pereka fesyen terkenal dari Malaysia." Aidan terbatuk apabila mendengar nama Illy Ilyas.

"Kenapa Aidan terbatuk? Kak Jasmin ada tersalah cakap ke?" Tanya Jasmin.

"Takde la. Kak Jasmin bukannya salah cakap tapi Abang Ashraf ni boleh datang angau bila dengar nama Illy Ilyas tu. Maklumlah bekas buah hati." Cakap Aina sambil ketawa. Alif dan Puan Norlia pun senyum sekali.

"So, you and Illy Ilyas ada history with each other la ni. Kenapa tak beritahu awal-awal. Boleh kakak dapat diskaun." Gurau Jasmin.

"That was a long time ago la kak Jasmin. Sekarang there's nothing between both of us. Lagipun Illy tu dah bertunang dengan mamat Perancis." Cakap Aidan sambil membuang kulit udang. Puan Norlia, Aina dan Jasmin hanya tersengih melihat Aidan.

"So, Ashraf. How's your car? Bila Ah Chieong said that he will finish?" Tiba-tiba Encik Ariffin bertanya kepada Aidan.

"Next week. Rosak tu tak banyak but Ah Chieong needs time to repair the gearbox." Jawab Aidan.

"For the meanwhile you use Aina's car. Aina will not be using it anymore since she will be going to London this wednesday." Cakap Encik Ariffin lagi.

"This wednesday? Bukan course registration in mid July ke?" Aliff bertanya.

"Memang course registration in mid July tapi Aina nak pegi rumah grandpa Arthur and grandma Alby kat London." Jawab Aina. Grandpa Arthur dan Grandma Alby adalah ayah dan ibu kepada Encik Ariffin. Mereka berdua tinggal di kota London.

"Oh. Aliff dah lama dah tak melawat grandpa and grandma. Last time we've been there is about 4 years ago. Betul tak Jasmin?" Aliff mengenang kembali kali terakhir dia ke London.

"Betul. That time Alia masih lagi baby." Jasmin menyokong. Mereka sekeluarga sangat mesra sekali. Ditambah pula masakan Aina yang sedap dan menyelerakan.

"Ashraf, dah beritahu dengan dad ke pasal projek tu" Puan Norlia membangkitkan hal 'Project Paradise' yang Ashraf dapat tempoh hari.

"What project?" Encik Ariffin masih tidak tahu mengenai hal itu.

"Project Paradise. Mr Khairy offer me to join his group for the project. I already have the project portfolio but haven't read it yet." Aidan memberitahu dengan penuh bangga. Dia ingin mendengar pendapat ayahnya.

"Good. I hope you do well. Mr Khairy is a good friend of my so don't disappoint and embarrass me." Nasihat Encik Ariffin.

Makan malam sebegini adalah perkara biasa dalam keluarga Aidan. Puan Norlia akan sering kali memanggil Alif dan Jasmin untuk datang makan malam bersama. Dengan makan bersama, setiap ahli keluarga dapat menyampaikan berita atau berkongsi maklumat. Selain itu, hubungan kekeluargaan dan silaturahim dapat dieratkan. Puan Norlia mengamal prinsip 'Family that eats together, will stays together'.


*********


Aidan sedang duduk seorang diri di dalam bilik apabila Puan Norlia masuk ke dalam dengan membawa sebuah bakul.

"Ashraf dah solat?" Tanya Puan Norlia.

"Dah Umi. Abang Aliff dan kak Jasmin dah balik ke Umi? Aidan pula yang bertanya kepada ibunya.

"Dah, baru je balik. Esok mereka datang lagi. Memandangkan esok hari sabtu. Ashraf kerja ke esok? Puan Norlia meletakkan baju Aidan di dalam almari.

"Esok Ashraf tidak kerja. Ashraf ingat nak stay kat rumah je, berehat. Tapi petang esok, Ashraf nak pergi gym dengan Daniel." Jawab Aidan. Mulutnya menguap besar.

"Ashraf dah mengantuk tu. Bagus Ashraf tidur dulu. Ashraf dah lama dah tak cukup tidur." Puan Norlia pergi mendekati Aidan.

"Ashraf pun ingat nak tidur awal. Mengantuk sangat ni. Ashraf tidur dulu la." Aidan bersalam dengan ibunya sebelum masuk ke bilik mandi. Dia akan membersihkan diri sebelum masuk tidur.

Setelah habis, Aidan keluar dari bilik air. Ibunya sudah tidak kelihatan. Dia pun menutup pintu bilik dan naik ke atas katil. Sebelum tidur, Aidan akan membaca apa-apa buku jika berkesempatan. Malam ini, dia membaca buku 'Rich Dad, Poor Dad', hasil karangan Robert T. Kiyosaki.

"Rule One. You must know the difference between an asset and a liability, and buy assets. If you want to be rich, this is all you need to know. It is rule No. 1. It is the only rule."

"Rich people acquire assets. The poor and middle class acquire liabilities, but they think they are assets"

Mata Aidan semakin berat. Setiap patah perkataan yang dibaca nampak kabur. Akhirnya, Aidan pun tidur. Melelapkan mata yang sudah lama berjaga.

Tiba-tiba selimut yang Aidan pakai ditarik kuat, membuatkan Aidan terjaga ataupun sebaliknya.

"Hai, Aidan"

"Hannah!!" Aidan menjerit.

Sunday, October 18, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 04 - Illy Ilyas >

"Where are you bringing me Aidan?" Illy bertanya kepada Aidan. Aidan cuma tersenyum melihat Illy.

"Why are you smiling? I'm asking you a question" Kereta Kelisa kepunyaan adik Aidan, Aina akhirnya berhenti. Illy melihat keluar.

"Kenapa you risau sangat ni? You lapar sangat ke?" Aidan tersenyum. Mereka berdua keluar dari kereta.

"I bawa you kat satu tempat special ni. Welcome to One Bangsar, Gourmet Heaven" Aidan menunjuk Illy sekeliling. One Bangsar ternyata syurga makanan kerana terdapat banyak restoran makanan yang tersergam indah di sepanjang jalan itu. Terdapat restoran yang menhidangkan makanan India, Jepun, Thai, Vietnam, Perancis, Itali dan bermacam-macam lagi.

"Ok, this is nice. Ingatkan you nak bawa I makan kat kedai mamak tadi. Macam dulu-dulu." Illy ketawa. Dia mendekati Aidan.

"That was then. This is now. You nak makan apa? Choose which restaurant that you prefer?" Illy melihat sekeliling. Semua restoran yang terdapat disitu nampak cantik tapi mereka di sini bukan nak melihat bangunan tetapi untuk makan.

"Saffron. Jom makan kat situ. I dah lama mengidam nak makan Mediterranean cuisine. Jom..." Illy pun menarik Aidan ke araah restoran Saffron. Aidan cuma tersenyum melihat telatah Illy.

Mereka berdua disambut mesra oleh pekerja restoran itu. Mereka dibawa ke sebuah meja yang terletak di tepi beranda restoran itu. Pelayan restoran itu meletakkan menu makanan dihadapan Aidan dan Illy. Kemudian dia pun pergi meninggalkan mereka berdua bersama.

"I love the interior design of this restaurant. Nampak a bit arabic." Illy meneliti setiap penjuru restoran itu. Hiasan dalam restoran sememangnya cantik. Aidan tersenyum melihat Illy.

"Kenapa you senyum dari tadi. You kena penyakit angau ke ape? Macam orang gila." Illy mula menyoal Aidan. Aidan tersenyum dan berkata,

"I tersenyum because I'm glad that you setuju nak keluar dengan I. Dah lama dah tak keluar dengan you. Going out tonight dapat mengubat semula kerinduan I terhadap senyuman you, terhadap tawa mesra you and..."

Illy menyampuk tiba-tiba,

"Your charms and love talks will not work on me anymore. I'm already immune to that sort of things. Saya datang sini untuk makan la and you ruining the atmosphere right now." Kata-kata Illy membuatkan Aidan diam. Merah padam muka Aidan dibuat Illy.

"I'm sorry dear. I bukannya nak flirting with you. Just a small intimate talk. It's been what, 7, 8 years since we last see each other." Aidan melihat Illy.

"Correction, 10 tahun since we last met and you dumped me back then. Remember? I tak tahu with who tapi I masih ingat lagi alasan you nak putus with I. I still remember." Tindakan Illy untuk mengimbas kembali sejarah lama membuatkan hatinya berasa panas. Pelayan restotan itu datang kembali ke meja Aidan dan Illy.

"Your order sir, miss" Pelayan restoran mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen.

"I want a Chuletas De Cordero and also Tostadas con Pollo. For my drink, give me Cappuccino Viennese" Pelayan tersebut tekun menulis menu pilihan Aidan.

"I would like to have Pasta Al Fruiti De Mare, Saffron Caesar and Berry Banana" Illy menutup menu tersebut dan memberi kepada pelayan tersebut. Selepas pelayan itu pergi, Aidan dan Illy hanya berdiam diri. Mereka berdua tidak bercakap sesama sendiri.

Tiba-tiba Illy bercakap,

"You beritahu kepada I yang you terpaksa putus dengan I kerana hendak fokus kepada PMR. You said that we need time to be alone, to study. I was so naive that time. I agree. Tapi few days after that, I nampak you with someone else. I was so devastated. You lie to me. You ingat I tak tahu tapi sebenarnya I tahu Kenapa you buat begitu?" Illy bertanya.

"For all these years you've been avoiding me for that stupid reason. For that particular stupid reason. After PMR, I datang cari you but mak you beritahu I yang you ikut ayah you ke Sydney. You tak tanya pun dengan I apa yang berlaku? That's not fair" Aidan akhirnya bersuara.

"I tak perlu tanya apa-apa dengan you. I memang tahu you tu kaki perempuan since high school. Kawan-kawan I dulu dah warning about I, cuma I tak percaya. Finally, I nampak with my own eyes. I fikir yang lebih baik I lari from you, forgetting you is the best thing for me" Illy berkata lagi. Malam yang sepetutnya menjadi malam yang gembira bertukar menjadi malam yang penuh dengan soal jawab.

"Ok, I'm sorry for what happen. I tahu yang I bersalah. You tak sepatutnya being treated like that. I nak minta maaf banyak-banyak dengan you. You sudi maafkan?" Aidan memujuk.

"Actually, I dah lama maafkan you. Kalau tak, I will not agree to have dinner with you. For me, cinta kita dulu tu hanyalah cinta monyet. Cinta yang tidak akan kekal lama. The thing betweeen us was history. I've move on and you should too." Illy senyum tawar kepada Aidan. Dia mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya.

"Oh, congrats. You engaged!!! That's new. Kenapa you tak pakai cincin tu dari awal." Aidan terkejut melihat cincin pertunangan Illy. Illy menyarungkan cincin tu pada jari manisnya.

"I sengaja tak pakai, just to see your reaction about the past and the present."

"Who's the lucky guy?" Aidan bertanya. Dia ingin tahu siapakah lelaki yang berjaya merampas Illy darinya.

"Benjamin Benzema. A French guy with an Algerian descent. He is out of your league." Illy senyum, Aidan pula mengangguk kecewa. Dalam mereka berdua rancak berbual, makanan yang dipesan sampai.

"So, how's work? I dengar you dah terkenal di London. Lepas ni nak ke Australia dan Jepun kan?" Aidan menyoal sambil makan Chuletas De Cordero ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'Grilled Lamb Cutlets with Garlic Mayonnaise'.

"Yes. Sydney, Tokyo, New York and Paris, to be more exact." Illy menjawab.

"And how's London? I used to study at University of Liverpool. Hujung minggu, I will sometimes go to London. Jalan-jalan kat Trafalgar Square and Hyde Park." Aidan sambung.

"Oh yes. You ambil architecture kat Liverpool. I almost forgot. You dah kerja ke sekarang? I tengok you still guna kereta Kelisa lama tu." Kini giliran Illy menyoal Aidan.

"That car. No, itu kerana Aina sekarang. Kereta I masuk bengkel pagi tadi. I sekarang dah kerja kat satu architecture firm di Kuala Lumpur. Baru kerja about one month." Aidan menjawab. Dia nampak sedang menikmati hidangan dengan berselera. Mereka berdua menghabiskan banyak masa di sana, mengenang masa silam yang pernah mereka kongsi bersama.


*********


Kereta Kelisa yang dipandu Aidan berhenti di hadapan sebuah banglo yang besar. Aidan keluar membuka pintu untuk Illy.

"Thank you. I was having fun tonight." Illy berkata.

"Thank you Illy for going out with me tonight and I'm sorry for what I've done before." Aidan berkata. Dia senyum melihat Illy.

"It's ok. Let bygones be bygones. Buang yang keruh, ambil yang jernih." Kata Illy sambil berjalan ke arah pagar banglonya.

"Illy, sebelum I terlupa, I nak tanya satu soalan." Aidan tiba-tiba teringat pasal Hannah. Langkah Illy terhenti.

"You kenal tak seorang perempuan bernama Hannah?" Aidan menyoal Illy.

"Hannah. Nope, never heard of her before. Why?" Illy mengeleng kepala.

"Sebenarnya I didn't just stumble across with your article in the newspaper. This girl, Hannah yang tunjuk. Dia beritahu yang you boleh tolong I untuk mengenali nya dengan lebih dalam. But I think that she just fooling around with me." Aidan kecewa dengan jawapan Illy. Dia sebenarnya ingin tahu siapa sebenarnya Hannah.

Illy senyum melihat Aidan. Dia buka pagar banglo dan masuk ke dalam. Sambil menutup pagar Illy berkata,

"Aidan. I'm telling you this. You're not a focus person, since high school. I know because it happen to me. You didn't focus to me that time. My advice, you should try to be more alert, more focus to this girl, Hannah. Maybe she's trying to show you something but you didn't focus on that, you're busy focusing on me. Don't you think that I'm trying to help you, I'm not. I'm trying to help Hannah, so that she will not be treated by you just like how you treated me before." Illy senyum dan melambai Aidan. Dia terus masuk ke dalam banglonya.

Aidan masuk ke dalam kereta. Sambil memandu dia memikirkan kembali nasihat Illy.

"You should try to be more focus"

"I'm trying to help Hannah, so that she will not be treated by you just like how you treated me before"

Aidan senyum.

"Terima Kasih..."

"Illy Ilyas"

Bicara Hati 03: Dunia yang Ku cipta...


Aku kini hilang bersama dunia yang Ku cipta sendiri, dua dunia yang berbeza namun bersebelahan kanan dan kiri...

Aku hanya menunggu dunia ciptaan menjadi realiti, namun kepalsuan hanyalah sementara tapi kebenaran adalah pasti...

Aku berharap agar aku hilang dalam mimpi, mengharapkan kedatangan khayalan fantasi menyisih pergi realiti...

Aku selama ini cuma menipu diri, menelan pembohongan agar aku dapat lari...

Aku ingin lari dari semua ini, kerana Dunia yang Ku cipta bukan sekadar fantasi...



Saturday, October 17, 2009

M.I.M.P.I < Chapter 03 - Berita-Berita >

Kereta Kia Picanto Aidan melancur laju di LDP. Dia tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang sering kali menghantui penduduk sekitar Lembah Klang. Sebagai seorang pekerja yang muda dan baru, Aidan tahu reputasinya perlulah dijaga agar dapat kekal lama dan mudah naik pangkat. Aidan sememangnya seorang yang bercita-cita besar.

"Fara, awak tau tak?"

"Tau ape, Faisal?"

"Hari ini hari yang ke 141 dalam tahun 2009 ni. Apa perkara besar yang awak dah buat setakat ni? Sukati la, awak nak buat perkara besar ke, gila ke. Saya cuma nak tahu apa?"

"Perkara paling besar dan gila? Sudah semestinya bergandingan dengan awak. Awak tu semua nya besar. Kepala besar, lubang hidung pun besar. Memang takde perkara yang lebih besar dari itu"

Telatah DJ radio mengamitkan suasana pagi yang beransur terang. Bilangan kenderaan semakin bertambah di atas jalan raya. Aidan tidak ketinggalan memeriahkan kesesakan di jalan raya. Kereta Aidan sudah memasuki Kelana Jaya, tiba-tiba keretanya bergerak perlahan.

"Don't tell me this is happening to me. I can't believe my luck" Aidan memarahi dirinya sendiri. Apabila dia membuka hud keretanya, berkepul asap hitam keluar menyebabkan Aidan terbatuk. Setelah meneliti keadaan enjin, Aidan lantas mengemas barangnya dan bergerak ke jejantas.

"Daripada aku buang masa kat sini, lebih baik aku naik LRT. Aku tak mahu lambat masuk kerja. Nasib baik rosak dekat stesen LRT." Kata Aidan seorang diri sambil menelefon bengkel kereta untuk menarik dan membaiki keretanya.

Aidan menunggu sebentar sebelum komuter sampai ke stesen Kelana Jaya. Dia terus berebut masuk ke dalam sebaik sahaja pintu komuter terbuka. Nasib Aidan baik, dia dapat duduk di bangku memandangkan dia sedang membawa banyak barang yang bakal digunakan dalam 'presentation' pada hari itu.

Dalam Aidan duduk menunggu destinasi yang hendak ditujui olehnya, dia melelapkan mata buat seketika untuk merehatkan mata dan mindanya yang sedang mengantuk. Kekurangan tidur pada malam-malam yang lepas akhirnya menyebabkan Aidan keletihan.

Aidan sedang seronok dibuai kelelapan, tiba-tiba dahinya dipukul kuat oleh seseorang. Aidan membuka mata.

"Hannah!!! Apa kau buat disini?" Aidan melihat sekeliling. Dia masih berada di dalam LRT tadi namun, tiada seorang pun berada di dalam kecuali dia dan Hannah. Hannah kelihatan seperti malam tadi, berpakaian serba putih dan bertudung ala-ala Ekin. Cuma pagi ini, Hannah memegang senaskah surat khabar.

"Saya nak jumpa awak takkan tak boleh? Then, saya nak tanya awak. Kenapa awak buang bunga ros dalam tong sampah. Awak tak suka ke? Kalau tak suka, tak perlulah ambil" Hannah duduk bertentangan Aidan. Aidan kehairanan. Dia menoleh keluar komuter. Dimanakah aku sebenarnya? Kat luar tu memang Kuala Lumpur tapi kenapa lengang. Aidan berdiam memikirkan penjelasan sendiri. Hannah memukul Aidan sekali lagi menggunakan surat khabar yang dipegangnya.
"Kenapa awak diam? Awak bingung ye?" Hannah bergurau.

"Awak datang ni mesti nak minta pertolongan dari saya kan." Aidan mengagak.

"Saya datang bukan sebab itulah. Awak belum bersedia untuk tolong saya. Saya nak beritahu ini." Hannah tiba-tiba berdiri.

"Hari ini, awak akan menerima banyak berita. Berita-berita ini bakal mengubah hidup awak. Satu, berita dari seseorang yang awak sangat sayang. Lepas tu berita dari seseorang yang sangat awak kagumi, diikuti berita dari seseorang yang lebih besar dari awak. Tapi dalam semua berita-berita tadi, berita yang ada dalam surat khabar ini akan dapat membantu awak mengenali saya dengan lebih mendalam. Berita di mukasurat 7" Hannah mundar-mandir dihadapan Aidan. Surat khabar yang dipegang, dilambai-lambai depan Aidan.

"Kenapa tak terus terang je? Kenapa awak bagi berita-berita yang mengarut ni? Saya takde masa lah nak main dengan awak. Saya dah lambat nak masuk kerja dah ni" Aidan kelihatan bimbang. Kecantikan Hannah tidak dapat mententeramkan kerusahan hatinya.

"Awak tu yang jangan main-main. Bangun sekarang, jika tidak awak akan terlepas!!!" Hannah menunjuk ke arah pintu LRT yang terbuka luas.

"Bangun sekarang!!!" Hannah memukul Aidan dengan surat khabar itu lagi buat kali terakhir.

Aidan terus terbangun dari lamunan tadi. Orang di sekeliling memerhati Aidan. Aidan berada semula di dalam LRT yang sarat dengan penumpang. Pintu LRT pun terbuka.

"Ahh... dalam aku tidur, aku dah sampai rupa-rupanya." Aidan terus keluar dan menuju ke pejabatnya. Dalam berjalan, Aidan mengenang semula kata-kata Hannah.

"Berita-berita. Aku akan dapat berita?"


*********


Aidan tengah duduk menyiapkan kerja apabila Datuk Khairy, CEO Kaharrudin Architecture menyapanya.

"Aidan, 'presentation' awak tu dah siap ke? Jangan lupa lepas ni ada mesyuarat. If I'm not mistaken, this is your first presentation right, young man?"

"The presentation is ready, sir. Yes, this is my first presentation."

"Ohh... really. So, don't disappoint me this evening. Do your best and make me proud!!"

Datuk Khairy pun berjalan meninggalkan Aidan seorang diri. Hati Aidan berdebar-debar apabila bertemu dengan Datuk Khairy. Maklumlah, Datuk Khairy adalah seorang arkitek yang terulung di Malaysia dan rakan karib ayah Aidan, Encik Ariffin Ardan.

'Handphone' Aidan berbunyi.

"Assalamualaikum Umi. Kenapa Umi?" Aidan menjawab panggilan dari ibunya.

"Umi nak beritahu Aidan satu berita baik ni. Pasal adik kau ni, Aina. Dia dapat masuk University of Liverpool."

"Dia dapat Degree in English Studies yang dia apply hari tu ke? Wow, that's great. Bukan senang nak dapat English studies, especially for international student."

"Lepas tu Aina nak ucapkan terima kasih kepada Ashraf. Sebab Ashraf banyak tolong Aina dalam hal-hal application dulu. Dia kata esok malam, dia nak belanja satu family makan seafood"

"Haha, Aina nak belanja makan? Sudah tentulah boleh. Oklah, Umi. Ashraf tengah buat kerja sekarang. Petang nanti, Ashraf bawa balik hadiah untuk Aina. Sampaikan ucapan tahniah Ashraf kepada Aina" Aidan menyambung kembali kerjanya yang tertangguh. Dalam kepalanya teringat kata-kata seseorang.

"Hmm... berita dari seseorang yang saya sayang. Berita dari family ke?" Aidan bingung. Tiba-tiba, 'handphone' Aidan berbunyi sekali lagi.

Kali ini ayah Aidan, Encik Ariffin yang menelefon.

"Assalamualaikum Dad. Kenapa call Ashraf, Dad? Is there something happen?" Aidan bertanya.

"Nothing happen. Just that your mom told me that your car is broken. Is it serious? Have you send the car to the bengkel?"

"I already sent the car to Ah Chieong. Ah Chieong told me that the gearbox is malfunction, thats why the car can't move."

"Gearbox ay. Fixing that will cost you almost four thousands. Do you have money to pay him?"

"I got my savings"

"Don't disturb your savings. I will help you to pay for the fixes. Just promise me that you will jaga the car like you jaga yourself. Don't treat your car like your past girlfriends." Encik Ariffin tahu yang Aidan sememang mempunyai banyak bekas teman wanita sebelum ini kerana sifat ini sudah sebati dengan kaum-kaum adam keturunan Irish.

"I'm not that bad to women la dad. I've still jaga them with care and of course love. Haha... Ok dad, thanks a lot for helping me." Encik Ariffin sememangnya tegas kepada anak-anak. Namun dalam ketegasannya itu, dia tetap menunjukkan kasih sayang walaupun secara tersirat. Aidan tersenyum gembira. Nampaknya, dia tak perlu mengeluarkan duit simpanannya untuk membaiki keretanya yang rosak itu.

"Berita dari seseorang yang saya kagumi. My dad ke?" Aidan mengeleng-gelengkan kepalanya. Apa yang Hannah beritahu dia pada pagi tadi mengenai berita-berita yang bakal mengubah hidup Aidan, setakat ini menjadi kenyataan. Sekarang, dia cuma menunggu berita dari seseorang yang lebih besar darinya.

"Ohh.. aku belum lagi baca surat khabar hari ini. Hannah ada beritahu yang ada berita di mukasurat 7 yang boleh membantunya mengenali Hannah." Aidan mengingati kembali kejadian di dalam LRT pagi tadi. Aidan pun mencari surat khabar hari ini.

"Aidan, Datuk Khairy panggil awak sekarang. Mesyuarat akan berlangsung tak lama lagi. Dia suruh awak bersedia sekarang" Aidan disapa oleh pembantu Datuk Khairy. Aidan terus mengemas bahan-bahan yang diperlukan dalam mesyuarat itu nanti.


*********


Aidan keluar dari bilik mesyuarat dengan berdebar-debar. Mesyuarat tadi berjalan dengan lancar. Namun, dia perlu mendengar pandangan Datuk Khairy terlebih dahulu sebelum berpuas hati dengan persembahan dia tadi. Datuk Khairy pun keluar dari bilik mesyuarat.

"Aidan. Congratulations young man. You've done well. In fact, you've done very well for a new guy. I like your idea. Using more 'green technologies' within our architecture, that idea is innovative and creative."

"Thank you sir. Global warming is the main issue that I want to bring forward here. For me, building with excellent architecture and eco-friendly is the best solutions to overcome this global problem."

"You have a point there. I like you. You're young, creative, hardworking and innovative. Saya ada berita baik untuk awak. Awak pernah dengar tentang 'Project Paradise'?"

"'Project Paradise'? Projek pembangunan bandar pintar di Sarawak itu ke? Saya pernah dengar khabar angin. Projek Paradise adalah projek termahal di rantau ini. Kerajaan akan membangunkan satu kawasan di Sarawak untuk dijadikan sebuah bandar yang moden dan projek ini bakal mengundang pelabur-pelabur besar dari luar negara." jelas Aidan. Ayah Aidan pernah memberitahunya mengenai perkara ini.

"Ya, awak betul mengenai perkara itu. Syarikat ini berjaya mendapat tender untuk menjadi syarikat utama dalam menghasilkan rekabentuk bangunan dan infrastruktur di bandar pintar itu nanti dan saya mahu awak menyertai kami dalam projek ini. Awak setuju?" Tawaran Datuk Khairy adalah terlalu besar untuk Aidan namun ini adalah peluang keemasan untuk nya pergi lebih jauh.

"Saya setuju." Datuk Khairy menghulurkan tangannya kepada Aidan. Aidan berjabat dengan Encik Khairy.

"Saya memang berharap awak setuju. Saya akan suruh pembantu saya bagi portfolio mengenai 'Project Paradise' kepada awak" Datuk Khairy pun pergi meninggalkan Aidan yang masih teruja dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi.

Sambil berjalan ke tempat duduknya, Aidan berfikir,

"Berita dari seseorang yang lebih besar darinya. Sudah tentu berita dari Datuk Khairy, orang besar dalam syarikatnya itu" Sesudah sampai Aidan ke tempat duduknya, dia terpandang surat khabar diatas mejanya."

"Berita yang ada dalam surat khabar ini akan dapat membantu awak mengenali saya dengan lebih mendalam. Berita di mukasurat 7" kata-kata Hannah terngiang-ngiang dalam minda Aidan. Aidan terus membuka mukasurat 7 dalam surat khabar itu.

Terdapat berita mengenai kes bunuh, kes rogol, ekonomi negara dan lain-lain tetapi ada satu berita yang menarik perhatian Aidan.
"Gadis Melayu terkenal di bumi London. Seorang gadis Malaysia menjadi tumpuan masyarakat London serta golongan-golongan pereka fesyen terkemuka dunia kerana berjaya menghasilkan pakaian bermutu dan kreatif daripada kain Batik dan Pua Kumbu. Gadis tersebut, Illy Ilyas mengatakan bahawa tradisi dan keunikan Malaysia sendiri banyak mempengaruhi ciptaannya" Aidan berhenti membaca berita itu seketika.

"Illy Ilyas. Itu kawan aku waktu sekolah menengah dahulu. Apa kena mengena Illy dengan Hannah?" Aidan keliru. Dia dapat merasakan bahawa Hannah menyuruh dia membaca berita ini. Dia dapat merasakan bahawa berita ini dapat membantunya mengenali Hannah. Dia sambung baca berita itu lagi.

"Illy sekarang sedang berada di Malaysia untuk berehat seketika sebelum meneruskan pertunjukan fesyen Batik dan Pua Kumbunya ke beberapa bandar besar di seluruh dunia seperti New York, Sydney, Paris dan Tokyo minggu depan. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Illy Ilyas melalui, nombor telefon, laman web dan e-mail seperti yang tertera di bawah." Aidan perlu berjumpa dengan kawan lamanya itu. Aidan perlu berjumpa dengan Illy. Dia pun menelefon Illy.

"Hai, Illy. It's me, Ashraf Aidan. I heard that you're in town for a week. Boleh kita jumpa malam ni? Dinner perhaps? Really, good. I'll come pick you up around 8. By the way, rumah you still kat Damansara ke?"
Related Posts with Thumbnails